Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Jun 2018

Mahathir Dasar Pandang Ke Jepun Mahu Buat Kereta Nasional Kedua Malaysia

Projek kedua Mahathirisme - Ti Lian Ker - Politik - Utusan Online

Projek kedua Mahathirisme - Ti Lian Ker

Jurucakap Publisiti MCA,
Datuk Seri Ti Lian Ker

KUALA LUMPUR 11 Jun - Pengumuman Perdana Menteri semasa Persidangan Nikkei ke-24 untuk melaksanakan projek kereta kebangsaan baru menimbulkan kebimbangan sikap pemerintahan kuku besi diamalkan Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Jurucakap Publisiti MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker melalui kenyataannya hari ini berkata, keputusan itu dibuat tanpa berunding dengan Kabinet telah menyerlahkan sikap kuku besi yang diamalkan oleh Dr. Mahathir.

Sedangkan, ujar beliau, ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram sendiri pada tahun 1980-an pernah membantah projek kereta nasional kerana dianggap tidak menguntungkan.

Perkara itu, katanya, terbukti apabila projek Proton tidak berjaya dan hanya menghabiskan wang berbilion ringgit yang sepatutnya digunakan bagi membangunkan kemudahan pengangkutan awam.

"Apakah semua projek ini hanya untuk memuaskan rasa bangga seorang pemimpin sahaja?" katanya.

Lian Ker juga bimbang dengan sikap buta geografi Dr. Mahathir kerana mengehadkan Dasar Pandang Timur kepada Jepun dan Korea sahaja, sedangkan China adalah negara terbesar di Asia Timur.

"Adakah sentimen anti-Sino yang dimainkan oleh Dr Mahathir menyebabkan dia menganggap bahawa Geely dan China bukanlah Asia Timur?" katanya.

Sementara itu, beliau menambah, keinginan untuk menceburkan dengan projek kereta kebangsaan lain seharusnya memikirkan kewangan negara haruslah sihat dan pengangkutan awam perlulah maju dan lancar.

"Pengangkutan awam sangat penting kerana ia dapat menjimatkan masa dari kesesakan lalu lintas," katanya.

MCA, juga katanya, bimbang pembatalan projek MRT3 dan Kereta Api Laju KL-Singapura serta pada masa sama ECRL dikaji semula, akan disalah erti oleh negara China dan dikhuatiri negara kuasa ekonomi dunia itu akan melaksanakan boikot terhadap Malaysia secara tidak rasmi.

China, jelas beliau, telah melaksanakan dasar berkenaan terhadap Korea Selatan dengan tidak menggalakkan pelancong dari China ke negara berkenaan dan pada yang sama menggenakan peraturan ketat terhadap barangan yang diimport dari negara terbabit. - UTUSAN ONLINE



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate