Pengikut Blog Panglima

11 Mei 2018

Serangan Kepada Raja Sudah Bermula - Sultan Selangor Mangsa Pertama

Sultan Selangor murka, nafi pengaruh Agong | Nasional | Berita Harian
Media Sosial sekali lagi digunakan untuk menghakis keyakinan kepada Raja Melayu. Tidak cukup dengan kemenangan besar, mereka juga cuba menggunakan momentum ini untuk menghalakan kebencian kepada Sultan Selangor kononnya cuba pengaruhi YDP Agong dalam perlantikan Perdana Menteri.

Zaman kepalsuan hari ini perlu diteliti dengan penuh berhati-hati kerana silap langkah kita juga akan terjebak dengan permainan silap mata media sosial yang boleh menjadi serangan baru mengaburi pemikiran rakyat untuk menghasut mereka membenci sesiapa sahaja atau menyukai sesiapa sahaja yang sebulu dengan mereka.

Kita juga perlu menggunakan mata pena di media sosial ini bangkit melawan kepalsuan dan menzahirkan penentangan terhadap kebatilan yang mereka cuba terapkan ke dalam pemikiran rakyat keseluruhannya...

Banyak isu palsu disebarkan dan mereka menguasai media sosial kerana memiliki ribuan tentera maya yang aktif dan tersusun mengatur serangan memenuhi jendela maya sehingga majoriti dilihat membenci BN dan menyukai PH yang dipenuhi oleh ahli keluarga sendiri sebagai tonggak utama parti.

Ayuh bangkit bersama membela Negara dan Bangsa Malaysia di alam maya...

Sultan Selangor murka, nafi pengaruh Agong

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka laporan tidak benar mendakwa baginda mempengaruhi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dalam pelantikan Perdana Menteri.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda dalam titahnya tidak sama sekali mempengaruhi Sultan Muhammad V.

"Baginda kesal dengan laporan tidak benar yang sedang viral di media sosial mengaitkan baginda dengan pelantikan jawatan perdana menteri.

"Baginda sekali lagi ingin mengingatkan rakyat supaya tidak mudah mempercayai berita-berita palsu di internet atau media sosial yang bertujuan mewujudkan ketegangan antara pihak istana Kerajaan Negeri atau Persekutuan dan mengganggu gugat keharmonian rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Sent from my iPhone
Catat Ulasan