Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Jun 2018

Pertemuan @Zahid _Hamidi dengan Tun Mahathir @chedetofficial Pagi Tadi Gemparkan Malaysia | Astro Awani

Apa rahsia Zahid Hamidi dengan Tun Mahathir | Astro Awani

Apa 'rahsia' Zahid Hamidi dengan Tun Mahathir?

Apa 'rahsia' Zahid Hamidi dengan Tun Mahathir?
Ahmad Zahid bergambar bersama Dr Mahathir selepas pertemuan mereka di Putrajaya hari ini. - Instagram@ahmadzahidhamidi
KUALA LUMPUR: Bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Ini merupakan pertemuan pertama antara pemimpin tertinggi UMNO itu bersama Perdana Menteri sejak kerajaan Barisan Nasional tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Ahmad Zahid turut memuat naik sekeping gambar bersama Dr Mahathir di laman sosial Twitter dan Instagram peribadinya.

Syukur alhamdulillah, sempena dengan bulan Ramadan al-Mubarak saya telah bertemu dengan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Semoga pertemuan ini memberi kebaikan kepada semua. @chedetofficial

— Ahmad Zahid Hamidi (@Zahid_Hamidi)


"Pertemuan tersebut berkisar tentang perbincangan mengenai perkembangan semasa politik negara.

"Pertemuan ini pastinya didambakan oleh semua pihak dan kami berterima kasih di atas layanan mesra Tun Mahathir," kata Ahmad Zahid ketika dihubungi Astro AWANI.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan intipati pertemuan selama lebih 40 minit itu.

"Pertemuan juga ada berkait dengan isu-isu masa lampau, tetapi biarlah ia menjadi rahsia kami berdua," katanya.

Ahmad Zahid kemudian bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki pesawat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah.

Beliau dijangka pulang ke Malaysia sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate