Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Januari 2009

Bukti PAS tidak cakap serupa bikin di Blog Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahrir !!!



Semalam saya sudah menyiarkan salinan komen yang saya tulis di blog Roslan SMS di blog saya...

Sementara itu saya menjenguk beberapa kali ke blog beliau di sana kerana amat ingin melihat samada PAS benar benar demokrasi sehingga membenarkan komen pedas dan tidak sama dengan perjuangan mereka, disiar atau tidak...

Ia satu eksperimen untuk mengetahui bagaiman reaksi blog blog yang berada di bawah 'pemerintahan' golongan pemimpin mereka.

Hari ini saya sudah mendapat isyarat. Bahawa komen pedas saya itu tidak direstui YB blog kawasan http://n32.blogspot.com itu...

Satu isyarat melalui pengamatan saya pagi ini.

Jika dilihat gambar di atas jelas komen pagi ini telah disiarkan manakala komen saya semalam tidak disiarkan langsung...

Saya juga meninjau ruang komen artikel yang lain takut takut saya tersalah tempat komen namun tidak sebenarnya.

Yang salah ialah komen saya yang tidak memuji dan memuja PAS serta Hj Hadi atau tuan blog itu sendiri...

Malang kerana saya sebenarnya masih tidak sedar bahawa PAS sudah jauh dari realiti yang mereka cuba bayangkan kepada penyokong penyokong mereka.

Hasil yang saya dapat ialah kunjungan tidak diduga yang memberi komen pedas berapi di blog saya yang tidak pun ditapis bahkan dibiar disiar terus tanda kesungguhan saya inginkan semangat demokrasi hidup subur dengan ingatan sudah diberi agar mereka berhati hati membuat komen atau bersedia dipenjara atau didenda jika ditankap pihak berkuasa...

Nampak pemberi komen sangat marah sehingga berterabur tulisannya seperti di imej bawah ini :



PAS cuba menonjolkan diri mereka lebih alim dari UMNO dan lebih tinggi Islam darinya namun prinsip Islam masih tidak diamalkan dengan baik dan sempurna terutama barisan saf kepimpinan PAS sendiri.

Mengkritik kerajaan atas dasar tidak memberi kebebasan media namun mereka lagi teruk kerana begitu takut dengan komen tidak menyokong perjuanga mereka....Sehingga memenjarakannya di bawah akta ISA siber..

Seharusnya mereka patut memberi peluang semua komen disiarkan dengan tanggungajawab memikul kesalahan komen diletakkan kepada pemberi komen..

Ini bagi membolehkan suara suara semua aliran dan fahaman dapat disiarkan selagi ia tidak bercanggah dengan undang undang..

Rasanya komen saya tidak ada bercanggahan dengan undang undang kecuali satu sahaja iaitu undang undang PAS barangkali.

Komen tersebut di atas boleh diakses dari link di bawah ini...

https://www.blogger.com/comment



Lagi menarik sahabat sahabat boleh baca komen panjang lebar abang TaminSari ( syukran bro ) yang saya salin kembali di bawah ini.


Salam Mesra Sokmo...

Penyu ada berpesan..cuba-cuba kamu tengokkan si Wahid tu..kesian aku tengok dia menangis tak tentu hala..aku menangis bersebab...mungkin Wahid sedih akan peristiwa lama kot..

Nik Aziz yang dianggap ulama oleh PAS termasuklah Wahid Endut sendiri telah mengkhianati Agama Islam DEMI KEPENTINGAN PERIBADI DAN PERJUANGAN PARTI PAS. Nik Aziz tidak layak digelar ulama sebaliknya boleh digelar perosak kepada Agama Islam.

1. MENGAKU MENYELEWENGKAN AJARAN ISLAM SEMATA-MATA UNTUK MEMELIHARA PERJUANGAN PARTI PAS.

2. MENGAKU MENYESUAIKAN BEBERAPA TAFSIRAN AYAT AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA MENJUNJUNG PERJUANGAN PARTINYA.

3. MENGHASUT RAKYAT MEMBENCI DAN MENJATUHKAN KERAJAAN YANG MENDIRIKAN PERJUANGAN AGAMA ISLAM

4. MENGHAPUSKAN PERJUANGAN UNTUK MENDIRIKAN NEGARA ISLAM.

5. MEMBOHONGI RAKYAT DENGAN BERBAGAI JANJI.

6. MEMUSUHI UMAT ISLAM DENGAN MEMECAH-BELAHKAN MASYARAKAT MELAYU DI KELANTAN DAN MEMULAUKAN APA SAHAJA KEGIATAN KHAIRAT ORANG-ORANG ISLAM YANG TIDAK SEHALUAN
DENGAN PAS.

7. MELINDUNGI SHAHNON AHMAD (PENULIS MUNAFIK SAMA TARAF SALMAN RUSHDIE).

8. GAGAL MEMPERKENALKAN HUKUM HUDUD DI KELANTAN KERANA TERLALU CETEK DALAM BIDANG PERUNDANGAN ISLAM.

9. MENGELUARKAN FATWA ISLAM DENGAN SEWENANG-WENANGNYA TANPA MERUJUK MANA-MANA PIHAK.

10. MENGHALAKAN SIFAT CARUT-MENCARUT DAN KATA-MENGATA DI KALANGAN UMAT ISLAM .

11. MENDAKWA TUHAN MENCARUT HAMBANYA DALAM AL-QURAN DALAM SURAH AL- LAHAB.

12. MENIPU RAKYAT UNTUK MEMBENTUK PERLEMBAGAAN ISLAM MENJADIKAN KELANTAN 'SERAMBI MEKAH?'

13. MENGHALALKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DARI KALANGAN ORANG KAFIR.

14. MENGHALALKAN PERSEPAKATAN DENGAN SYAITAN UNTUK MENANG DALAM PILIHANRAYA .

15. MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM DENGAN MENGAJAK MEREKA BERMUSUHAN SESAMA SENDIRI, TERUTAMANYA DENGAN ORANG-ORANG ISLAM YANG TIDAK SEHALUAN DENGAN FAHAMAN PAS.

16. MELAKUKAN DOSA DENGAN MENJANJIKAN SYURGA KEPADA ORANG-ORANG YANG MENYERTAI PAS.

17. MENGKAFIRKAN UMNO DAN MENUDUH ORANG-ORANG UMNO KAFIR .

18. MENUDUH ULAMA-ULAMA KERAJAAN FASIK. HANYA ULAMA PAS YANG MAKSUM

19. MENGAKUI BAHAWA DIRINYA ULAMA YANG DITERIMA AGAMA ISLAM.

20. MENGELUARKAN FATWA BAHAWA DR. MAHATHIR MAHAFIRAUN DAN KAFIR KERANA MENENTANG ISLAM.

21. MENDAKWA DR. MAHATHIR ANTI-ULAMA DAN PARTI UMNO SAMA SEPERTI PARTI ORANG KAFIR.

22. GAGAL MEMERINTAH KELANTAN . KELANTAN MENJADI MUNDUR .

23. MENGHALALKAN RAKYAT KELANTAN HIDUP DALAM KEMUNDURAN.

24. MELINDUNGI KRONI-KRONINYA YANG MELAKUKAN JENAYAH KHALWAT SEPERTI KES MAT SABU .

25. MENGHALALKAN FITNAH KEPADA PEMIMPIN UMNO DAN BN SEMATA-MATA UNTUK MENGHADAPI PILIHANRAYA.

26. MENGGANTUNG BEBERAPA PERATURAN DALAM AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA UNTUK MENGHADAPI KEMPEN PILIHANRAYA .

27. MEMPERMAIN-MAINKAN AL-QURAN, HADITH DAN AGAMA ISLAM UNTUK KEPENTINGAN PERIBADINYA.

28. MEMEPERSENDA-SENDAKAN NAMA ALLAH PADA SETIAP FATWA DAN CERAMAH YANG DIBERIKAN .

29. BERTINDAK SEBAGAI IMAM MAZHAB APABILA MENGELUARKAN FATWA TANPA BERMUZAKARAH .

30. MENGANGKAT DIRINYA SENDIRI SEBAGAI ULAMA TETAPI BELUM MAHIR DALAM SISTEM PERUNDANGAN ISLAM .

Justeru itu, sebagai umat Islam yang senantiasa mengutamakan AQIDAH, perlu fikirkan ADAKAH NIK AZIZ DAN PAS MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM ATAU MENYESATKAN UMAT ISLAM DARIPADA AJARAN YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH? Mungkin ini yang Wahid Endut takutkan kot!

Telah lama pemimpin-peminpin PAS sebenarnya yang cukup besar menyesatkan umat Islam di Malaysia dan sanggup mengadaikan maruah agama Islam dan bangsa Melayu demi kepentingan politik mereka. Kepimpinan PAS yang meneruskan tradisi berjuang di dalam politik dengan menggadaikan maruah Islam.

PAS berbangga dengan konsep perjuangan dengan menggunakan nama Islam. Apabila mereka menang, mereka bangga dengan kemenangan dan tiada lagi kritikan yang diberikan kepada SPR. Jika mereka kalah, mereka menyalahkan kerajaan dan SPR. Inilah yang dapat disimpulkan kepada PAS berdasarkan beberapa siri pilihanraya kecil atau umum.

1. JIKA MENANG, SPR betul tetapi JIKA KALAH, SPR salah. 'Pengundi hantu' menjadi alasan hantu-hantu PAS, PKR dan DAP.

2. Bagi PAS yang benar hanyalah PAS dan pembangkang. ALLAH hanya menerima PAS sahaja dan ahli PAS dan pemimpin PAS bakal ditempatkan di syurga. Bunyi semacam ajaran
dari 'Ayah Pin'.

3. Imam-imam yang dilantik kerajaan akan dipecat dan digantikan dengan imam yang
mempunyai keahlian PAS, ini kerana hanya imam PAS sahaja yang diterima malaikat amalannya.


Temberang dulu, Syariat Islam cerita lain:

Kata-kata pemimpin mereka hanya retorik dan berkepentingan sahaja.
a. Hadi berkata PAS sekarang bukan perjuangan hudud lagi.
b. Azizan berkata tiada hukum Islam di Kedah.
c. Nizar berkata tiada juga hukum Islam di Perak.
d. Nik Aziz berkata tiada juga hukum Islam diKelantan.

Waktu UMNO memerintah mereka mengatakan UMNO menentang hukum ALLAH. Sekarang apabila mereka berkuasa, mereka lebih teruk menentang hukum ALLAH. Pemimpin kerajaan tidak pula menyatakan hukum Islam tidak akan di wujudkan tetapi kerajaan sedang berusaha kearah itu. Tetapi PAS terus terang menyatakan hukum Islam tiada dalam perjuangan manifesto.

PAS terpaksa bersetuju dengan pendirian DAP yang tidak menyukai undang-undang Hudud walaupun mereka cuba mengatakan kesepakatan dengan rakan kongsi pakatan. Malah bersetuju mempersendakan Al-Quran apabila merelakan Gobalakrishnan dan semua ahli bukan Islam PKR menggunakan ayat Allah iaitu Al-Quran.

Sewaktu UMNO, mereka kata dan menyalak sana sini yang UMNO halalkan Disco, Kilang arak dan apabila mereka memerintah dan berkuasa, mereka sendiri yang menyatakan tidak boleh haramkan Disco dan menutup kilang arak.

PAS juga tidak mengekang gejala murtad yang dilemparkan kepada UMNO sedangkan merekalah yang membawa fahaman songsang. Demi menutup fahaman mereka, mereka alihkan kepada kerajaan dan UMNO. Malah Dewan Ulama Pas sendiri yang memberi " Lampu Hijau" mengatakan tidak salah puak Kristian menggunakan Khalimah Allah didalam gereja dan didalam penerbitan mereka?

Mereka berselongkol dengan pemimpin PKR dan DAP seperti Irene Fernandez berjuang kearah mencetak Bible ke dalam bahasa Melayu agar orang Islam di murtadkan. Peguam-peguam yang mewakili anakguam terdiri daripada mereka yang berkepentingan dalam DAP dan PKR yang merupakan pakatan dan rakan politik PAS.

Bahawasanya PAS, DAP dan PKR tidak pernah bersatu kerana sudah hakikat mereka ini tidak pernah bernaung dibawah satu ideologi. DAP Lawan Islam manakala PAS memperjuangkan Islam konon-kononnya. Apa akan jadi agaknya kalau ketiga-tiga parti perosak ini menjadi pemerintah kita?

Satu sahaja jawapannya iaitu LINGKUPLAH SEMUA.

Kesimpulan

Sedarlah rakyat umat Islam-Melayu Malaysia, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia. Kumpulan mereka meletakan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak.

Tiada siapa diantara golongan mereka berani menegur perbuatan yang menyalahi ajaran Islam sepertimana ketua ajaran-ajaran sesat yang ada. Ini memberikan satu kuasa sampingan kepada ketua-ketua mereka untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat keuntungan politik. Al-Quran, Hadith, hukum-hakam, hal ehwan Islam menjadi mainan politik serta pertaruhan oleh ketua-ketua serta pengikut dan penyokong PAS untuk mengekalkan kuasa.

Demi DAP dan PKR, PAS dibawah pemimpin yang ada kini akan mengorbankan PRINSIP dan Undang-Undang Tubuh parti PAS sendiri. Ahli PAS dan penyokong PAS yang mahukan Islam ala-PAS, sedarlah bahawa tiada lagi perjuangan dan syariat Islam di dalam PAS. Perjuangan Hudud bukan lagi "make-up" buat PAS.

Kepada penyokong PAS yang sangat mentah untuk menilai semua ini kerana berpandukan emosi dan terpengaruh dengan lidah bercabang pemimpin PAS. TOLAK PAS, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat. Janganlah tersesat dan mengadaikan AQIDAH demi kepercayaan tok-tok guru PAS yang berkepentingan.

Mungkin Wahid Endut terfikir nak duduk di bawah telapak kaki ulama mana ? Sebab itu beliau menangis kerana banyak pilihan ?Wallahuallam.

Salam perjuangan BPN demi satu suara satu arah dan satu akidah....

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.

mana anda mahu dulu?

"Islam atau Bangsa Melayu"

Jawab itu dulu. Ok. Yang lain2 lepas jawab baru pikir.

Sah2 jawab Islam kan. Hujah pandai, fikir pandai, tulis pn pandai kan.

ok. cuba buat posting tajuk diatas tu. Buat noo.

hujah hanya berkisar pada tajuk. jangan lari tajuk sudah.

* Buatlah. tapi tak paksa. PANGLIMA mesti pantang dicabar kan.

Tai berkata...

Itulah dia orang yang bertopengkan demokrasi encik.

Azizahns berkata...

teruskan perjuangan...
Hadith dan firman Allah disalahgunakan. petikan-petikan tertentu diambil untuk menghalalkan kepentingan mereka.

umno dikafirkan dap dikatakan lebih islam hanya kerana dap gunakan sepotong ayat dalam alquran.

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

MALANGNYA MEREKA (PAS) TAK TAHU NAK BEZAKAN ORANG-ORANG FASIK

Taminsari berkata...

Salam Pang5..

Buat gesaan agar nama ISLAM di gugurkan dari Parti Islam SeMalaysia( PAS ). Pandangan bahawa menamakan Islam kepada sebuah pertubuhan politik itu adalah suatu perbuatan menghina dan mengotori kesucian Islam kerana Islam itu adalah satu agama (addin) yang diciptakan oleh ALLAH S.W.T melalui kitab AL-QURAN kepada junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang tidak ada tolok bandingnya sebagaimana firman ALLAH S.W.T. dalam AL-QURAN Surah Al Imran ayat 19 bermaksud ‘Sesungguhnya agama disisi ALLAH ialah Islam’. Sedangkan parti politik ialah merupakan suatu badan yang mengandungi peraturan dan undang-undang yang dicipta oleh manusia, di dalamnya menjelma berbagai-bagai sikap dan perilaku manusia untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa....

Ikutilah cerita selanjutnya di belantan.blogspot.com

Salam perjuangan

Taminsari berkata...

Salam Pang5..
Rakyat Terengganu jangan lupa...

Adakah Pas Juga Penjahanam Agama Dan Bangsa!

Banyak perkara berkenaan dengan perjuangan Pas disembunyikan. Penyokong atau pengikut parti itu sebenarnya telah dibutakan mata dan hati hingga menjadikan mereka kelompok manusia yang begitu mudah diheret ke mana sahaja.

Ramai penyokong Pas tidak tahu dengan jelas perlembagaan parti yang disokongnya melainkan melalui mendengar apa-apa yang disyarahkan kepada mereka saja. Kadang-kadang apa yang disyarahkan itu tidak begitu menepati sebagaimana yang tercatat dalam perlembagaan parti berkenaan.

Perlembagaan Pas, Perlembagaan Pindaan 1987 Fasal 6 (7), (8) dan (9). Pindaan pada tahun 1977, Fasal 6 (7) mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal dalam amalannya, di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

Perkara (7) diubah kepada mempertahankan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya, Pas menggugurkan perkataan kebangsaan kerana kebangsaan diberi makna asabiah oleh Pas.

Perkara (8) diubah kepada memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam sebagai ganti kepada memperjuangkan wujudnya kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu yang tidak berlawanan dengan ajaran Islam.

Perkara (9) memperjuangkan hak-hak kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputra dalam usaha mencapai cita-cita keharmonian antara kaum dalam pindaan 1987 diubahkan kepada memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

Berdasarkan perlembagaan Pas, tidak ada peruntukan bagi memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu. Ini bermakna bahawa tidak ada hak istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera. Justeru, tidak ada lagi apa yang disebutkan pada hari ini sebagai Ketuanan Melayu.

Malahan dilaporkan sebuah akhbar (15 September 1985), Pas berjanji dengan masyarakat Tionghua Terengganu pada 14 September 1985 bahawa Pas akan menghapuskan Hak Istimewa orang Melayu jika mereka berkuasa.

Kalau dalam perlembagaan sebelum pindaan 1987 ada peruntukan untuk bangsa Melayu, misalnya dalam hal kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu dan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan Islam, dalam pindaan 1987 tidak ada lagi yang berhubung dengan Melayu.

Fasal 6 Perkara (11) melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan Pas ke dalam dan ke luar. Jelas dalam perkara tersebut tercatat bahawa Pas juga tunduk dan akur kepada Perlembagaan Malaysia.

Adakah rakyat masih ingat gara-gara bekas mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad mengumumkan untuk berundur keluar dari UMNO, seolah-olah ianya memberi satu rahmat kepada Pakatan Rakyat terutamanya Pas. Mereka mula memasang angan-angan untuk menubuhkan kerajaan baru jika Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO tumbang. Mereka berharap UMNO akan terus bergolak dengan masalah dalaman mereka.

Pas melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan yang Pas bersedia memimpin negara dengan berpegang kukuh kepada prinsip “kontrak sosial” sekiranya mereka dapat mengambil alih tempat BN untuk memerintah negara. Beliau menegaskan pendirian itu berasaskan kepada “kontrak sosial” yang telah dipersetujui semasa negara ini merdeka bahawa kepimpinan kerajaan perlu diketuai oleh orang Melayu Islam.

Tambahnya, kepimpinan kerajaan juga perlu meneruskan prinsip-prinsip yang digunapakai sekarang iaitu bahasa Melayu dan Islam sebagai agama Rasmi. Tetapi tidak berani pula menyebut untuk menubuhkan Negara Islam Pas. Katanya, Pas akan terus mempertahankan kontrak sosial yang diasaskan semasa negara merdeka, Islam serta bahasa Melayu di samping masalah perpaduan rakyat pelbagai kaum mesti diselesaikan dengan adil dan bukan secara perkauman.

Pelik tapi benar. Sejak bila pula Presiden Pas itu pandai berbicara tentang kontrak sosial? Asas pembentukan negara ini berpaksikan kepada kontrak sosial seperti bahasa kebangsaan sebagai penyatu kaum-kaum di negara ini, hak-hak istimewa Melayu dan juga hak-hak politik, ekonomi dan sosial kaum bukan bumi dijamin oleh perlembagaan, serta kerjasama parti-parti politik antara kaum-kaum terbesar melalui gagasan BN serta adanya pengiktirafan terhadap DPK dan DEB oleh pelbagai kaum semasa pembentukannya dahulu. Tidakkah semuanya ini bercanggah dengan perlembagaan parti Pas yang dipinda oleh mereka sendiri?

Adakah kita telah lupa semasa kempen pilihanraya tahun 2004 yang lalu. Apakah yang dijanjikan oleh Pas yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada masa itu. Pas sedia memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan jika mereka berjaya memerintah dan membentuk sebuah negara Islam ala parti pembangkang jika menang di dalam pilihanraya umum 2004.

Menurutnya, ia bagi memastikan keadilan kepada semua pihak tanpa mengira keturunan, kaum dan jantina, sebaliknya mengutamakan amalan meritokrasi. Ia ( hak istimewa orang Melayu ) masih boleh dipakai tetapi apabila tiba masanya apabila orang Melayu boleh berdikari, maka pada masa itu tidak perlu lagi. Ianya merupakan usaha berterusan parti Pas untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama bukan Islam pada pilihan raya umum pada masa itu. Ia memberi tumpuan khusus kepada kedudukan bukan Islam dalam konteks pelaksanaan negara Islam.

Mengapa pada kali ini nadanya berbeza. Kalau hendak berpegang kukuh pada kontrak sosial, mengapa hendak memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula ada mengatakan yang di dalam Islam tidak ada "hak istimewa sesuatu kaum".

Inilah sebenarnya perjuangan kabur Pas yang hanya pandai berkata-kata. Mereka begitu bijak menutupi segala kelemahan yang ada di samping sering menuding jari mencari kesalahan orang lain. Rakyat tidak seharusnya terus membiarkan diri terperangkap dengan helah politik Pas ini. Jika rakyat dari sekarang terus leka dan tidak berhati-hati ketuanan Melayu akan hancur dan agama Islam sukar dipertahankan.

Salam perjuangan

PAPA GOMO berkata...

SALAM SEMUA
AKU CADANGKAN KITA BPN MENBUAT RISALAH BOIKOT BARANGAN YAHUDI!!!
KITA BUAT IKUT KEMAMPUAN MASING-MASING!!!

KEMUDIAN RISALAH TU KITA EDARKAN DI MANA-MANA YANG TERDAPATNYA
KEPADATAN RAKYAT!!!

RISALAH NI TAK MEMERLUKAN MODAL YANG BANYAK!!! SETAKAT KALAU RM 100SEORANG TU DAH KIRA BANYAK RISALAH KITA BOLEH BUAT!!!

KAWAN TAK PANDAI UNTUK MEMBUAT RISALAH NI!!!
KALAU ADA SAPA-SAPA DAPAT MENYUMBANGKAN IDEA DAN MEMBUAT RISALAH NI DAN KEMUDIAN POST KAN DALAM BLOGG BPN DAN KITA SAVE LEPAS TU PI COPY DAN EDARKAN!!!

SENARAIKAN SEMUA BARANGAN YAHUDI!!!
RAMAI RAKYAT YANG TIDAK TAHU AKAN BARANGAN YAHUDI INI!!!

KAWAN YAKIN USAHA KITA PARA AHLI BPN YANG SERAMAI 82 ORANG SETAKAT INI AKAN BERHASIL!!!

BELUM CUBA BELUM TAHU....

Cari Blog Ini

Translate