Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Oktober 2019

Apakah Pilihan UMNO? Samada Anwar atau Kekal PM7 Hingga Habis Penggal?


Kisah 6 MP UMNO menyokong PM7 bersama 18 MP PAS dilihat tindakan keras menghalang kemaraan Anwar Ibrahim bersama DAP.

Meskipun ramai mengkritik tindakan tersebut namun ramai berpendapat bahawa dalang kejadian tersebut ialah sepupu Najib sendiri iaitu Hishammuddin.

Nampak logik mungkin kerana tidak mahu UMNO akan makin ditekan bawah Anwar. Atau menjadikan DAP makin berkuasa. 

Nampak tidak logik mungkin kerana semua yang menyokong dilihat mengikut telunjuk Hishammuddin yang mungkin akan ditekan dengan kes rasuah dan salah guna. Jika gagal menzahirkan sokongan. 

Hingga kini H20 selamat dari pendakwaan. Seperti KJ juga. Termasuk Tok Mat. 

Zaman sekarang sokongan akan melunturkan pendakwaan. Ramai telah terselamat kerana mengubah haluan politik. 

Nampak politik Malaysia telah kembali zaman lampau apabila ramai telah ditekan dengan salah guna kuasa dan pendakwaan terpilih di mahkamah. 

Jika enggan mengikut telunjuk Sang Penguasa. 

Jadi apakah pilihan yang ada bagi Presiden UMNO?. 

Menyokong Anwar bermakna mahu DAP kekal berkuasa. 

Menyokong Mahathir bermakna Melayu akan kembali menguasai Kabinet Malaysia. 

Ada rakan sudah mencongak jika ppbm pas umno warisan mca mic  bersatu kita boleh bentuk kerajaan dengan kelebihan 20 kerusi. 

Apakah ada pilihan lain bagi kita? 

Ada berpendapat jangan ada usaha jalan belakang bagi menubuhkan kerajaan. 

PAS dalam kenyataan terbaru semalam juga menolak usaha jalan belakang walau menzahirkan sokongan agar PM7 kekal hingga akhir penggal. 

Ada juga pendapat lain yang mahu Parlimen dibubarkan. Ini solusi yang melibatkan wang. Kerana kos ratusan juta diperlukan untuk membuat semula PRU. 

Pilihan yang tidak sesuai di saat Malaysia mengalami masalah kewangan selepas mendakwa duit negara dihabiskan oleh Mantan PM sebelum ini. 

Pandangan peribadi saya ialah membentuk segera kerajaan baru demi menyelamatkan rakyat dan negara. 

Meskipun pahit namun kita perlu memikirkan kesan jika Dap berjaya tumbangkan Mahathir sebagai PM. Kerana itu usaha memberikan sokongan kepada PM7 agar PM baru dapat ditabalkan segera bukan menunggu penggal dihabiskan..

Jika perlu kumpulkan semua yang mahu sertai tidak kira mana parti. 

Ini boleh menguatkan Kabinet yang baru. Dan meminimumkan risiko lompat. 

UMNO kena pandai berunding dan sebarang keputusan perlulah tidak mengorbankan kepentingan Umno dan ahli Umno. 

Dap sudah menunjukkan belang mereka semasa menjadi Menteri Kewangan. Banyak peruntukan dilihat tidak adil diagihkan kepada sasaran tidak tepat dan tidak berhak mengikut Perlembagaan. 

Maka UMNO perlu terus  membuat rundingan. Jika gagal sekalipun kita tetap akan dikenang kerana mencuba untuk menghalang usaha parti DAP dari terus mengintai peluang mendaki lebih tinggi dalam hierarki kepimpinan Pusat. 

Bila Zahid pertahan Hishammuddin maka kita rasa MT UMNO mungkin menggunakan kes ini sebagai kayu ukur respon ahli parti menghadapi kesan rundingan ini. 

Atau Zahid tidak mahu sejarah pemecatan zaman Najib menjadi punca parti PPBM dan Warisan muncul. 

Makin parah politik tanah air jika berlaku di saat kita baru bangun dari rebah.


Politik ialah seni. Tipu daya dan muslihat. Siapa lebih hebat muslihatnya akan menguasai permainan dan menundukkan lawan.... 

Masa berjalan dan keputusan perlu cepat dan tepat. 

Samada Muhyidin Hishammuddin Anwar Ibrahim Azmin Mukhriz Najib Zahid akan dapat peluang.... 



Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate