Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Julai 2008

Anwar sudah bersumpah ! sumpah minyak bukan sumpah liwat !

06 Julai, 2008 02:12 AM

Anwar Enggan Jawab Cadangan Bersumpah

BUTTERWORTH, 6 Julai (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari Sabtu enggan menjawab soalan media berkenaan cabaran supaya beliau bersumpah dengan menjunjung Al-Quran berhubung tuduhan liwat terhadapnya.

Ketika ditemui pemberita selepas mengadakan ceramah perdana di sini Sabtu malam, beliau yang dikawal ketat oleh beberapa penyokongnya terus berlalu tanpa menjawab soalan yang diajukan kepadanya.

Baru-baru ini, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta kedua-dua individu yang dikaitkan dalam kes liwat iaitu Anwar dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan supaya 'bermubahalah' atau bersumpah.

Beliau berkata isu liwat itu kini sudah menjadi semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru.

Katanya Anwar dan Mohd Saiful hendaklah bersumpah laknat iaitu dengan melafazkan sumpah: "Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya, laknat Allah kepada saya."

Terdahulu, ketika memulakan ucapannya, Anwar menegaskan bahawa beliau sudah jemu bercakap dan mengulas berhubung tuduhan liwat terhadapnya.

"Seminggu yang lepas, kita telah dikejutkan dengan kisah itu (tuduhan liwat) dan saya tak nak, menyampah dan meluat dengan cerita kotor itu. Saya pernah dituduh dengan tuduhan yang sama dulu. Tuduhan daripada mereka yang kecewa dengan politik," katanya....

-- BERNAMA



1. Anwar sudah gelabah kerana terperangkap dengan desakan supaya bersumpah....
2. Liwat sah berlaku ( polis sahkan hari ini 6.7.08 )
3. Rakyat sukar mempercayai teori konspirasi isu liwat terhadap Anwar.

Anda fikir apa ??


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate