Peliknya ramai mengikut dengan setia tiap patah kata kata mereka jenis ulama non akhirat ni. Manusia sukar membezakan benda baik dengan benda buruk. Jika benar ilmu seorang alim itu, nescaya keluarga, masyarakat dan negeri di bawah pemerintahannya ( jika berkuasa ) menjadi contoh kepada negeri lain. Bukan penuh dengan pondan atau dengan gejala tidak sihat seperti dadah dan sebagainya. Bahkan kewangan negeri dikhabarkan berada di paras teruk.
Patutnya negeri beriman dan bertakwa dilimpahkan Allah dengan rezeki yang banyak dari bumi dan dari langit. Tetapi apa jadi ? semua kita dapat lihat dan membandingkan kalam Ilahi dan sabda Nabi dengan realiti pemerintahan puak menggunakan agama untuk politik dunia ini.
Sebab itu hati hati mereka pecah dan tidak kukuh. Kerana mereka dibina atas tapak yang rapuh.
Baca sendiri berita yang berbeza dari mulut yang sama nama Nik Aziz ini @ Flip Flop
1. Bernama 22 Mac 2008 : LOMPAT PARTI KERJA ORANG TAK BERMARUAH - NIK AZIZ NIK MAT;
KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perbuatan melompat parti hanya dilakukan orang yang tidak bermaruah.
Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am PAS berharap undang-undang untuk menghalang perbuatan itu terutama dalam kalangan ahli politik yang menang pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, digubal segera.
“Memang melompat (parti) ni bukan kerja orang politik, kerja orang makan upah… Bukan manusia (kalau) boleh dijual beli ni,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis kesyukuran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Mohd Zaid Ibrahim di kediamannya di sini, pada hari Sabtu.
Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Mohd Zaid yang menyarankan undangundang anti lompat parti digubal bagi mengelak perbuatan itu berlaku secara berleluasa.
Katanya, beliau sangat bersetuju dengan cadangan seumpama itu bagi mengelak wakil rakyat termasuk daripada PAS berhadapan dengan perkara seumpama itu.
Dalam perkembangan lain, Nik Aziz berharap pemimpin Barisan Nasoinal (BN) kembali bermuhasabah diri bagi melihat punca kekalahan yang dialami dalam pilihan raya umum lepas.
Kemudian, dipetik dari artikel yang terbaru dari Utusan September 17 2008 yang bertajuk LOMPAT PARTI TAK SALAH - NIK AZIZ;
KOTA BHARU . - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti.
Katanya, apa yang dilakukan Anwar adalah selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.
"Kalau Anwar tidak buat macam itu, nak buat macam mana lagi, sementara menunggu pilihan raya, buat macam ini dulu.
"Dalam pilihan raya, jika berlaku penipuan dan rasuah, tidak akan ada perubahan kuasa itu," katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-18 Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim, di sini hari ini.
Beliau ditanya berhubung dengan kegagalan Anwar menubuhkan kerajaan baru pada hari ini sebagaimana yang diuar-uarkan.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tarikh perubahan kuasa itu tidak penting kerana lebih penting adalah merealisasikan hasrat pembangkang bila sampai masanya.
Beliau yakin, biar apa yang diharapkan oleh Anwar belum menjadi kenyataan hari ini, namun ia bukan satu angan-angan Mat Jenin seperti yang dikatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Utusan
Kesimpulannya : Nik Aziz masih sihat ingatannya atau sudah hilang upaya mengingat dengan baik?
Selamat Berbuka Puasa....
Selamat Nuzul Quran. Moga Quran menjadi Dustur hidup kita.
8 ulasan:
Wah tok panglima. kalau ini macam? Apa jenis tok guru ni encik? Aiyo, banyak susahlah ini macam. Siapa nak jawab ni?
Tapi tok panglima, nanti depa kata media putar-belit punya kenyataan tok guru ni. So, apa pandangan tok panglima perang? habaq mai sat cek nak dengak. yalah, depa akan kata punya pasai bernama tuleh lain, utusan tuleh lain. ha, apa nak kata? habaq mai sat.
nik aziz tu dah nyanyuk...tak layak jadi pemimpin...dalam islam sendiri orang yang nak jadi pemimpin kena sempurna sifatnya...mcm mana rakyat kelantan boleh pilih pemimpin yang dah nyanyuk...mata dah kelabu dgn sogokkan anwar...
Pak Nik orang tua, ikhlas,pengalaman banyak tetapi sayang dia dipergunakan oleh orang yang bertanggungjawab. Kesian orang tua ni. Baik orangnya.
Tetap sayang dengan Pak Nik walaupun berbeza pandangan dan pendapat dengan beliau.
Salam. http://tiamia-ku.blogspot.com
Nilah realiti kehidupan kita di MALAYSIA dah masa yang sama ada dua statment yang boleh klirukan rakyat.
Tanggungjawab kita BRO untuk pastikan rakyat di negara ni tak terikut sangat dengan DAJAL-DAJAL yang menyesatkan ni
rakyat malaysia ni labih mudah terpengaruh daripada berfikir..
nik aziz selalu mengaitkan ucapan beliau dengan ayat2 quran dan hadith..tapi sebenarnya banyak yang tak tepat..dulu aku pun kagum dengan nik aziz tapi bila aku perhatikan tiada langsung ciri2 ulamak pada diri beliau.aku tak nak ulas lanjut, pasal banyak perkara yang aku boleh ulas pasal nik aziz.aku bagi satu contoh kecik dah la.
ciri2 ulamak adalah untuk menyatu padukan ummah. dan salah satu tanda apabila alquran melaknat kita apabila kita menganggap sesama insan itu musuh apatah lagi insan seagama.
dan nik aziz berkata tak guna kalau berkawan dengan umno..selepas melemahkan umno sepatutnya hapuskan terus umno, bukan membantu menaikkan mereka semula..tak guna berbincang dengan umno kerana sejak dari dulu lagi umno tak boleh dipercayai..
tapi anehnya pas boleh percaya kepada DAP yang anti islam..sebenarnya politik nik aziz bukan untuk menegakkan islam..tetapi dendamnya pada mahathir..pak lah tak pernah memusuhi belia dan pas...dan ini membuka mata sesetengah pemimpin pas yang tiada kenangan buruk dengan umno dan paklah lalu mereka setuju berjumpa dan bermuzakarah dgn umno sambil ditentang nik aziz yang mengaggap umno itu lebih teruk dari kafir..ulamak jenis apa ni?
Ya, saya bersetuju dengan hang. Ini bukan ulamak dah. Saya sebagai bukan islam, juga naik hairan dengan perangai orang tua ni. Sepatutnya, kalau betoi dia ulamak, dia tak boleh cakap macam ni. Dia mesti bantu sesama islam. Tapi dia terbalik, sanggup dia bekerja dengan orang yang terang-terangan menentang penubuhan negara islam.
Saya masih berbaik sangka dengan Nik Aziz, walaupun baru2 ni dia keluarkan kenyataan yang agak keterlaluan terhadap Mustapha Ali. Dia??
Yg berdosa betul ialah puak2 yang control persepsi Nik Aziz ni, bagi dia input2 salah, hasut dia sampai dia berfikiran macam tu.
Ulama pewaris nabi biasa ada pandangan sixth sense..
Basirah kata orang.
Tahu apa orang biasa tak tahu.
Pewaris lain tak tahulah...sampai kata Tuhan gedebe dan mencarut. dan Nabi pun jenis amal kroni juga...isk isk
Nauzubillah...dari dilaknat Allah.
Catat Ulasan