Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 November 2018

Mujahid sahkan kes edar Bible kepada pelajar sekolah di P. Pinang - Nasional - Utusan Online

Mujahid sahkan kes edar Bible kepada pelajar sekolah di P. Pinang - Nasional - Utusan Online

Mujahid sahkan kes edar Bible kepada pelajar sekolah di P. Pinang

Mujahid Yusof Rawa
Mujahid Yusof Rawa

KEPALA BATAS 6 Nov. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof mengakui berlaku kegiatan mengedar kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam di sini, seperti yang tular baru-baru ini.

Mujahid berkata, sejurus perkara berkenaan tersebar, beliau telah mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP); Jabatan Pendidikan negeri serta Ahli Parlimen Bukit Mertajam untuk kesahihan.

Kata beliau, pihak yang berbuat demikian dipercayai wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) namun tidak mewakili gereja atau persatuan agama Kristian di kawasan berkenaan.

Media sosial
Paparan yang menjadi tular dalam media sosial yang mendakwa penyebaran Bible kepada murid sebuah sekolah di Pulau Pinang. - MEDIA SOSIAL

"Saya nasihat supaya jangan menimbulkan masalah kerana kena hormat Perlembagaan Persekutuan, kita juga siasat sama ada Bible itu diedarkan kepada umat Islam atau tidak.

"Mereka perlu faham Artikel 11 (4) yang mana agama lain bebas diamalkan tetapi tidak boleh didakwah kepada orang Islam," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Ditanya sama ada pihak berkuasa agama telah membuat laporan polis berhubung kes itu, Mujahid berkata, perkara itu tidak dilakukan.

"Apa yang saya tahu, ia berada dalam pengetahuan pihak polis," katanya. - UTUSAN ONLINE



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate