Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 April 2019

2 Blogger Pro BN Disiasat PDRM


DUA PENULIS PRO PEMBANGKANG DISOAL SIASAT BUKIT AMAN #viralhancing

Adakah cara menekan penulis dan pemain media pro pembangkang mampu mengubah persepsi rakyat terhadap kerajaan baharu ini?

Kadang-kadang media pro kerajaan sendiri, berpuluh report dibuat akibat kebiadaban dan jelek dalam membuat kenyataan di FB atau blog. Tidak pula penulis nampak kena soal siasat atau ditahan.

Hak bersuara dahulu mereka perjuangkan, bila berkuasa sekarang, mereka pula membuat undang-undang nampak macam berat sebelah.


Dua penulis pro pembangkang disoal Polis.

Dua orang penulis pro pembangkang disoal siasat Polis di Jabatan Siasatan Jenayah Terkelas di Bukit Aman pagi ini.

Menurut sumber ke dua dua individu itu cukup aktif dan lantang membawa isu-isu rakyat serta kuat mengkritik kerajaan Pakatan Harapan terutamanya berkenaan janji-janji manifesto PH sebelum PRU14 lalu.

Salah seorang daripada mereka Kamaruddin (PakDin) pemilik blog http://pakdin.my berusia 52 tahun terpaksa membayar tambang teksi sebanyak RM80 dari Hulu Selangor ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi kerjasama kepada PDRM.

Seorang lagi adalah Sdra Zaparudin pemandu Grab yang dikatakan pemilik Potal http://isuviral.net dilihat bersama-sama Pak Din masuk ke Bukit Aman pagi ini.

Mereka berdua ditemani oleh seorang peguam yang menawarkan khidmat secara sukarela bagi membantu urusan ketika disiasat.

Difahamkan mereka berdua dipanggil untuk soal siasat ekoran daripada Laporan Polis dibuat oleh pihak tidak dikenali yang dipercayai tidak berpuas hati dengan segala bentuk kecaman terhadap kerajaan hari ini.

Urusan memberi keterangan selesai selepas 1jam 30minit, dan segalanya berjalan dengan lancar.

"Kami amat memahami tugas anggota Polis yang jalankan siasatan, Alhamdulillah selesai beri keterangan" Kata Pak Din.

"Ini bukan pengalaman baru saya berdepan dengan pihak Polis sebab saya antara jutaan rakyat yang sentiasa menyokong kuat PDRM, kami beri kerjasama sebaiknya" Tambah Sdara Zapa

Mereka berdua turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai yang bertugas kerana bersikap profesional sepanjang proses siasatan berjalan.


sumber :

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate