KUALA LUMPUR 4 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu memberi pelbagai alasan dan mengadakan perhimpunan politik sebaliknya bersedia berhadapan dengan dakwaan terbaru kes liwat membabitkan beliau serta membuktikan sama ada ia betul atau sebaliknya.
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, beliau hairan bagaimana Anwar hanya mengulangi alasan lama seperti yang pernah dinyatakannya satu masa dahulu iaitu konspirasi untuk menjatuhkan beliau.
''Saya juga kenal perangai Anwar. Dia sebenarnya tidak tahu apa-apa dan hanya cuba mengalihkan perhatian ramai," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Ekspo Menyelam Antarabangsa 2008 (MIDE 08) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Pada 28 Jun lalu, pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis mendakwa Anwar meliwatnya beberapa kali termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun lalu.
Mukhriz berkata, tiada individu yang sanggup mendedahkan keaiban seperti dilakukan Saiful jika ia tidak benar.
''Saya ingat tidak ada orang yang mahu mendedahkan aib begini. Jika ia bohong, rasa malu tidak dapat disembunyikan sehingga tujuh keturunan,'' jelasnya.
Katanya, perang psikologi yang sedang digunakan Anwar bakal mendedahkan kepada umum situasi sebenar yang akan berlaku.
''Mudahkan sahaja cerita, mengaku sahaja anda liwat Saiful atau tidak," ujarnya.
Tegasnya, tindakan pertama Anwar yang 'melarikan diri' ke kedutaan Turki sudah menunjukkan perasaan takut dan tanda beliau tidak boleh berdepan dengan realiti.
''Kenapa masa mula-mula dituduh anda lari, itu menunjukkan anda takut dan ada sesuatu yang sudah terjadi," katanya.
Anwar juga masih tidak menjawab kenapa Balasubramaniam menarik balik laporannya? Kenyataan hanya dikeluarkan oleh Naib Presiden Keadilan sahaja tanpa melibatkan Anwar sendiri.
Bala kata dia dipaksa ! siapa paksa beliau ???
Sama ada anak singh nama Americk yang telah diketepikan semasa sidang pembatalan akuan bersumpah, atau Anwar Ibrahm sendiri yang telah ' dibelit ' dengan mudah saja oleh Bala yang memang menjadi bala terbaru sekarang kepada manusia gila kuasa bernama Anwar Ibrahim.
Cuma pelik juga di manakah peguam peguam hebat semasa kes 1998 dulu ? adakah mereka sudah kenal Anwar seperti tapak tangan mereka sendiri atau mereka sendiri percaya kes liwat ini sah berlaku ?
Segala galanya demi politik...Ia nampak permainan kata kata sahaja tetapi ia adalah peperangan saraf terbaru dari Kuasa Dunia yang ingin menghentikan potensi negara kita ke arah menjadi sebuah negara yang kaya dengan hasil pertanian, modal insan, bioteknologi yang semua itu akan memusnahkan pergantungan selama ini kepada negara pro barat yang akhirnya akan meruntuhkan ekonomi mereka sedikit demi sedikit.
jangan dilupa bahawa kerajaan sudah menegaskan tidak akan meminjam dari IMF ( ah long terbesar dunia dimiliki oleh Yahudi ) hingga mengundang kemarahan golongan tersebut kerana kita enggan menjadi 'hamba' mereka.
Akhirnya Anwar diharapkan seperti mana tahun 1998 hampir hampir diterima 'madu beracun' mereka bagi memulihkan ekonomi kita ketika itu yang mengalami kesan serantau akibat kejatuhan ekonomi dunia. Mujur Tun Mahathir dengan cepat memecat Anwar dan itulah hasil yang baru kita sedar 10 tahun selepas itu.
Akhir kata, apa kata kita demonstrasi ramai ramai minta Anwar bersumpah dengan Nama Allah menafikan penglibatannya dalam liwat meliwat ini dan sanggup dilaknat Allah jika ia benar benar berlaku akibat penipuannya.
Kita akan terus menunggu. Anwar dengan sumpah mubahalahnya atau Saiful terlebih dahulu memulakannya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan