Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Jun 2009

Edisi Pagi : Video Adun PR samseng dan 24 Kesalahan mereka semasa Persidangan DUN Perak ke 12 pada 7 Mei yang lalu

Nota : Sila Sebarkan kepada seluruh rakyat 
Malaysia video dan artikel ini 
untuk menunjukkanperangai 
sebenar Pakatan Rakyat yang
gila kuasa dan tidak hormat 
Raja sehingga baginda 
terpaksa menunggu 6 jam 
sebelum persidangan 
dimulakan. Adakah rakyat 
masih mahu menyokong
Pakatan Rakyat lagi selepas
menonton video ini ?

Video I


Video II


Sumber-sumber Dewan Undangan Negeri Perak telah menyenaraikan sebilangan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh para ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang semasa sidang Dewan Undangan Negeri Khamis. 


Ini termasuk provokasi,mengeluar kan kata-kata kesat,memasuki kawasan tempat duduk ADUN BN dan menghalang tugas pegawai DUN itu. 

Berikut disenaraikan kesalahan-kesalahan Adun Pakatan pembangkang yang dilakukan pada sidang DUN 7hb Mei 2009. 


1. Sebahagian ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tergesa-gesa masuk ke dalam dewan untuk mengambil tempat duduk yang di khaskan untuk ADUN KERAJAAN. 

2. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mewujudkan provokasi kepada ADUN KERAJAAN dengan memasuki ke tempat duduk ADUN KERAJAAN. 

3. Timbalan Yang DiPertua Dewan Negeri, Y.B. Puan Hee Yit Foong telah dihina oleh ADUN PAKATAN PEMBANGKANG dengan dilemparkan wang kertas oleh Y.B. Encik Su Keong Siong dan Y.B. Encik Leong Mee Meng. 

4. Y.B. Encik Su Keong Siong telah mengeluarkan kata-kata kesat dalam bahasa cina yang bermaksud "pergi mati engkau...." dengan tujuan menghina kepada Y.B. Timbalan Yang Dipertua Dewan. 

5. Y.B. Encik Seah Leong Peng, ADUN Pasir Bedamar dan Y.B. Encik Su Keong Siong, ADUN Keranji dan beberapa orang lagi telah menghalang Setiausaha Dewan Negeri daripada menjalankan tugas ketika persidangan. 

6. Baju jubah Setiausaha Dewan Negeri telah dicuri dan disorok di belakang kerusi di dalam bilik rehat Speaker Dewan Undangan Negeri. 

7. Y.B. Encik Sivakumar a/l Varatharaju Naidu dengan angkuh telah mengingkari titah ucapan tuanku Raja Muda Perak yang telah disampaikan kepada Setiausaha Dewan Negeri agar memulakan prosiding dan aturan dalam dewan. Setiausaha Dewan Negeri telah mengingatkan kepada Y.B. Sivakumar sebanyak enam kali berhubung titah ucapan tuanku berkenaan. 

8. Y.B. Encik Yew Tian Hoe, ADUN Au Long dengan sengaja telah duduk di kerusi Yang DiPertua Dewan Negeri Perak (setelah Y.B. Sivakumar dibawa keluar) bagi menghalang Y.B. Dato' R. Ganesan dari menjalankan tugas sebagai speaker baru yang dilantik. 

9. Teks prosiding dan bacaan doa Setiausaha Dewan telah dirampas dari pada Setiausaha Dewan dan telah dirosak dan dikoyakkan. Y.B. Encik Yiew Tian Hoe juga telah menghempas teks prosiding dan doa di atas mejanya beberapa kali hampir 5 minit bagi tujuan membuat bising. 

10. Y.B. Encik Khalil Idham Lim. b. Abdullah ADUN Titi Serong, telah mencetak risalah-risalah yang tidak diketahui sumbernya dan mengedarkan kepada ADUN-ADUN PAKATAN PEMBANGKANG. 

11. ADUN Jalong dan ADUN Tebing Tinggi telah menyerahkan memory card video camera dan camera digital kepada pihak wartawan untuk tujuan hebahan pada pihak yang tidak diketahui. 

12. Y.B. Sivakumar telah menafikan serta menggagalkan bentara daripada membawa cokmar masuk ke dalam dewan sebagai simbolik rasmi untuk memulakan persidangan dewan. 

13. Lebih 10 orang termasuk Y.B. Ngeh Koo Ham, Y.B. Nga Kor Ming dan Speaker ADUN PAKATAN PEMBANGKANG meluru naik ke tingkat 2 dengan melalui laluan yang tidak dibenarkan untuk mereka tetapi dikhaskan kepada pengawal peribadi Tuanku. 

14. Setiausaha Dewan telah menasihati Y.B. Sivakumar agar mengiringi Tuanku Raja Muda ke kamar Di Raja tetapi telah tidak diendahkan oleh Y.B. Sivakumar. Sebaliknya beliau mengatakan beliau ada urusan lain yang perlu diselesaikan dahulu. 

15. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG telah meluru masuk ke dalam dewan dan mengambil alih tempat duduk yang dikhaskan untuk ADUN KERAJAAN serta telah mengoyak beberapa tanda nama ADUN KERAJAAN. 

16. EMPAT ATAU LIMA ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mengeluarkan kata-kata kesat kepada Y.B. SUK yang bermaksud menghalang beliau menjalankan tugas. 

17. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Y.A.B. Menteri Besar dari membawa usul yang ditetapkan dalam aturan sidang DUN. 

18. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Timbalan Speaker dan Speaker Y.B. Dato' R. Ganesan dari menjalankan tugas. 

19. Speaker Sivakumar telah menyalahgunakan kuasa dengan meminta Y.A.B. Menteri Besar dan 6 Exco serta 3 ADUN Bebas keluar dewan dan ianya melanggari aturan dewan yang ditetapkan dan menghina keputusan Mahkamah Persekutuan. 

20. ADUN PAKATAN REMBANGKANG telah melemparkan Buku Perintah Tetap DUN ke arah Y.B. Timbalan Speaker. 

21. Tindakan sebahagian besar ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tidak menghadiri sesi perbarisan tetapi memasuki DUN lebih awal dan tindakan sebahagian lagi yang tergesa-gesa memasuki DUN selepas tamat perbarisan melalui laluan yang tak dibenarkan dan seterusnya mengambil tempat duduk yang dikhaskan kepada Exco dan ADUN Barisan Nasional menunjukkan ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mempunyai niat membuat haru-biru dan kekacauan bagi menggagalkan sidang DUN. 

22. 5 – 6 mikrofon telah dirosakkan oleh beberapa ADUN PAKATAN PEMBANGKANG. 

23. Pejabat Bahagian Perhubungan Awam dan Korporat telah menerima dua panggilan ugutan dari pihak tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa terdapat bom di bangunan SUK Perak. Ianya bertujuan bagi mengelakkan DUN dari bersidang. 

24. Bentara Dewan juga turut ditolak sehingga mengalami kecederaan di kaki semasa menjalankan tugas mengikut peraturan dewan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. 

video seterusnya / sumber sila lihat di laman ini - agendadaily

Video Penjelasan isu di Perak oleh peguam Hafarizam Harun sila klik sini 

8 ulasan:

yes berkata...

Memang wajar Melayu bersatu, tetapi orang UMNO harus ubah perangai.

Terlampau panjang list perubahan yang harus di lakukan, tetapi UMNO sekarang berbeza dengan UMNO yang di dukong oleh ibu bapa kita dulu.

PaKMie berkata...

Salam Pg5 dan kwn2...

Syukur Alhamdulilleh kita kpd Allah SWT kerana kita rakyat semua masih dalam keamanan.Diatas kebijaksanaan pemimpim2 terdahulu Negara kita diantara yang terbaik dari segi keamanan dirantau ini berbanding dgn jiran-jiran kita yang lain, Thailad maupun Indonesia.

Negara kita juga tdk kurangnya diselubungi pengkianat-pengkianat. Kalau dahulu secara terangan komunis membuat kacau bilau dengan kejadian bunuh membunuh keatas orang yang tdk bersalah. Negara kita bebas dari kancah peperangan bersenjata tetapi sebaliknya negara kita juga tdk dapat lari dari gejala-gejala idealogi yang kian menular begitu hebat sekali meracuni fikiran rakyat supaya bangkit menentang Kerajaan.

Pemimpin pembangkang membawa masuk idalogi supaya kerajaan runtuh semata-mata mahu kpd kuasa yang belum tentu menjamin keaman kpd negara. Jahatnya mereka-meraka ini. Boleh mereka tersenyum jika kerajaan yang ada menghadapi masalah yg sengaja dilakukkan oleh pembangkang. Berselindung disebalik parti politik amat sukar untuk kerajaan membendungnya.

Kita yang sedar akan perkara ini tetap mempertahankan. Kita syg kepada Agama kita, kita syg kpd bangsa kita dan kita syg kepada negara kita. Ayuhlah kita semua sama-sama berganding bahu kita tak ada masa lagi, jika dibiarkan tdk mustahil negara kita akan belaku sesuatu perkara yg terburuk dalam sejarah diabab ini.

Terima kasih byk2 kpd pg5 melalui penulisan dalam blog beliau sdikit sebyk boleh menyedarkan kita dari hanyutan mimpi yang dibual oleh Pengganas yang berselindung disebalik parti politik dinegara ini.

panglima berkata...

http://deminegarayangtercinta.blogspot.com/

bungaraya berkata...

pENGLIMA,
cUBA BAYANGKAN JIKA ADUN PARTI PEMBANGKANG MELONTAR KERUSI ATAU BENDA LAIN KE MUKA DYMM? TIDAKAH PUNAH NEGARA AKIBAT BERBUNUHAN ANTARA BANGSA MELAYU DENGAN LAIN-LAIN KAUM? SIKAP KURANG AJAR DAN TIDAK BERTATA SUSILA DIANTARA ADUN PEMBANGKANG BUKANLAH PERANGAI YANG BAIK DAN MUNGKIN INI ADALAH PEMBAWAAN PERSIDANGAN DI TAIWAN SUATU KETIKA DULU. ATAU TERPENGARUH DENGAN FILEM TAMIL DALAM TV KITA.

Panglima Perang Cyber berkata...

yes, terima kasih atas pandangan anda.. Pas juga perlu berubah dan berani dalam pertahan prinsip.

pakmie- meracun fikiran lebih bahaya dari meracun jasad.

panglima @ deminegara - terima kasih atas makluman...

bungaraya - mereka memang begitu sejak dulu lagi.


terima kasih kepada komen sahabat semua..

hilbert berkata...

Salam Panglima dan rakan-rakan,

Jelas sekali dari apa yang saya lihat melalui video itu, sikap serta perangai yang paling teruk pernah saya lihat.

Demi kuasa, YB-YB pembangkang dari DAP dan PKR telah hilang pertimbangan akal yang waras, mereka telah lupa siapa mereka. Mereka benar-benar sudah mabuk. Saya fikir mereka lebih teruk dari orang utan.

Mereka semua ada pelajaran tinggi, ada yang peguam, doktor, engineer tapi perangai tak ubah macam orang gila. Orang mabuk arak pun tidak berperangai macam itu. Aduhhh....

Unknown berkata...

Apa pun hujah keadilan mesti ditegakkan. Sesiapa yang sepatutnya tidak berkuasa tak perlu ambik kuasa orang lain. Dalam kes sidang dewan ni Speaker mempunyai kuasa jd tak payah lah kita nak salahkan speaker pulak sebab masa zaman BN jadi speaker undang-undang yang sama jugak dipakai.

Unknown berkata...

Apa pun hujah keadilan mesti ditegakkan. Sesiapa yang sepatutnya tidak berkuasa tak perlu ambik kuasa orang lain. Dalam kes sidang dewan ni Speaker mempunyai kuasa jd tak payah lah kita nak salahkan speaker pulak sebab masa zaman BN jadi speaker undang-undang yang sama jugak dipakai.

Cari Blog Ini

Translate