BNC mohon maaf kesilapan gelaran Allahyarham Muhammad Adib
KUALA LUMPUR 19 Dis. - Bernama News Channel (BNC) memohon maaf kepada keluarga Muhammad Adib Mohd. Kassim di atas kesilapan menggunakan gelaran 'mendiang' dan bukannya Allahyarham dalam 'crawler' yang disiarkan semalam.
Ketua Pegawai Operasinya, Hakimi Mohd. Zain dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengambil tindakan segera sebaik sahaja menyedari kesilapan tersebut pada hari yang sama.
"Kesilapan itu adalah tidak disengajakan dan kami amat menyesali apa yang berlaku.
"Kami belajar daripada kesilapan dan akan lebih berhati-hati di masa akan datang supaya perkara yang sama tidak berulang lagi," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan