Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

Memaparkan catatan dengan label Hassan Ali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hassan Ali. Papar semua catatan

24 Disember 2011

Gempar : Dr Hassan Ali Dedah Mustafa Ali Sebenarnya Yang Bertemu Pemimpin UMNO Sidang Media Pagi Tadi

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menafikan mengenai dakwaan Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali mengenai pertemuan beliau bersama tiga individu yang mempunyai kaitan dengan Umno.


Mustafa pada Khamis mendakwa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Hasan dengan Umno yang merujuk kepada satu pertemuan dengan individu-individu terbabit di sebuah hotel di ibu negara pada bulan Ramadan lalu.


Dr Hasan bagaimanapun berkata: “Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan saya dengan mereka sama ada pimpinan Umno di peringkat bawahan, pertengahan atau atasan pada masa dan tempat yang dinyatakan,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini, Sabtu.


Hasan yang juga merupakan Exco Kerajaan Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia bagaimanapun enggan mendedahkan identiti tiga individu yang temuinya.


“Saya tidak dapat menjelaskan sebab saya berasa mereka juga tidak selesa untuk dijelaskan. Cukup saya menafikan sekeras-kerasnya.“Tiada pertemuan dengan mana-mana orang Umno dan tiada langsung berkaitan dengan Pas dan Umno,” katanya.


Hasan berkata, Mustafa sekali lagi terperangkap dengan prasangka buruk dan fitnah sesama muslim.Menurut beliau, Mustafa sebagai setiausaha agung kepada sebuah parti yang berteraskan Islam, tuduhan-tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar dari mulut seorang yang berwibawa.


“Setahu saya yang ada ialah pertemuan yang sebahagiannya berulang kali antara setiausaha agung dengan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno.


“Bahkan terdapat permohonan daripada setiausaha agung sendiri untuk bertemu dengan seorang pemimpin Umno yang sehingga kini setakat yang saya maklum belum dapat diadakan,” katanya lagi.


Dr Hasan meminta pemimpin tertingi parti untuk membuat siasatan secara terperinci berhubung perkara tersebut termasuk dakwaan pertemuan beliau dengan orang-orang yang mempunyai kaitan dengan Umno.


Dalam pada itu, Hasan mempersoalkan tindakan Mustafa sambil meminta pengesahan daripada setiausaha agung parti berhubung dakwaan berkenaan.


“Sejak bila pejabat setiausaha agung menubuhkan unit risikan dan intipan di pejabat agung Pas? Saya juga ingin tahu mengenai keperluan tugas merisik dan mengintip dalam konteks menjaga kesatuan dan perpaduan dalam parti,”


http://musramrakunman.blogspot.com/


Published with Blogger-droid v2.0.2

Surat Terbuka Kepada Dr Hassan Ali Oleh Blogger JentayuAbaka

Pagi ini kebetulan terjumpa tulisan blogger Jentayu Abaka yang menulis surat terbuka menyokong Dr Hassan Ali.


Semalam panglima juga telah menyiarkan laporan Sinar Harian yang melaporkan Hj Hadi seakan menyindir Dr Hassan Ali.


Namun ia diragui kerana ia sekadar satu kenyataan yang bukan dikeluar melalui sidang akhbar.


Boleh jadi ia satu kenyataan yang dinamakan atas Presiden Pas demi mengusir Dr Hassan Ali yang jelas begitu liat menerima agenda kotor dan jijik DAP.


Maka surat di atas sesuai sekali ditujukan kepada Dr Hassan Ali di ketika beberapa pemimpin Pas yang lain begitu ghairah menghentam beliau lantaran kesungguhannya mempertahan akidah umat Islam.


Baca lagi di blog beliau


http://jentayuabaka.blogspot.com/2011/12/surat-dato-dr-hassan-ali.html


Published with Blogger-droid v2.0.2

12 Disember 2011

Dr Hassan Ali Senada Dengan Panglima : Musykil Penggugurannya Oleh Saari Sungip Di Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor !!!





KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali berkata beliau bersedia tidak dicalonkan semula oleh Pas untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Hasan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas kawasan Gombak Setia berkata sama ada beliau digugurkan atau tidak, ia tidak menimbulkan masalah dan halangan serta tidak memerlukan parti atau presiden untuk mengiktiraf beliau dan hanya setia kepada Allah.

"Soal ini (calon) kecil. Agenda nak martabatkan Islam bukan sempadannya Selangor, Perak, Malaysia tetapi alam buana ini. Kalau itu menyebabkan saya kecewa, saya rasa kecil benarlah cita-cita untuk menegakkan Islam itu.

"Saya hendak Allah swt mengiktiraf usaha kecil yang saya jalankan untuk perpaduan umat, untuk bangsa Melayu dan kedaulatan institusi Raja Melayu. Kalau berjuang atas Islam, Melayu tak tertakluk kepada ganjaran sama ada berbentuk wang, jawatan, pangkat sebagainya," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini Isnin.

Beliau mengulas demikian berikutan kontroversi laporan akhbar semalam yang mengatakan beliau digugurkan daripada menjadi calon Pas bagi bertanding pada pilihan raya umum akan datang, namun dinafikan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor selama lapan tahun itu berkata setakat ini juga pimpinan tertinggi parti tidak memaklumkan apa-apa perkara mengenai sama ada beliau digugurkan daripada menjadi calon ataupun sebaliknya.

"Saya tak tahu berapa pencalonan, berapa saya terima, bila pencalonan dibuka dan ditutup dan berapa cawangan yang menyokong saya, tiba-tiba meletup sahaja (berita) dua hari lepas waktu saya nak terima anugerah (daripada Sultan Selangor)," katanya.

Katanya, sebagai kesimpulan beliau tidak pernah berubah dalam hal mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan institusi Raja dan sama ada dicalon atau tidak itu tidak menjadi halangan, bahkan isu ini menjadikan semangatnya lebih kental untuk terus berjuang.

"Cuba anda rasa hati seorang insan, ratusan yang mengucapkan tahniah kepada saya daripada pelbagai tempat tiba-tiba (keluar berita digugurkan kerana) Dr Hasan tak dapat pencalonan cukup? Apa awak rasa sebagai seorang manusia? Dalam hati kecil awak?" tanyanya.

Semalam, Hasan menerima anugerah Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor yang membawa gelaran Datuk sempena Hari keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-66.

Hasan juga tidak menyalahkan Ketua Penerangan Pas Selangor Shaari Sungib kerana mungkin beliau mempunyai niat yang baik apabila memilih untuk mendedahkan perkara ini kepada media secara terbuka.

Tetapi, katanya, setakat yang diketahui dan untuk mengelak kekeliruan berterusan, kaedah pencalonan ialah dengan mengambil kira pencalonan daripada cawangan-cawangan tetapi ini tidak menjadi faktor penentu (pemilihan calon) kerana wujudnya pertimbangan-pertimbangan yang lain.

"Sebagai contoh saya sendiri ditunjuk bertanding di DUN Gombak Setia pada pilihan raya umum lepas dan bukan atas dasar pencalonan daripada cawangan-cawangan.

"Dan begitu juga ketua penerangan Pas negeri sekarang yang bertanding di DU NHulu Kelang tidak mengikuti proses penerimaan pencalonan daripada cawangan-cawangan di Hulu Kelang dalam pilihan raya umum lepas," katanya.

Katanya dalam amalan parti, isu calon yang bakal bertanding pilihan raya diputuskan oleh Pas Pusat selepas melalui proses penilaian oleh Majlis Syura Ulama.

"Adalah tidak sesuai sekiranya mana-mana individu bertindak untuk mendahului pimpinan tertinggi parti dalam hal ini.

"Saya berharap pimpinan tertinggi parti dapat memantau anggota dan pimpinan di pelbagai peringkat agar tidak membuat sebarang kenyataan yang mendahului pimpinan tertinggi parti demi menjaga keutuhan dan wibawa parti," katanya. Begitupun Hasan berkata beliau merasakan mungkin ada sedikit gangguan dalam parti di peringkat negeri untuk menahan kemaraannya tetapi ia hanya spekulatif darinya sendiri dan berharap itu tidak berlaku.

Katanya, beliau akan terus bekerjasama dengan Pas dan pakatan pembangkang selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja dan tidak semudah itu untuk keluar daripada Pas jika menghadapi masalah dalaman parti.

Ditanya sama ada beliau setia kepada parti dan pakatan pembangkang, Hasan berkata: "Saya setia kepada Allah. Kepada umat, dalam konteks ini, saya tidak suka menggunakan istilah setia, tetapi bekerjasama".

Mengenai soal perpaduan umat dan masyarakat Malaysia, beliau menawarkan diri untuk menjadi anggota jawatankuasa peringkat negeri mahupun persekutuan dan mendakwa mempunyai jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Hasan berkata ramuan yang diperolehnya itu sudah dicuba berbelas-belas tahun dalam melahirkan perpaduan yang sejati dan berdasarkan Islam

Read more: http://celahgelegar.blogspot.com/2011/12/hasan-ali-sedia-tidak-dicalonkan-semula.html#ixzz1gKGzoDft





Siapa Saari Sungip ? 


Kenapa dia umumkan pengguran Hassan Ali di hari Keputeraan Sultan Selangor ???


Sila baca peranannya yang dikaitkan dengan isu murtad DUMC http://mymassa.blogspot.com/2011/10/panas-peserta-di-dumc-sahkan-ada.html


Perkara ini bukan kebetulan tetapi pada firasat Panglima ialah perancangan DAP melalui pro mereka dalam PAS untuk menghina DYMM Sultan dan Exco Agama Dr Hassan yang teguh mempertahankan Islam.


Kenapa tidak diumum hari lain ? Bukankah masih banyak lagi hari yang boleh dipanggil media massa untuk diumumkan pengguguran Hassan Ali ?


Celaka puak puak ini.... 


Laknat Allah kepada perosak agama dan perosak bangsa penjaga agama Islam di Malaysia...


Yang nampak makin bodoh ialah ahli dan pemimpin PAS yang tentu makin jatuh saham mereka angkara pro PAS sendiri yang berlidahkan DAP !!!


Tepatlah kata-kata DAP akan ganti PAS untuk perintah Malaysia. Selepas Anwar akan tersungkur di penjara...




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Cari Blog Ini

Translate