Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Jun 2008

Nik Aziz kata UMNO sesat @ Saya juga sesat !!


Artikel Asal :

NIK AZIZ: UMNO SESAT! Kerana Memisahkan Agama Dengan Politik!


"


Berhubung isu perpaduan antara Melayu yang dicanangkan oleh UMNO supaya bersatu dengan PAS, Mursyidul Am PAS telah menidakkan kemungkinan tersebut daripada berlaku! Ini kerana PAS meletakkan sumber Al-Quran dan Hadith sebagai sumber pentadbiran manakala UMNO telah mengasingkan agama dengan politik! Maka, penggabungan PAS dengan UMNO tidak akan berlaku sama sekali!


Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berceramah di Padang MPAJ, Pandan Indah, Selangor pada 14 Jun 2008 sekembalinya beliau daripada mengerjakan ibadah umrah. Beliau dengan nada yang rendah memohon maaf akibat keuzurannya dan selsema yang dihidapinya.

Tuan Guru Nik Aziz telah menjadikan medan politiknya sebagai usaha dakwahnya mengajak manusia kembali kepada Allah S. W. T apabila memulakan ceramah di Pandan dengan ceramah agama. Ia menjadi kelebihan semulajadi (tetapi boleh dituntut di pondok agama) Tuan Guru kerana tidak ramai ahli politik yang mempunyai pengetahuan agama yang mendalam! Kerana itu beliau layak dipanggil Tuan Guru!

Memulakan bicara politik, beliau membidas UMNO kerana telah berjaya mengasingkan istilah Melayu, Cina dan India dalam ertikata bangsa manakala Islam tidak melihat kepada bangsa kerana Islam adalah agama universal, iaitu boleh dianuti oleh semua bangsa. Maka masalah perpaduan seperti yang dilaungkan UMNO telah selesai secara automatik apabila kita kembali kepada Al-Quran!

Menarik perhatian ceramahnya apabila beliau mengingatkan para hadirin yang akan ke Mekah supaya mengingat kembali semua sejarah di sebalik sesuatu peristiwa dan nama tempat.

http://whitenaval.wordpress.com "


--- Maaflah kerana opening artikel dengan ' Nik Aziz kata UMNO sesat @ Saya juga sesat !!... Jangan marah dengan kata kata tersebut kerana SESAT adalah hak milik semua orang Islam yang tidak beriman atau tidak sampai kepada nafsu Kamilah ( nafsu fitrah )...atau menjadi Insan Kamil.

Memang betul dan Nik Aziz rasanya belum juga menjadi Insan Kamil. Kerana sifat insan Kamil ini ialah dia membawa akhlak Nabi s.a.w. Tidak ada sedikitpun mencaci atau mencacai atau memburukkan orang lain dengan munafik, toghut, kafir atau apa apa sahaja carutan berbisa dari mulut yang sama mengaji quran dan membaca ayat Al Quran.

Maaf Tok Guru ( PAS ) kerana ana mengatakan enta sesat ! kerana ana pun sama sesat dengan menjadikan kata kata mengata sebagai mainan tulisan ana...dan ana tidak layak lagi untuk menjadi Insan Kamil kerana terlalu banyak dosa dan tidak ada gelaran tok guru pada nama hamba.

Maaflah kerana Dajal juga menyesatkan orang. Dunia sama. Perempuan boleh menjadikan sesiapa pemilik hatinya sesat...Jika tidak dibentengi hati dengan cahaya Iman kurnian Tuhan.

Inilah padahnya jika bukan ulama dilbelkan ulama. Inilah padahnya jika politik dijadikan landasan membina dakwah. Bukan dengan cara tradisi ulama pewaris Nabi yang mendapat kedudukan bukan dengan mencari atau mencalonkan dirinya. Tengok, Nik Aziz masih 'sayangkan' jawatan MBnya dan terus ingin menaiki kenderaan rasmi MB Kelantan yang mendapat kedudukan istimewa di sisi pandangan rakyat.- klik sini -

Nik Aziz kata UMNO sesat kerana memisahkan agama dengan politik. Tetapi realitinya UMNO tidak meninggalkan agama dalam politik. Jika hendak dikira ayat quran dan hadis dalam perjalanan politik UMNO, rasanya Nik Aziz sudah 'sesat' dalam berfatwa bahawa UMNO adalah SESAT !

Ok alasan ahli UMNO ada tidak menutup Aurat bukan beerti UMNO sesat ! kerana ia individu bukan saranan parti. Begitu juga undang undang Islam, UMNO tidak menolak nas nas hukum HUDUD tetapi tidak melaksanakannya kerana faktor KONSENSUS ekoran perkongsian kuasa dengan ahli kompenan BN yang tidak beragama Islam. Jika tidak, tentu semakin teruk agama Islam lantaran kita tidak dapat berkuasa sendirian. kecuali PAS sanggup berkongsi kuasa dengan UMNO barulah boleh dibentuk negara Islam yang diidamkan oleh kita semua..Tetapi sanggupkah PAS menerimanya ? selepas habis ludah kahak hijau disembur kepada UMNO selama ini ?
Sebarang salah laku ahli parti tidak bermakna ia adalah Perlembagaan Parti UMNO..Kerana biarpun tidak mengucapkan dengan perkataan atau tulisan hasrat menggunakan Al Quran dan Sunnah namun ia terhasil dari perbuatan dan tindakan selama ini hingga Kerajaan jugalah yang menjaga ajaran sesat dari terus merebak dan membanyakkan pembinaan masjid masjid serta program pengisian di dalamnya agar rakyat terus menerus menjadi Muslim ,Mukmin dan Muhsin...

Jika ukuran sesat kerana tidak memakai JUBAH atau KOPIAH maka Nik Aziz sekali lagi SESAT !

Jika ingin menjadikan taraf ilmu para pemimpin UMNO sebagai ukuran sesat maka Nik Aziz juga masih dalam daerah SESAT !

Apa erti sesat ?

klik sini untuk penjelasan dari Forum JAKIM tentang sesat dan ajaran sesat ini..

UMNO mungkin sesat kerana :

- Menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia
- Menjaga kebajikan semua bangsa termasuk semua agama
- Menganjurkan pertandingan Tilawah Al Quran
- Menganjurkan FORUM HALAL SEDUNIA agar makanan halal habnya di Malaysia
- Memperkenalkan Islam Hadhari sebagai pendekatan baru menaikkan imej Islam
- Memperkenalkan Bank Islam, Universiti Islam, Pajak Gadai Islam.
- Menangkap pelacur, penagih dadah, khalwat, sumbang mahram dll
- Melaksanakan Mahkamah Syariah untuk kes kes syariah

dan banyak lagi yang tidak muat disebutkan di sini....

Oh lupa, UMNO benarkan JUDI ? memang benar...Kepada orang bukan Islam kerana desakan parti kompenan BN. Bukan kerana ingin ' menjudikan' rakyat Malaysia termasuk orang Islam...kerana kesalahan membeli nombor ekor jelas sehingga terdapat Enakmen Judi yang memberi kuasa kepada Jabatan Agama menangkap pembeli nombor ekor jika dilihat membelinya.... Jika UMNO suka judi tentu tidak adalah undang undang menyekat Umat Islam dari membelinya !

klik sini
untuk penerangan terperinci tentang judi dan maksiat yang menjadi sandaran tangkapan pihak berkuasa kepada pesalah pesalah tersebut !

Cukuplah akhir sekali saya simpulkan bahawa Barangsiapa disesatkan Allah maka dia tidak akan menemui Wali Mursyid ( Ulama Pewaris Nabi ) sebagai pemimpin hatinya menuju Allah agar tidak sesat selama-lamanya....

Dan Nik Aziz hanya Mursyidul Am bukan Wali Mursyid untuk rakyat menjadikannya sebagai pemimpin rohani kita....( bab wali mursyid klik sini )


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate