Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Disember 2018

Korea Selatan saman BMW | Auto | Berita Harian

Korea Selatan saman BMW | Auto | Berita Harian

Korea Selatan saman BMW

SEOUL: Korea Selatan akan memfailkan saman 11.2 bilion won (RM420 juta) terhadap BMW kerana didakwa menangguh untuk memanggil semula model kenderaannya yang mempunyai masalah enjin, menyebabkan berlakunya beberapa kes kebakaran enjin di negara itu

Pada awal tahun ini, insiden kebakaran kenderaan BMW menjadi tumpuan utama di Korea Selatan, dengan media tempatan melaporkan lebih 40 kes pada 2018.

Malah, pengendali tempat letak kereta turut enggan membenarkan kereta jenama itu memasuki kawasan parkir kerana bimbang ia akan terbakar.

Syarikat automotif itu sebelum ini sudah memanggil semula 170,000 kenderaan di Korea Selatan yang mempunyai masalah berhubung penyejuk kitaran semula ekzos (EGR), yang mana ia dikatakan menjadi punca kebakaran.

Pada Ogos, BMW memanggil semula lebih 480,000 kereta di Eropah dan Asia, termasuk Korea Selatan, yang mempunyai isu isu, sebelum angka itu meningkat kepada sejuta dua bulan kemudian susulan tambahan daripada kereta janaan diesel.

"BMW sebelum ini mengumumkan bahawa mereka sudah mengenal pasti kaitan antara masalah penyejuk EGR dan kebakaran berkenaan hanya pada 20 Julai tahun ini.

"Bagaimanapun, kami mendapati, ibu pejabat BMW di Jerman sudah menubuhkan pasukan khas pada Oktober 2015 untuk menangani masalah penyejuk EGR," kata Menteri Pengangkutan Korea Selatan dalam satu kenyataan.

Selain daripada memfailkan saman, kementerian itu juga meminta pihak pendakwa supaya menyiasat dakwaan bahawa BMW sengaja melambatkan pengesahan isu itu bagi menangguhkan proses memanggil semula kenderaan mereka.

Di Korea Selatan, enam daripada 10 kereta import adalah dari Jerman, dengan BMW menjual hampir 39,000 unit bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, demikian menurut Persatuan Pengimport dan Pengedar Automobil Korea. - REUTERS



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate