Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Jun 2018

Pandangan A Kadir Jasin satu percubaan runtuh institusi raja: Perkasa - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb

Pandangan A Kadir Jasin satu percubaan runtuh institusi raja: Perkasa - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb

Pandangan A Kadir Jasin satu percubaan runtuh institusi raja: Perkasa

Institusi raja 'benteng terakhir' bangsa Melayu

BANGI, 23 Ramadan 1439H, Jumaat – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan artikel kontroversi Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin, mengenai perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebagai suatu percubaan untuk meruntuhkan institusi Raja dan menghapuskan sistem Raja berperlembagaan.

Ketua Penerangannya, Datuk Ruslan Kasim berkata, pihaknya memandang serius artikel yang ditulis oleh Ketua Unit Media Majlis Penasihat Kerajaan itu kerana ia melibatkan sebuah institusi yang selama ini disifatkan sebagai pelindung, penjamin dan pemelihara hak dan kepentingan bangsa Melayu seluruhnya.

Beliau berkata, institusi Raja adalah 'benteng terakhir' bangsa Melayu sekaligus berkait dengan martabat dan maruah, kekukuhan bangsa itu.

"Malah, institusi Raja adalah 'alter ego' atau cerminan diri terhadap keberadaan bangsa Melayu dalam segala liku sejarah dan peradabannya.

"Perkasa berhak bertanya mungkinkah perkara ini ada kaitannya dengan skema besar, perancangan belakang tabir dan konspirasi untuk menggantikan sistem beraja dengan sistem republik seperti yang sedang hangat diperkatakan khususnya dari pihak yang mendukung pemerintah atau mungkinkah ianya juga merupakan gerakerja yang telah mendapat sokongan dan bantuan daripada pihak asing.

"Jika benar ia seolah-olah memberi erti bahawa Malaysia kini sedang berada di ambang neo-kolonialisme yang dicatur oleh pihak luar," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata pihaknya turut melihat kenyataan A Kadir Jasin sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara yang menjadi tonggak tataurus dan tadbir kerajaan dan seluruh rakyat.



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate