Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 Ogos 2018

Telefon bimbit lebih bahaya dari Antena Pemancar Dan Kabel Elektrik

Telefon bimbit lebih bahaya

Telefon bimbit lebih bahaya

KUALA LUMPUR 5 Jun – Masih ramai yang tidak menyedari bahawa gelombang frekuensi radio (RF) daripada telefon bimbit lebih berbahaya berbanding RF daripada antena pemancar dan kabel elektrik.

Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Radiasi Tidak Berion Antarabangsa (ICNIRP), Dr. Paolo Vecchia berkata, telefon bimbit memancarkan antara 100 hingga 1,000 kali ganda gelombang RF berbanding antena pemancar dan kabel elektrik.

''Mengikut tinjauan yang dijalankan sebelum ini, orang ramai merasakan antena pemancar komunikasi dan kabel penjana elektrik boleh mengancam kesihatan mereka.

''Tetapi ini tidak benar memandangkan telefon bimbit menghasilkan sehingga 1,000 kali ganda gelombang RF berbanding struktur tersebut.

''Kajian jangka pendek menunjukkan tiada bukti kukuh penggunaan telefon bimbit membawa kesan buruk kepada kesihatan pengguna dan ini juga bermakna tiada ancaman sama daripada pemancar atau kabel yang memancarkan gelombang RF yang jauh lebih rendah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada Persidangan Medan Elektro-Magnetik (EMF) Antarabangsa 2007 di sini hari ini.

Menurutnya, kajian jangka panjang juga lebih bertumpu kepada kesan pendedahan berterusan gelombang RF telefon bimbit memandangkan ia memancarkan jumlah RF yang lebih tinggi.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan penggunaan telefon bimbit sebagai langkah berjaga-jaga berikutan hasil kajian jangka pendek tersebut tidak menjamin tahap keselamatan dari segi pendedahan jangka panjang terhadap gelombang RF.

Dalam pada itu, Vecchia turut membangkitkan masalah ujian EMF bagi memastikan peralatan elektronik tidak mendedahkan pengguna kepada jumlah gelombang RF yang terlalu tinggi.

''Ujian dan perakuan terhadap tahap pancaran gelombang alat elektronik seperti pengering rambut, monitor komputer dan telefon bimbit dapat mengelakkan pengguna terdedah kepada kadar gelombang RF yang berbahaya.

''ICNIRP hanya boleh memberikan garis panduan tahap pemancaran gelombang yang selamat namun ia terpulang kepada pengeluar untuk mematuhinya dan kepada pihak berkuasa untuk memantau keberkesanannya," ujar beliau.

Sementara itu, wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi penyelidikan EMF, Dr. Emilie Van Deventer turut menyokong pandangan Vecchia bahawa orang ramai kurang memahami ancaman gelombang RF telefon bimbit.

''Orang ramai sudah terlalu 'selesa' dengan kehadiran alat teknologi ini (telefon bimbit) sehinggakan tidak mahu menerima hakikat ia lebih berbahaya daripada antena pemancar.

''Mungkin sebab sebenar orang ramai tidak menerima antena pemancar dan kabel elektrik dipasang berhampiran kediaman mereka adalah kerana mereka tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenainya. Ditambah dengan pelbagai salah tafsiran, mereka mungkin nampak ia sebagai satu ancaman kesihatan," jelasnya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai, terutama kanak-kanak, supaya tidak menggunakan telefon bimbit dengan lama secara berterusan bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan.



Dihantar daripada iPhone saya

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate