Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Disember 2018

Bersatu beri beg tiruan – Herschel - Abu Leman

Bersatu beri beg tiruan – Herschel - Abu Leman

Komen panglima : kesian kepada perwakilan... dapat yang tiruan rupanya.


Bersatu beri beg tiruan – Herschel



Pihak Herschel Supply Co. semalam mengeluarkan satu kenyataan melalui email memaklumkan model beg-beg yang diedarkan di Himpunan Bersatu adalah beg tiruan.

Kenyataan yang merupakan jawapan balas dari pertanyaan seseorang itu berkata mereka tidak dapat mengecam reka bentuk beg yang dipaparkan.

Herschel menegaskan bahawa reka bentuk beg yang diterima oleh perwakilan Bersatu tempoh hari tidak pernah dikeluarkan oleh pihak mereka sama sekali.

Jika email bertarikh 29 Disember 2018 itu sahih, ia sekaligus mendedahkan Bersatu yang kini telah menjadi KERAjaan pada hari ini melakukan kesalahan membeli dan mengedarakan barang tiruan.

ARTIKEL BERKAITAN : Perwakilan dapat Beg Herschel di perhimpunan Bersatu

Carian di internet bagi reka bentuk beg itu juga tidak ditemui dijual di mana-mana kedai maya seperti Lazada, Shopee ataupun Zalora.

Ini bukanlah satu contoh yang baik yang ditunjukkan oleh KERAjaan. Tidak hairanlah kita lihat di mana-mana pasaraya atau di tepi jalan masih bebas menjual barang cetak rompak secara terbuka.

Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 menyatakan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barangan atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun.

Harap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini dan menghukum pesalah-pesalah yang terlibat. Janganlah oleh sebab kesalahan ini dilakukan oleh parti KERAjaan maka pihak berkuasa menutup mata.

Selepas ini, entah apa rompak lagi yang KERAjaan akan lakukan di masa hadapan? – AbuLeman




[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate