Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Jun 2008

Najib VS Pak Lah ; harapan yang tidak menjadi kenyataan !

Kata blogger A KADIR JASIN :

Mohd Najib dipetik di London sebagai berkata beliau tidak akan mencabar Perdana Menteri untuk jawatan Presiden Umno kerana dia seorang ahli parti yang setia.

Jadi, apakah Tun Abdul Razak Hussin bukan ahli parti yang setia kerana bersekongkol dengan pihak-pihak yang mendesak Tunku Abdul Rahman Putera agar bersara pada tahun 1969?

Apakah Tengku Razaleigh Hamzah bukan ahli parti yang setia kerana pada tahun 1987 dia mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad?

Apakah Abdullah Ahmad Badawi bukan ahli parti yang setia kerana bersekongkol dengan Tengku Razaleigh dan Musa Hitam cuba menjatuhkan Dr Mahathir?

Apakah tertulis, terukir dan terpahat dalam Perlembagaan Umno suatu fasal mengenai ahli parti yang setia?

Kalau wujud suatu makhluk (creature) yang digelar "ahli parti yang setia" dalam Umno, apakah ini bermakna Umno boleh dibiarkan hancur kerana ahli tidak boleh mencabar kepemimpinan yang hambar?

Soalan-soalan itu perlu diselidik dan dijawab oleh Mohd Najib dan para penasihat dan penyokong akrabnya jika Umno mahu diselamatkan.

Mungkin bagi mereka, mengekalkan rekod Mohd Najib sebagai pemimpin yang naik tanpa mencabar sesiapa lebih penting daripada segala-galanya.


Bagi saya :

Bukan tidak setia jika ada pertandingan dalam parti, masalah sekarang ialah puak puak pro Tun Mahathir inginkan Najib melawan Pak Lah hingga tidak menghiraukan kesan apa yang berlaku jika ia menjadi kenyataan. Kenyataan A KADIR JASIN di atas tidak ubah adalah satu bentuk ' persepsi' yang berlandaskan emosi kerana tidak dapat menjadikan Najib sebagai lawan kepada Pak Lah di dalam pertandingan jawatan Disember akan datang.

Mana boleh didesak Pak Lah turun segera dengan menjadikan Najib melawan Pak Lah seperti Mahathir dilawan Anwar... Adakah ini bermakna Mahathir ingin Pak Lah mengalami situasi sukar beliau diserang oleh Anwar dan konco konconya sebelum ini agar dirasai sama oleh Pak Lah ? begitu murahkan Tun mahathir hingga tidak mempedulikan lagi pandangan rakyat hingga mereka merasa sangat meluat dengan tindakan Tun dan anak serta penyokong yang buta hati hingga kecelaruan dalam pentadbiran menggugat kepimpinan Pak Lah yang ingin menjadi cemerlang gemilang dan terbilang....

Begitu juga dakwaan 'kepimpinan yang hambar' merujuk kepada kepimpinan Pak Lah adalah 'kata kata' yang berlapik atas nafsu ingin menjadi 'wira pengampu' mantan Presiden parti. Atau mengampu mereka mereka yang bernafsu tinggi agar dapat mencecah punggung atas kerusi Perdana Menteri...

Siapa tidak kenal kata kata jenis manakah seperti ini ? namun yang menjadi mangsa ialah rakyat dan ahli parti kerana sikap tidak adil mereka yang menentang dan memperli PM kita dan kesannya terhadap negara dan parti. Akhirnya suasana menjadi sangat bahaya kepada warisan kuasa politik pusaka nenek moyang kita yang sedia ada.

Ingatkah lagi bagaimana Tun Mahathir didesak turun selepas memecat ANwar 10 tahun lalu hingga mengakibatkan rakyat turun ke jalanan mendesak Tun turun dari jawatan PM ?

masih ingatkah bagaimana sokongan Pak Lah kepada Tun hingga tiada sebarang sabotaj dibuat kepada pemerintahan Tun sebagai rasa hormat dan taat kepada ketua ???

Masih ingatkah bagaimana Pak Lah tidak gelojoh menjadi PM hingga Tun meneruskan tugas selepas menangis teresak esak macam budak budak dalam perhimpunan agong UMNO kerana kecewa dan ingin letak jawatannya dalam parti ?

Apa balasannya 'amalan soleh' Pak Lah ketika itu ?

Akhirnya Allah telah membalas segala kesetiaan Pak Lah dengan memberikan timbalan yang akhirnya tidak tunduk kepada 'hasutan jahat' puak puak yang ingin merebut kekuasaan atau menaikkan orang mereka hingga menjadikan rakyat sebagai sasaran kemaran mereka agar turut sama menolak kepimpinan Pak Lah ?

Najib selaku bangsa Bugis yang berani nampaknya betul betul berani di atas dasar dan prinsip sebagai ahli setia parti 1hingga mengatakan tidak akan membuat parti rosak dengan mencabar Pak Lah yang sekarang semakin 'diterima rakyat' meskipun kenaikan minyak adalah langkah tidak popular yang terpaksa dibuat oleh beliau....

Jika sesiapa menjadi perdana menteri sekalipun, dia sanggup mengorbankan 'maruah' dan 'harga diri' agar rakyat tidak akan menderita untuk jangka masa yang panjang dengan kemelesetan ekonomi atau dibebani hutang yang tinggi atas dasar subsidi kepada segala macam benda termasuk petrol dan diesel. Hingga ramai juga 'penyangak' telah mendapat untung atas angin menjual barang subsidi rakyat hingga menguntungkan warga asing yang tidak ada apa apa kaitan dengan negara atau memberi pendapatan kepada kita...

Sikap seperti A KADIR JASIN dan blogger blogger terhasut dengan Tun Mahathir ini tidak diajar oleh agama ...dan tidak boleh diterima oleh kita...Ketaatan atau WALA kepada pemimpin selama mana ia memegang kuasa adalah sangat penting....Pemberontakan atau hasutan menentang Perdana menteri adalah tindakan hipokrit yang jelas mempunyai agenda tertentu hingga sanggup menjadikan bangsanya sendiri sebagai sasaran kemarahan dan kritikan walhal masih banyak perkara lain yang boleh dilakukan.

Dan terbukti Pak Lah sebagai warga dari bidang agama menunjukkan akhlaknya hingga tidak menggunakan kuasa menangkap mereka yang mengkritik dan mengutuknya meskipun ia boleh dibuat dengan mudah sahaja.

Jika Mukhriz mengkritik PM di zaman Mahathir seperti Ezam pasti sudah lama dipecat dari Parti..Tetapi adakah ulangan itu berlaku di zaman Pak Lah sekarang ini ???

Anda tentu dapat membezakannya bukan...Atau anda boleh saya katakan sebagai buta kerana tidak faham dan reti membaca sejarah yang berlaku untuk dibandingkan sebelum menentang atau menyokong seseorang ....

Akhlak adalah bunga diri.... makin bagus akhlaknya baguslah tulisannya...tidak menghasut rakyat, mengajak berdemonstrasi seperti PAS dan KEADILAN dan tidak mendesak atau mengugut kerajaan sesuka hati seperti kerajaan itu laksana ' hamba di bawah kaki' mereka yang tidak tahu hormat dan taat setia...

Maaf jika terkasar berkata kata di ruang pena ini TETAPI itu hak saya berbicara kepada anda semua!



1 ulasan:

Cheguman berkata...

Asslamualaikum sahabat,
Saya rasa tak perlu saya komen panjang. Cuma saya teringat kisah Tun Tuah menyelamatkan kuda sultan. Kisah ini dijadikan salah satu modal untuk menghina Tun Tuah dan menggelarnya pengampu dan pembodek. Malangnya yang ikut mempersendakan Tun Tuah tersebut barangkali tidak pernah pun membaca hikayat Hang Tuah. Prof. Harun (PPIK-USM) menegaskan bahawa tindakan Tun Tuah tersebut bukan semata-mata tanda kesetiaan kepada sultan tetapi lebih kepada menyelamatkan MARUAH sekalian hulubalang dan pembesar ketika itu. Jika Tun Tuah tidak mahu mengambil tanggung jawab tersebut maka siapa yang akan melakukannya? Jika tiada siapa yang sanggup melakukannya, apakah yang akan berlaku seterusnya?

kunjungi blog waadat untuk perbincangan lanjut.

PS: Bila otak sarat dengan pelbagai pergolakan dalam negara, saya suka berehat sambil menonton rakaman Nabil (Raja Lawak) yang sering berkata: "lu pikir lah sendiri."

Cari Blog Ini

Translate