Lagi menarik apabila ada juga dengan mudahnya membandingkan Mercedes dengan Camry, bukan antara Camry dan Perdana. Tindakan ingin menukar persepsi rakyat yang sudah nampak kini gaya dan selera sebenar pemimpin mereka semua di negeri bawah tadbir Pakatan Rakyat.
Adakah ini juga tanda boikot Proton secara diam?
kerana umum mengetahui ia projek mega Tun Mahathir yang pernah menjadi MahaFiraun dan Mahazalim satu ketika dulu di mata dan mulut mulut pemimpin Pakatan Rakyat kerana memecat Anwar ? Ia dikritik pada awalnya dan sekarang menjadi mercu kejayaan negara yang kita semua kena sama sama bangga. Jangan bandingan anak berusia 7 tahun dengan 27 tahun. Usia Proton dan Toyota sebagai pengeluar kereta sangat jauh beza dan anda kena tahu dan ambil kira faktor tersebut sebelum membandingkan kedua duanya pada yang sama.
Memang apabila dibaca antara Camry dan Mercedes, maka Camry dilihat lebih sederhana. Namun jika dibanding dengan Perdana maka tentu Camry lebih mahal harga dan tinggi kosnya.
Di sini saya salin komen saya di blog pinkturtle tersebut dan juga berita tentang penipuan oleh tauke Cina sebuah bengkel di Terengganu yang mengakibatkan kerugian duit kerajaan bagi kos selenggara yang tidak dilakukan..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam.
Pada pandangan saya, kalau kereta beli sendiri lantaklah nak pakai kereta apa sekalipun.
masalahnya kereta tu dibeli kerajaan negeri.
kenapa nak banding dengan terengganu ? sudah terbukti ada korupsi sehingga naik kos selenggara menjadi begitu tinggi.
Inilah masalahnya. Nak membenarkan perbuatan yang tak benar dan jelas salah.
Apa kata beli sendiri buat kereta peribadi ??? kan gaji dah beribu ribu takkanlah tak mampu nak bayar ansuran jika berhajat sangat nak naik kereta camry.
Membandingkan dengan kerajaan Terengganu yang dah jelas ada penyelewengan di dalam claim kos selenggara memang tak patut..
Atau ada antara pembaca yang tak baca suratkhabar isu pendakwaan tersebut atau pura pura lupa ?
ni dia ada saya salin untuk yang reti membaca dari sini ....
KUALA TERENGGANU, 14 Sept (Bernama)-- Dua pemilik bengkel hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan memalsukan dokumen untuk tuntutan penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu.
Tor Kok Siong, 52, pemilik bengkel di Bukit Kecil dan Choong Yuen Sang, 48, pemilik bengkel di Chendering dekat sini dihadapkan ke mahkamah secara berasingan bagi tujuan pendakwaan.
Di Mahkamah Sesyen 2, Tor yang diwakili peguam Osman Bakar menghadapi empat pertuduhan memalsukan dokumen tuntutan penyelenggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM72,230.73.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh pada Ogos tahun lepas di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu didakwa telah memberikan kepada Penolong Pegawai Tadbir negeri Hashim Abdul Rahman satu invois yang mengandungi butiran palsu mengenai pembelian 1 PC Auto Transmission V6 berjumlah RM18,057.68.
Tuntutan itu adalah untuk kenderaan Proton Perdana V6 Executive bernombor pendaftaran TAG 7979 yang sebenarnya pembekalan itu tidak dilakukan dan tuntutan itu dibuat dengan tujuan mengelirukan pemiliknya.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan sama dan di tempat yang sama pada Jun tahun ini dengan menyerahkan invois kepada Pegawai Tadbir Pejabat SUK A Rahim Jusoh yang mengandungi tuntutan palsu bagi pembekalan 1 PC Auto Transmission V6 berjumlah RM18,057.68 melibatkan kenderaan bernombor pendaftaran TT3.
Tor turut didakwa menyerahkan invois yang mengandungi butiran palsu mengenai pembelian 1 PC Auto Transmission V6 berjumlah RM18,057.69 untuk kenderaan bernombor pendaftaran TT7 kepada individu dan tempat yang sama.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang sama pada November 2006 di tempat yang sama dengan menyerahkan satu invois mengandungi tuntutan palsu kepada Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Terenganu (Am/Kewangan) Zulkifly Isa.
Tuntutan palsu itu dilakukan untuk pembekalan 1 PC Auto Transmission V6 untuk kereta bernombor pendaftaran TAG 8778 berjumlah RM18,057.68 sedangkan kotak gear itu merupakan kotak gear asal dan tidak ada penggantian dilakukan.
Bapa dua anak itu mengaku tidak bersalah ketika pendakwaan dibacakan di hadapan Hakim M Bakri Abd Majid.
Dia didakwa mengikut Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 6 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara 14 hari dan denda lima kali nilai suapan.
Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah Mohd Sophian Zakaria memohon supaya mahkamah mengenakan ikat jamin RM20,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin memandangkan Tor menghadapi pertuduhan memperdayakan kerajaan negeri Terengganu.
Bagimanapun Osman membantah dengan alasan wang jaminan dikenakan bukan bertujuan untuk menghukum tetapi memastikan keadilan dapat ditegakkan dan dalam kes ini, Tor tidak akan melarikan diri memandangkan dia telah lama menetap di Terengganu dan mempunyai perniagaan serta keluarga di sini.
Hakim M Bakri kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 untuk setiap pertuduhan serta menetapkan 23 dan 24 Dis ini untuk perbicaraan.
Di Mahkamah Sesyen 3 pula, Choong didakwa memberikan invois mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan Auto Transmission Assy (New) berjumlah RM19 119.91 melibatkan kereta bernombor pendaftaran TAK 415 sedangkan tidak ada penggantian kotak gear dilakukan.
Invois itu didakwa diberikannya kepada Hashim di Pejabat SUK Terengganu pada 2 Ogos lepas.
Tertuduh diwakili oleh peguam Siti Saleha Mohd Tahir manakala pendakwaan dilakukan oleh Mohd Sophian di hadapan hakim Mohammad Khalid Abd Karim.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat ikat jamin RM7,000 dan menetapkan 14 Dis ini sebagai tarikh perbicaraan.
-- BERNAMA
Jadi kenapa kita nak kaitkan lagi dengan kerajaan terengganu isu tempoh hari ?
Setakat nak kata kerajaan terengganu pakai juga kereta Merc tu tanpa menunjukkan bukti, keje tu budak sekolah rendah pun pandai buat..
Masalahnya, perlukan kita membuat orang semakin benci kepada lawan politik kita walaupun ia tidak berlandaskan fakta yang nyata ???
Adakah sekarang ramai tidak kisah lagi berpolitik seolah olah 'matlamat menghalalkan cara ' ????
Ingat ingat juga Tuhan dalam apa juga kerja kita seharian.
Benci jangan terlalu benci dan sayang jangan terlalu sayang..
Salam ukhwan !!
TAMBAHAN : BERITA KENYATAAN PENGERUSI PROTON TENTANG KOS SEBENAR PERDANA MILIK KERAJAAN NEGERI TERENGGANU BERTARIKH 25/7/08 LALU...
Baca sumber asal klik di sini :
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Proton, pengeluar kereta nasional, mengulangi pendiriannya yang kos selenggaraan bagi model Proton Perdana adalah munasabah berdasarkan rekod daripada pusat servis dan cawangannya yang berdaftar.
Katanya purata kos selenggaraan bagi setiap unit Proton Perdana milik kerajaan negeri Terengganu yang dihantar ke Proton ialah RM542 setahun, berdasarkan rekod bagi 35 kereta yang diservis di pusat servis Proton yang berdaftar.
"Umumnya, biasanya perbatuan perjalanan sebuah kenderaan bagi penggunaan biasa ialah antara 20,000km hingga 30,000km setahun. Berdasarkan ini, kos purata selenggaraan bagi tempoh itu dianggarkan RM2,300 dan kos ini akan meningkat dengan penggunaan lebih kerap," katanya dalam kenyataan hari Jumaat.
Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata Proton memandang serius perkara itu dan sedang menyemak semua data dan rekod servisnya bagi semua kenderaan Proton yang diserahkan kepada kerajaan, khususnya Perdana.
"Kami sedia memberikan semua bantuan yang diperlukan kerajaan-kerajaan negeri jika mereka memerlukan penjelasan berkaitan dengan model Perdana, atau mana-mana kenderaan Proton yang dibeli mereka," said Syed Zainal.
-- BERNAMA
6 ulasan:
Awas dengan peminta sedekah yang menipu orang ramai dengan memperalatkan kucing terbiar untuk tembolok dan sex songsangnya di Bukit Bintang, lihat http://jamilkucingpondan.blogspot.com , dulu reformis, sekarang pengemis, pengiat sex songsang
Salam panglima,
Inilah sebabnya mengapa kaum cina banyak maju, seperti yang didakwa oleh mereka yang menyerang blog redssays.blogspot.
Mereka begitu menghina kaum bumiputra dan melayu kerana tiada kepandaian dalam bidang ekonomi.
Tetapi hakikatnya, mereka maju sebab mereka ada kepandaian dalam bidang menipu dalam ekonomi. Itulah sifat keji yang tidak ternampak oleh mata kepala mereka sendiri.
Biarkanlah apa mereka nak kata kepada bumiputra dan melayu. Asalkan kita tidak ikut jejak mereka yang zalim dan tamak, kita selamat dunia akhirat..
wassalam.
sudah terang lagi bersuluh..memang kita semua tahu yang golongan cina ni memang tamak dan sanggup menipu demi kekayaan..cuba tgk balik pasal kes melamin..barang seludup..cotak rompak.semua nya cina..bukan dekat malaysia sahaja..tapi di UK pn golongan tamak ni berleluasa..
http://news.bbc.co.uk/2/hi/business/4871760.stm
Rasanya segelintir dari mereka bangsa cina yang suka menipu. ramai yang baik juga.
Yang suka menipu seperti yang berada di dalam Pakatan Rakyat.
Menipu satu persatu.janji janji dan janji lain pula ditepati..
Janji nak bagi itu ini, tapi tukar kereta tak ada dalam janji pula cepat cepat nak ditunaikan.
Bayangkan bonet depan kereta boleh tercabut seperti dakwaan yang berlaku pada kereta perdana Ronnie Liu ???
Adakah selama ini tak ada orang perasan kerosakan sampai membiarkannya longgar ?
Atau pemandu itu sendiri cuai ? atau ada orang nak buat Ronnie kemalangan ?
atau ia 'politik jarak jauh' beliau untuk agenda tukar kereta sekarang ???
jika baca forum forum kereta ramai cina tak berminat pakai proton..
kerana ada kereta lagi mahal...dan mereka ada duit dan mampu beli.
cuma orang kita? tak mampu dan hanya dapat pakai kereta nasional sahaja utk bawa keluarga.
apa akan jadi jika proton jadi bahan galeri muzium?
fikir fikirkanlah...
Encik tak boleh dengarlah sebab ada lagu. Leceh encik.
repair kereta perdana macam repair kapal terbang pulak....agaknya kira2 wang negari terengganu bodoh gamaknya. ambil budak SPM jadi clerk senang cerita, suruh kira baik2.
dan kena ingat, yg menipu ada dua bangsa, pertama melayu sebagai pemandu dan kedua, pengusaha bengkel. dua-dua sekarang kaya...tapi sekejap jea. sekarang makan roti kaya dalam lokap dah...
sian
Catat Ulasan