Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Ogos 2019

Penerbitan Utusan Malaysia diteruskan, tidak henti operasi

Utusan Malaysia adalah musuh utama Pakatan Harapan.. 

Lihat bagaimana mereka merasa sangat gembira apabila mendengar khabar bahawa lidah perjuangan orang Melayu Islam Malaysia ini mengalami masalah kewangan yang serius sehingga terpaksa memberhentikan operasi. 

Namun akhirnya kenyataan ini telah melegakan ramai pihak dan membawa harapan yang boleh dipercayai Ummah.. 

Kita akan terus menyokong dan membeli surat khabar ini meskipun langganannya di premis Kerajaan tidak lagi seperti zaman pemerintahan BN. 

Kuasa beli rakyat akan digerakkan untuk memastikan periuk nasi para wartawan yang teguh meluangkan suara rakyat tidak mengira fahaman parti di bumi Malaysia ini akan terus terisi. 

Membujur lalu melintang patah. 

Kita gerakkan sehingga akhbar ini akan menjadi akhbar paling kaya di Malaysia. 

Dan berpengaruh membetulkan kepincangan mana jua pihak yang mahu menindas rakyat dan menjadikan agenda rasis perkauman menjadi agenda utama mereka. 

Sempena menjelang hari kemerdekaan mari kita tunjukkan suara kita senada seirama melaungkan keberanian dan kesetiaan bersama pejuang pena di Utusan Malaysia. 


Penerbitan Utusan Malaysia diteruskan, tidak henti operasi

AKHBAR Kumpulan Utusan akan terus diterbitkan. - UTUSAN ONLINE
AKHBAR Kumpulan Utusan akan terus diterbitkan. - UTUSAN ONLINE

Fadzil Zainol

2.9K

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Syarikat akhbar berbahasa Melayu berusia 80 tahun, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (Kumpulan Utusan) akan terus beroperasi dengan menerbitkan dua akhbar dibawahnya, Utusan Malaysia dan Kosmo!.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir berkata, langkah itu diteruskan sekalipun syarikat akhbar itu berada dalam situasi sukar terutama peralihan dunia pemberitaan dalam bentuk media sosial.

Beliau mengakui Kumpulan Utusan sebelum ini banyak dibantu UMNO, namun selepas kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) syarikat penerbitan akhbar itu kembali kepada realiti model perniagaan media.

"Tidak benar kita hendak tutup (henti operasi). Betul kita hadapi masalah. Tetapi kita ada pelan untuk meningkatkan perniagaan," katanya selepas Taklimat Khas oleh Pengerusi Eksekutif di Dewan Besar Kumpulan Utusan di sini hari ini.

Perkembangan itu sekali gus memadamkan spekulasi liar kononnya Kumpulan Utusan akan menghentikan operasinya bermula esok susulan ketidakmampuan menanggung kos operasi.

Abd. Aziz berkata, syarikat turut mengambil keputusan untuk menaikkan harga akhbar Utusan Malaysia daripada RM1.50 senaskhah kepada RM2.00 senaskhah manakala Kosmo! daripada RM1.00 kepada RM1.50 senaskhah mulai Jumaat ini.

Beliau mengharapkan rakyat Malaysia membantu Kumpulan Utusan dengan membeli akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! walaupun dengan kenaikan harga. - UTUSAN ONLINE


http://m.utusan.com.my/berita/nasional/penerbitan-utusan-malaysia-diteruskan-tidak-henti-operasi-1.957198

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate