Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Jun 2018

Papagomo Desak Calon Presiden Zahid Hamidi Undur Bagi Laluan Ku Li - Astro Awani

UMNO 2018 Undurlah Zahid beri laluan kepada Ku Li untuk jadi Presiden | Astro Awani

Sebagai Pemangku Presiden Zahid telah menerima suara akar umbi agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan.

Keputusan ini membuka peluang kepada sesiapa pun untuk bertanding. Walau ada kenyataan mahu jawatan Presiden dan Timbalan tidak dipertandingkan.

Apabila Papagomo Aka Muhammad Azri Wan Deris mahu calon Presiden berundur demi memberi laluan kepada Ku Li maka suara ini seperti tidak mahu memberi peluang kepada ahli Umno untuk membuat pilihan.

Seharusnya ahli diberi peluang memilih dan sesiapa sahaja yang mempunyai suara paling ramai akan menjadi Presiden Umno.

Papagomo telah berjaya mencuri perhatian negara dengan desakan mahu Zahid undur seperti mana beliau juga telah berjaya menjadi sorotan media sewaktu menjadi blogger sehingga Umno digelar parti suka sex kerana ghairah dengan pendedahan video seks bukan menumpukan isu yang lebih besar dari skandal seks. 

Menyokong Ku Li adalah hak kebebasan demokrasi namun menidakkan hak untuk menawarkan diri menerajui parti satu perkara yang berbeza.

Ku Li dalam kenyataan terkini juga telah menyebut tidak berminat untuk jawatan tersebut.

Beliau tahu keterbatasan diri di usia begitu yang memerlukan kudrat bukan sedikit untuk memulihkan parti.

Selepas Mahathir buat kenyataan mahu KJ jadi Presiden, kini Astro Awani pula memilih kenyataan nakal Papagomo untuk menjadi tajuk berita. 

Lebih kelakar ada yang percaya kenyataan Mahathir bahawa Zahid bertemu untuk meminta nasihat memulihkan Umno... 

Pelik kerana mudah sangat orang Melayu lupa bahawa Mahathir pakar untuk mencipta persepsi negatif terutama kepada orang yang berani seperti Zahid.

Astro Awani memang diketahui ramai tidak bebas dan lebih cenderung kepada pihak lawan BN dan UMNO. Bukan lagi rahsia dan semua tahu siapa pemilik syarikat Astro dan kaitannya dengan Mahathir.

Kadangkala seseorang yang dilihat boleh memulihkan Umno sudah tentu akan diserang secara halus atau terang-terangan untuk memastikan Umno akan terus berkubur.

Zahid bukan sempurna namun tidak ada calon lain yang dilihat setara atau lebih pengalaman berbanding beliau.

Kita menunggu ahli parti membuat pilihan dan sudah tentu mereka perlu melihat dengan mata yang terang bukan terlatah dengan cucukan media sosial yang kadangkala banyak menyeleweng dari fakta.

Ku Li bukan tidak layak namun beliau sepatutnya diletak di jawatan Penasihat UMNO sesuai dengan pengalaman dan usia yang dimilikinya. Seperti cadangan Armand Azha.

Mendesak Ku Li bertanding seperti menzalimi beliau sendiri kerana Ku Li juga bukan berada di arus kepimpinan perdana dan bukan mudah untuk muncul seperti Superman untuk terjun menyelamatkan parti...

UMNO masih kuat namun terjejas kerana fitnah terhadap Najib sahaja... 

Selepas mengundur diri UMNO kembali dilihat sudah berubah ke arah pembentukan imej yang lebih bersih di mata rakyat...

Ahli parti tidak perlu pening lagi untuk memberi pilihan kerana Zahid telah teruji di peringkat nasional dan antarabangsa dan kali ini beliau sudah bersedia menggalas tugas utama menerajui parti meskipun terpaksa bersedia untuk mengorbankan banyak masa, tenaga wang ringgit untuk tugas maha penting ini 

Dengan latar belakang sekolah agama serta begitu lantang dan berpengalaman dalam mengharungi krisis demi krisis politik Umno maka Zahid wajar diberi peluang menjadi Presiden parti...

Terima kasih Papagomo kerana membuat kenyataan desak Zahid undur dalam usaha berkempen menjadi calon EXCO Pemuda Umno Malaysia namun saya tidak pasti adakah beliau akan berjaya atau hanya berjaya popular di media sosial sahaja.

Dalam bertanding macam-macam strategi kena pakai beb....

UMNO 2018: 'Undurlah Zahid, beri laluan kepada Ku Li untuk jadi Presiden'

UMNO 2018: 'Undurlah Zahid, beri laluan kepada Ku Li untuk jadi Presiden'
Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata Zahid perlu berjiwa besar dan menyokong kepimpinan baharu untuk memulihkan semula UMNO. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Calon Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diminta memberi laluan kepada Tengku Razaleigh Hamzah untuk menjadi Presiden UMNO tanpa perlu bertanding bagi membina semula parti tersebut.

Calon Exco Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata Zahid perlu berjiwa besar dan menyokong kepimpinan baharu untuk memulihkan semula UMNO.

"Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sudah mengumumkan tidak akan bertanding jawatan tertinggi parti. Itu satu pengorbanan yang besar dibuat dan menfokuskan untuk mengembalikan UMNO Johor di mana tempat lahirnya parti keramat UMNO. "Saya dan ramai lagi mahukan Tengku Razaleigh sebagai Presiden UMNO. Berilah laluan kepada Ku Li untuk mengalas tanggungjawap ini demi parti UMNO dan bukan untuk kepentingan mana mana individu," katanya.

Tambah Wan Muhammad Azri, Tengku Razaleigh wajar diangkat sebagai Presiden UMNO pada waktu ini tanpa perlu ada pertandingan.

"Pilihlah perjuangan untuk parti UMNO bukan untuk kepentingan peribadi. Rakyat khususnya orang Melayu masih memerlukan UMNO dan dengan pemilihan Tengku Razaleigh sebagai Presiden UMNO, ia akan memberikan keyakinan kepada rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang untuk memilih UMNO," katanya dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI.

BACA:  Tengku Razaleigh paling layak - UMNO Gua Musang

BACA: Disaran bertanding presiden UMNO, Ku Li sukar buat keputusan

BACA: Cadang pilih Ku Li Presiden UMNO


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate