Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Oktober 2018

Pemilihan PKR, Johari gagal rebut jawatan Ketua Cabang - Politik - Utusan Online

Pemilihan PKR, Johari gagal rebut jawatan Ketua Cabang - Politik - Utusan Online

Pemilihan PKR, Johari gagal rebut jawatan Ketua Cabang

PKR Kedah 2
AHLI PKR beratur untuk mengundi bagi memilih calon yang bertanding bagi Cabang Sungai Petani di Dewan Persatuan Pendidikan Akhlak Lip Seang Kor , Jalan Badlishah di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ISMAIL KAMALDIN

SUNGAI PETANI 27 Okt. - Status sebagai Ahli Parlimen gagal membantu calon Naib Presiden PKR, Datuk Johari Abdul untuk merampas jawatan Ketua Cabang PKR Sungai Petani yang berlangsung hari ini.

Dalam proses pengundian yang berlangsung di Dewan Pendidikan Akhlak Lip Seang Kor dekat sini, Johari sekadar berada di tempat ketiga di belakang penyandang, Robert Ling Kui Ee yang mendapat 525 undi dan P. Ragunathan yang memperoleh 432 undi.

Kekalahan Johari turut disusuli dengan kekalahan calon timbalan presiden disokongnya, Rafizi Ramli yang hanya menerima 441 undi berbanding Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendapat 912 undi.

Sementara itu bagi jawatan Naib Presiden, para perwakilan meletakkan kepercayaan kepada  Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli,  Dr. Xavier Jayakumar untuk menerima undi tertinggi dengan jumlah 836.

Bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berada di tempat kedua dengan jumlah undi 697 diikuti Zuraida Kamaruddin (517 undi) dan Shamsul Iskandar Mohd. Akin (507). - UTUSAN ONLINE



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate