Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Mei 2018

Pihak terlibat siasatan 1MDB tidak wajar keluar kenyataan - Jkuasa 1MDB | Astro Awani

Pihak terlibat siasatan 1MDB tidak wajar keluar kenyataan - Jkuasa 1MDB | Astro Awani

Pihak terlibat siasatan 1MDB tidak wajar keluar kenyataan - J/kuasa 1MDB

Pihak terlibat siasatan 1MDB tidak wajar keluar kenyataan -  J/kuasa 1MDB
Bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman (tengah) bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Mereka yang terlibat dengan siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) perlu mengelak daripada mengeluarkankan sebarang kenyataan umum mengenai status siasatan itu, kata Jawatankuasa Siasatan 1MDB Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).

Bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman, yang mengetuai jawatankuasa itu, berkata sebarang kenyataan umum sepatutnya dibuat kemudian agar ia tidak menjejaskan serta menimbulkan prejudis terhadap siasatan dan mengganggu prosiding mahkamah pada masa akan datang.

"Kurangkan bercakap, lebihkan bekerja. Itulah pandangan saya," katanya kepada pemberita di luar mesyuarat CEP di Menara Ilham di sini hari ini. Antara yang menghadiri mesyuarat itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros, CEO Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Datuk Yasmin Mahmood, Pengarah Unit Strategi Kebangsaan Kementerian Kewangan Datuk Dr Aminuddin Hassim dan CEO SME Corp Malaysia Datuk Dr Hafsah Hashim.

Ditanya sama ada tugas jawatankuasa itu dan Pasukan Petugas Khas 1MDB yang diketuai bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan bertindih, Abu Talib berkata jawatankuasa itu telah menyelaras fungsi agensi berkenaan bagi mengelak berlaku sebarang pertindihan tugas dan kekeliruan.

Pasukan petugas itu turut dianggotai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, bekas ketua pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador.

Sementara itu, Jawatankuasa Siasatan 1MDB CEP ditugaskan untuk menyelaras siasatan merentasi sektor bagi memastikan undang-undang diguna pakai secara adil dan saksama serta memberi nasihat sewajarnya kepada majlis itu.

-- BERNAMA


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate