Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 November 2018

DAP hanya mahu Cina bersatu - Abdul Hadi - Nasional - Utusan Online

DAP hanya mahu Cina bersatu - Abdul Hadi - Nasional - Utusan Online

DAP hanya mahu Cina bersatu - Abdul Hadi

ABDUL HADI AWANG
ABDUL HADI AWANG

MARANG 23 Nov. - Pas menghidu agenda DAP yang sememangnya tidak mahu melihat orang Melayu bersatu susulan hasrat parti itu dan UMNO untuk bergabung bagi menjayakan perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Kuala Lumpur pada 8 Disember depan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keresahan itu juga menyebabkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang cuba melencungkan isu tersebut dengan  mempersoalkan sama ada kedua-dua parti dominan Melayu itu akan turut mengadakan himpunan sebagai tanda protes terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sebenarnya DAP tak mahu orang Melayu bersatu, biar orang Cina sahaja bersatu," katanya.

Beliau menegaskan demikian kepada pemberita di kediamannya di Rusila dekat sini hari ini sejurus selesai menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila yang terletak bersebelahan.

Baru-baru ini, Kit Siang dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman sesawang dapmalaysia.org. membangkitkan persoalan itu selepas kedua-dua parti itu mengumumkan akan mengadakan himpunan bersama bagi membantah ICERD.

Menurut Kit Siang, skandal 1MDB telah meletakkan Malaysia sebagai negara kleptokrasi global.

"UMNO dan Pas semakin saling bekerjasama dengan mengadakan himpunan bersama di Pasir Salak dan satu lagi himpunan protes utama di Kuala Lumpur pada 8 Disember.

"Tetapi adakah mana-mana pemimpin UMNO atau Pas membuat pendirian yang jelas menentang perbuatan tidak bermoral, tamak, rasuah dan salah guna kuasa dengan mengecam skandal 1MDB?" soal Kit Siang. - UTUSAN ONLINE



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate