Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Mei 2018

PM Baru @chedetofficial Pertikai SPR Kira Undi Di Sabah Halang Shafie Menang

Apa yang berlaku di Sabah suatu yang malang - Tun M | Astro Awani

Jika kejujuran SPR dipertikaikan seharusnya kemenangan mereka juga menjadi sebuah Kerajaan tidak patut diterima dengan hati terbuka.

Mereka yang mendapat kuasa dengan kaedah yang dijalankan oleh SPR tidak seharusnya menjadikan SPR sebagai mangsa apabila ada keputusan tersebut tidak memuaskan hati.

Menempelak SPR seperti meragui agensi dilantik oleh YDP Agong yang tentu bukan satu permulaan baik untuk seorang Perdana Menteri yang kononnya mahu menyelamatkan Malaysia.

Propaganda hari ini begitu memualkan di mana seorang yang sudah pun dipalit berbagai skandal seperti Mahathir namun masih disanjung bak dewa oleh sebilangan besar rakyat jelata dan dapat pula dijulang menjadi PM Malaysia selepas 15 tahun bersara.

Memang semua dihasut membenci Najib dan isteri Rosmah namun menurunkan Najib dengan menaikkan Mahathir bukan penyelesaian kepada kebencian ini.

Detik kehancuran atau detik kemakmurankah akan menunggu kita ?

Sama-sama kita nantikan hari berikutnya...


Apa yang berlaku di Sabah suatu yang malang - Tun M

Apa yang berlaku di Sabah suatu yang malang - Tun M
Beliau menyifatkan proses pengiraan undi yang dijalankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak efisien.
KUALA LUMPUR: "Apa yang berlaku di Sabah adalah suatu yang malang,".

Demikian merupakan reaksi Perdana Menteri Malaysia yang baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya pemberita mengenai situasi yang berlaku di Sabah ketika proses pengiraan undi. Sambil menyifatkan proses pengiraan undi yang dijalankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak efisien, beliau melahirkan rasa kasihan terhadap Parti warisan Sabah (Warisan) yang diketuai Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Saya kasihan pada Sabah. Mohd Shafie banyak pengaruh. Tindakan (pengiraan semula) untuk halang (Warisan) Shafie mentadbir," katanya pada sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya Khamis malam setelah selesai mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri.

Sejam selepas Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah, Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menyempurnakan majlis mengangkat sumpah melibatkan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Tan Sri Musa Aman.

BACA: Musa Aman kekal Ketua Menteri Sabah


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate