Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

Memaparkan catatan dengan label badrul amin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label badrul amin. Papar semua catatan

10 Januari 2010

Edisi Malam : Dr Badrul Amin Tulis di Facebook Umno Bakar Gereja ?






Apa pandangan anda berhubung isu ini ?

Adakah ia boleh dikatakan sebagai satu lagi cubaan mengaitkan UMNO dengan kejadian bakar gereja di saat Kerajaan sedang giat mengharmonikan semua kaum menggunakan Gagasan 1Malaysia ?

Dr Badrul Amin dalam hal ini ternyata tidak sematang dengan tahap pendidikannya dan ternyatalah ia satu lagi pencapaian tertinggi dalam 'emosi' beliau yang dihalakan kemarahannya kepada pihak lawan Pakatan Rosak...khasnya Umno.

Selepas dia juga telah mengkafir dan menyetankan Dr Asri ( seperti komen Pena Minang di blog beliau ) maka inilah satu lagi tindakan menfitnah Umno ( pada pandangan saya) dengan isu kebakaran tersebut..

Adakah kerna usaha bersungguh-sungguh mempertahankan nama Allah oleh Umno ( ingat : selepas ia diputuskan oleh Majlis Fatwa bahawa ia hak umat Islam ) menjadikan Umno dan NGO-NGO yang terlihat, sebagai pihak yang sesuai dijadikan kambing hitam ??

Takkan kita nak harapkan Pas dan Pkr yang gagal naik 'syahwat'nya dalam mempertahankan nama Allah hingga PAS telah bertelagah sesama sendiri berhubung isu ini ??? Pelik kerana selepas gereja dibakar, merekalah yang paling laju menunjukkan diri sebagai jaguh mengutuk pengeboman tersebut ?

Lagi menarik sewaktu artikel ini ditulis video yang diletakkan dalam Youtube telah pun dilarang diakses...


Apakah ini satu lagi sabotaj pihak tertentu dari mengelakkan rakyat mendapat pendedahan yang benar tentang geng penyokong nama Allah diberikan kepada bukan Islam ???

Adakah penggodam mereka semakin terdesak dalam hal ini dan tidak mahu membuka ruang dan peluang kepada rakyat menilai sendiri hujah dan fakta yang dimuatkan dalam alam siber ?

Mudah-mudahan semakin jelaslah kepada rakyat siapakah yang sebenarnya mempertahankan Islam dan siapa juga yang menjadikan Islam sebagai alat !!!


Ayuh kita lawan lagi sehingga akhir hayat nanti.....


Pesanan : sila edarkan video ini kepada rakan2 yang boleh diakses di sini http://www.anwaraidc.com/2010/01/anwar-kisah-di-sebalik-tabir-isu-kalimah-allah.html

Cari Blog Ini

Translate