Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Oktober 2018

Pemuda Umno didakwa lesu jadi benteng presiden - Politik - Sinar Harian

Pemuda Umno didakwa lesu jadi benteng presiden - Politik - Sinar Harian

Pemuda Umno didakwa lesu jadi benteng presiden

Tun Faisal Ismail Aziz
Tun Faisal Ismail Aziz

SHAH ALAM - Bekas Panel Pemikir Jasa, Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa  Umno 'bernasib malang' apabila barisan Pemudanya tidak bersikap teguh tatkala bos mereka berhadapan pendakwaan politik.

Katanya, secara prinsipnya Umno sebagai pembangkang wajar menolak dan menyelar pendakwaan berpilih dan bermotifkan politik terhadap presiden.

"Kita juga sebagai pembangkang wajar mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman kerajaan kerana membuat pendakwaan sebelum siasatan.

"Sepatutnya itu nada Pemuda Umno. Meminta presiden berehat, bercuti bermaksud Pemuda akur dengan tindakan zalim kerajaan. Sepatutnya Pemuda kena berani ke hadapan dan lawan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemuda Ummo hari ini mencadangkan  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dapat mempertimbangkan untuk bercuti buat seketika daripada menjalankan tugas sebagai Presiden Umno sehinggalah selesai kes pertuduhan mahkamah yang dihadapi beliau.

Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, rehat daripada menjalankan tugas sebagai presiden bukanlah bermakna beliau sudah dianggap bersalah.

Menurutnya, Pemuda Umno beranggapan ia tidak adil untuk Umno membebankan presiden yang kini sedang berhadapan banyak pertuduhan mahkamah ditambah keadaan Umno perlu bergerak pantas ke hadapan dalam suasana kerangka politik yang berbeza hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Umno cadang Zahid bercuti]

Mengulas lanjut, katanya, lebih baik Datuk Lokman Noor Adam, Isham Jalil  dan Ketua Puteri Umno lagi.

"Mereka faham konteks pendakwaan terhadap Presiden dan mereka bertindak melawan.

"Pemuda pula lesu dan akur. Pemuda Umno patut pergi berkursus dengan AMK dan Hishammuddin Rais dulu lah kalau macam ini lembiknya," katanya.



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate