http://www.astroawani.com/berita-dunia/bahan-letupan-ditemui-di-kediaman-jutawan-george-soros-188999
Bahan letupan ditemui di kediaman jutawan George Soros

Soros sememangnya sering dijadikan sasaran kumpulan sayap kanan Amerika Syarikat dan Eropah Timur yang menentang kapitalisme. - Foto REUTERS/Luke MacGregor/File Photo
Menurut polis, pihak berkuasa menerima panggilan dari kediaman terbabit yang terletak di Katonah, New York itu sekitar 3.45 petang yang mendakwa satu bungkusan pelik diletakkan di peti surat terbabit. "Seorang pekerja telah membuka bungkusan terbabit dan menemui bahan letupan," menurut polis seperti dilaporkan oleh New York Times.
Pekerja terbabit kemudiannya meletakkan bungkusan terbabit di kawasan semak berhampiran sebelum memanggil polis.
Pasukan pemusnah bom kemudiannya meletupkan bungkusan itu.
Bagaimanapun Soros tidak berada di rumah ketika kejadian.
Soros sememangnya sering dijadikan sasaran kumpulan sayap kanan Amerika Syarikat dan Eropah Timur yang menentang kapitalisme.
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan