Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

Memaparkan catatan dengan label nama Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nama Allah. Papar semua catatan

04 Januari 2010

Edisi Isnin : Pendapat Terbaru Nik Aziz Isu Nama Allah ( YB Khalid Samad : Sila Baca ! )

Pertama sekali terima kasih daun keladi kepada Mursyidul Am PAS Dato Nik Abd Aziz Nik Mat atas kenyataan membantah nama Allah digunakan oleh bukan Islam ini.

Meskipun teruk dihentam oleh ramai pihak termasuk blogger kerana membenarkan nama Allah diberikan penggunaannya kepada Kristian sebelum ini namun pendapat terkini yang disiarkan oleh Utusan Malaysia di sini sangat saya hargai.

Ketika tak setuju saya akan kritik sesiapa sahaja, dan ketika setuju saya akan puji walau dia bernama Nik Aziz dan merupakan Mursyidul Am Pas...

Cuma saya khuatir di tengah kegembiraan kita membaca kenyataan beliau hari ini, esok akan keluar kenyataan yang lain pula dan berlawanan dengan kenyataannya yang kita temui hari ini.

Apakah ia akan berlaku lagi selepas satu negara digegarkan dengan pengguguran dua Setiausaha beliau yang mana telah diberitahu tamat kontrak walhal mereka berdua sebenarnya telah diarah meletakkan jawatannya seperti dakwaan Kickdefella di sini ? Wallahu A'lam.

Kerana Nik Abduh anak kesayangan Nik Aziz sebelum ini pernah menulis ayahandanya menerima nasihat yang salah oleh penasihat ayahandanya dan saya kira 'mungkin' antara golongan penasihat yang dimaksudkan beliau ialah Setiausaha -Setiausaha Nik Aziz sendiri yang baru sahaja diarah meletakkan jawatannya. Selain Brother Husam yang juga dikaitkan dengan 'sindiran' tersebut...

Pelik kenapa Nik Aziz mendakwa mereka berdua telah tamat kontrak dan tidak ada kaitan dengan arahan meletak jawatan. Sedangkan Kickdefella mengatakan sebaliknya ! adakah ia tindakan terancang puak Husam Musa untuk membuktikan 'kemunafikan' dalam perkataan Tuan Guru Nik Aziz itu ? Atau memang benar Nik Aziz mengatakan mereka tidak meletak jawatan dan Kickdefella yang memandai-mandai dalam hal ini... ???

Wallahu A'lam. Saya tidak tahu dan tidak dapat mengesahkannya.

Cuma saya lihat tindakan memaparkan kereta anak Nik Aziz iaitu Ustaz Nik Abduh di dalam alam siber seperti ingin menyindir Nik Aziz dan anaknya tentang konsep zuhud keluarga Tok Guru yang dikenali dan digambarkan selama ini dalam minda orang PAS sebagai pemimpin yang menolak keduniaan dan mengejar keakhiratan.

Lihat gambar kereta mewah yang dikatakan milik Nik Abduh di bawah :


Saya pada mulanya agak malas nak cari link mengaitkan dakwaan saya di atas kerana saya yakin anda tentu tahu di manakah dan bagaimanakah cara mencarinya. Tetapi memandangkan prinsip Rasulullah s.a.w iaitu 'memudahkan dari menyulitkan' maka saya berikan link tentang kereta tersebut yang didakwa milik Nik Abduh di sini http://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/12/19/siapa-pemilik-honda-elyson-ini/ Saya harap sesiapa yang tahu ia bukan kereta Nik Abduh agar dapat membetulkannya di ruang komen di bawah ini.


Sebelum anda beredar dari sini, saya ingin hidangkan satu lagi video terbaru Anwar sokong nama Allah kepada bukan Islam di bawah ini. Ia pasti tidak pernah ditonton oleh Anda !

Harap penyokong Brother Anwar Ibrahim akan gembira menontonnya...


Terima kasih Nik Aziz atas kenyataan membantah nama Allah di atas dan saya menunggu kenyataan beliau untuk menyokong usaha menyatu padukan Umno dan Pas demi kesucian Islam.

Cari Blog Ini

Translate