Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Ogos 2009

Resolusi BPN 7 / 2009 : Anwar Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara kita !!



Ramai sahabat BPN telah mendesak agar dibuat resolusi mengutuk Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Alif Ba Ta. Namun kerana kesibukan dan faktor tertentu maka saya tidak berjaya membuat resolusi tersebut dengan kadar segera seperti yang dipinta oleh sahabat setia Blogger Pembela Negara ( BPN )

Akhirnya malam ini saya telah diberikan sedikit masa oleh Allah untuk menyiapkan resolusi yang dihajatkan oleh kita semua. Maka dengan ini marilah kita membuat kecaman dan juga menzahirkan pendirian mengutuk seorang manusia bernama Anwar Ibrahim yang pernah menjadi orang kedua terpenting di negara kita sejak menyertai UMNO dan Kabinet sebelum dipecat dan dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun pada 1998 kerana meliwat.

Yang sedihnya ialah si pengkhianat ini telah bertungkus lumus mencuba untuk merobohkan kekuatan bangsa Malaysia dengan agenda politiknya yang melangkaui sempadan kehormatan bangsa atau agama atau undang-undang negara. Meskipun berbelas tahun telah berada di dalam kerajaan dan sering mengecam pembangkang sebelum dibuang dari jawatan..

Oleh itu Resolusi kita ialah :

1. BPN bersepakat mengutuk Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat agama.

2. BPN sedar segala kecaman yang melampau batas terhadap institusi Raja dan agama Islam sejak kebelakangan ini adalah berpunca dari tindakan beliau yang membuka pintu kepada penghinaan tersebut samada nyata atau rahsia.

3. BPN mendesak agar si pengkhianat ini yang terus mengajak ke arah ketidakstabilan dan mengancam keselamatan awam agar ditahan dengan segera atau diusir dari Malaysia jika kita tidak ingin melihat negara kita akan terjerumus ke kancah peperangan saudara atau berlainan etnik agama dan fahaman politik mereka.

4. BPN juga meminta kerajaan turut mengusir sesiapa sahaja yang berkeras ingin menyentuh perkara sensitif seperti Raja dan Agama Islam agar turut diusir keluar dari negara kita tidak kira dari apa jua bangsa atau agama mereka.

5. BPN akan terus berkempen agar rakyat menolak si pengkhianat ini dan juga sesiapa sahaja yang menyokong idealisme perjuangan songsang beliau dari terus diberikan ruang di tanah Malaysia.

6. BPN menyeru rakyat Malaysia membantu usaha menolak tokoh pengkhianat moden ini yang terang terangan telah banyak melanggar undang-undang negara kita dan sibuk mencari idea untuk menjatuhkan pemimpin negara walaupun telah menyebabkan urusan kebajikan rakyat sudah tidak lagi terbela di negeri yang mereka telah diberi kuasa.



Yang benar,


Panglima Perang Cyber,
Ydp Blogger Pembela Negara
Ahad 11.03 malam
15 Ogos 2009




TAMBAHAN :


View Image

Gambar lakonan untuk dapatkan simpati rakyat ?
Dulu pernah mendakwa diracun Arsenik ( klik blog ini )
tetapi masih hidup dan sihat sehingga hari ini.
Pelik tetapi benar ( baca : benar dia telah menipu )


harap dapat sebar dan siar resolusi di atas kepada semua yang menyokong dakwaan ini !

8 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam,

Kawan sentiasa bersama untuk menegak kebenaran. Anwar 'pengkhianat' bangsa dan agama......

Tanpa Nama berkata...

Apa lah punya TERUK pemikiran anda...rakyat tertanya2 apakah pengkhianatan Anwar kpd negara, bangsa, agama, rakyat, ekonomi, pendidikan, kepentingan rakyat dan segalanya.....APA BUKTI????

Anda ni macam orang sewel la...tuduh2 org tanpa pembuktian...tuduh2 tu tak baik la...

Sila beri bukti...nak tuduh orang senang, siapa pun boleh tuduh....siapa pun boleh cakap...

Hey bro...!!! zaman skrg ni, cakap jer tak guna kalau tiada bukti...

Setakat bukti dan kenyataan anda itu, itu bukan bukti...itu hanyalah andaian, tuduhan, kecaman, fitnah anda dan UMNO saja...

kalau nak ikut...benda2 yg anda katakan itu sbg bukti, benda ni dah lama pun...tak ada apa kesan apa pun...dah naik muak rakyat mendengarnya....

Daripada engko sebok marah DSAI..lebih baik engko slesaikan maslah negara yg amat membimbangkan spt H1 N1 skrg ni dan isu2 lain yg mencengkam rakyat...hari2 dah ramai yang mampus krn H1 N1 tp engko sebok kutuk orang...

H1 N1 dan mslh lain lbh berbahaya dr pengkhianatan Anwar...anwar memang pengkhianat...tapi anwar anadalah "pengkhianat" kpd UMNO saja, betapa buruknya perangai UMNO yg didedahkan olh anwar....kita sbg rakyat amat terkejut dgn "pengkhianatan" anwar kpd UMNO...baru kita tahu UMNO tu siapa....huh!!!!

aku pelik dgn kamu ni, kamu semua dikelilingi dgn sgl bentuk propaganda, media, akhbar dan segalanya utk melawan SATU orang di Malayasia iaitu ANWAR...tp anda semua TEWAS di tangan ANWAR seorang....sungguh malu anda....

Piiiiraaaaaaaaaahhh....bravo DSAI...jgn gentar...

Taminsari berkata...

Salam Pang5...

Pengkhianat bangsa tidak layak tinggal di negara ini...

Salam perjuangan

nana berkata...

mula2 kata mata lebam sebab hantok kat dinding
Lepas tu sorang lg kata dia tumbuk sendiri

last2 bila dpt tangkat...rupanya ketua anjing yg gigit...

ha...ha...ha..kuatnya menipu puak2 umno ni

sekarang ni kes bunuh oleh SPRM pun nak lindung lagi...

Memang teruk la umno ni....patut pun aku tak undi umno...

priory of jenin berkata...

resolution..????

sendiri bikin je ke che' pang5 perang....pandai ang susun ayat no...

3. BPN mendesak agar si pengkhianat ini yang terus mengajak ke arah ketidakstabilan dan mengancam keselamatan awam agar ditahan dengan segera atau diusir dari Malaysia jika kita tidak ingin melihat negara kita akan terjerumus ke kancah peperangan saudara atau berlainan etnik agama dan fahaman politik mereka.

"bila dan bila la si pengkhianat yang anda maksudkan suruh rakyat pi angkat parang nak perang saudara nie ????"

-get your resolution nie masuk dlm bakul sampah la UmnGok! ..

Taminsari berkata...

Salam Pang5..

Ini adalah blog PRK N11..
http://prkn11.net/index.php

Terima kasih

Sharps Shooters berkata...

SAYA SOKONG!! KITA HAPUSKAN ANWAR!!! DASAR PENGKHIANAT BANGSA YANG TIDAK KENANG JASA PEMIMPIN LAMA!!!!

baLdi MeraH berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=PuhlCsuyXrQ




gobalakrishnan tampar polis

Cari Blog Ini

Translate