Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Jun 2018

Video : Mahathir Dedah Pertemuan Dengan @Zahid_Hamidi Semalam @chedetofficial

Banyak gosip berlegar di media sosial pasal pertemuan Tun M dengan Zahid di Putrajaya semalam. 

Ada yang menghentam selain ada juga yang memuji pertemuan tersebut.



Masing-masing ada persepsi yang terukir di minda dan ada persepsi yang mahu diukir untuk dilihat oleh ramai.




Politik semakin panas menjelang pemilihan parti terutama jawatan Presiden meskipun hanya seorang sahaja calon Presiden setakat ini.

Hishamudin sudah mengeluar kenyataan tidak akan bertanding. 




Kini kita menunggu adakah Ku Li akan menentang Zahid atas desakan ahli UMNO yang mahukan kepimpinan beliau.


Gambar Zahid bersama Ku Li berbuka puasa di kediaman beliau hari Rabu lepas bersama kepimpinan UMNO Pusat.

Seperti dijangka ramai pihak Ku Li tidak mungkin berminat menerajui parti selepas sekian lama tidak berada dalam saf Majlis Tertinggi parti.

Kecuali dia berubah hasrat dan mahu bertanding UMNO juga membuka ruang kepada pertandingan dan biarkan akar umbi memilih.

Namun mendesak orang yang lebih selesa berada di belakang tabir dari bertembung dengan musuh tradisi beliau Tun M mungkin bukan pilihan terbaik untuk Ku Li.

UMNO akan memilih dan kita yakin segala pengalaman dan kesetiaan Zahid kepada presiden sebelum ini akan dinilai dengan baik oleh pemilih bagi membolehkan parti kembali pulih dan diterima rakyat pada PRU akan datang.

Bertemu Perdana Menteri Tun Mahathir bukan bermakna kita mengalah namun demi menghormati suara rakyat yang kini memberi pilihan kepada PH.

Budaya politik matang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi sebagai Pemangku Presiden dan Pengerusi Barisan Nasional dengan memenuhi undangan bertemu dengan Perdana Menteri meskipun beliau juga sangat lantang menegur PH dalam beberapa kenyataan sebelum ini.

Kepimpinan beliau yang mempunyai latar belakang agama dan bidang ekonomi  dan banyak pengalaman dalam parti memungkinkan beliau layak menerajui Umno. Kesetiaan kepada Presiden dan parti juga wajar dinilai diberi markah yang tinggi kerana kesetiaan adalah kunci kejayaan sesebuah perjuangan.

Kelantangan dan keberanian Zahid melawan musuh UMNO wajar dilihat dengan penuh kejujuran BUKAN dengan mata hasad dengki dan bukan atas nawaitu mahu memilih orang yang tidak layak agar parti terus rosak!

Jangan sampai pemilihan ini menghancurkan lagi parti dan biarkan agenda parti melebihi peribadi.

Lagi pun sekarang masa menjadi pembangkang dan bukan lagi kerajaan tidak memberi kelebihan apa pun jika sesiapa menjadi kepimpinan atasan parti melainkan orang yang benar-benar mahu memulihkan umno dan sayangkan parti melebihi diri dan keluarganya sendiri...

Fikir lah sekali lagi dan berikan mandat besar kepada Zahid agar beliau senang memulihkan parti dengan sokongan akar umbi yang tidak berbelah bagi....


Video Tun M mengulas pertemuan semalam...




Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate