Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Julai 2017

Tahniah @CMLimGuanENg - Tayangan Filem GAY PERCUMA di Pulau Pinang





PULAU PINANG: Performing Arts Centre of Penang, atau lebih dikenali sebagai Penangpac bakal mengadakan tayangan percuma sebuah filem gay dari Vietnam.

Bertempat di Penangpac, acara dijadualkan bermula pada jam 8 malam pada 11 Julai 2017.

Filem gay yang berjudul ‘Lost in Paradise’ ini memuatkan sebuah jalan cerita mengenai percintaan tiga segi di antara tiga lelaki dan berlatarbelakangkan sindiket pelacuran kaum lelaki di Ho Chi Minh.

Filem yang diberi jolokan nama ‘filem gay pertama Vietnam’ oleh Agence France-Presse (AFP) ini pernah menjadi tayangan pembuka di Festival Filem Lesbian dan Gay di Hong Kong pada tahun 2011.

Sebuah portal berita online bagi komuniti gay antarabangsa pernah mendedahkan bahawa filem ini banyak memuatkan babak-babak lelaki kacak bertubuh sasa yang mendedahkan tubuh dalam posisi-posisi yang menghairahkan untuk membangkitkan nafsu ghairah para penonton daripada kalangan gay.

Sebelum ini juga terdapat pelbagai usaha untuk memartabatkan kedudukan golongan LGBT di Pulau Pinang seperti penganjuran program Pink Dot Penang 2014 dan kemunculan Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang pada bulan Mei tahun lepas di mana ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu bertindak sebagai pengerusi sementaranya – menara.my


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate