Terima kasih saudara Amir Hamzah64 atas semangat saudara membela agama kita dan juga nama Tuhan kita dari disalahguna sesetengah pihak.
Dalam hal ini jangan kita cuba pula membiarkan ia digunakan oleh bangsa lain yang beragama tidak sama dengan agama kita. Seperti dua orang Ahli Parlimen yang semua sudah tahu dari parti Islam SeMalaysia yang tidak kisah Allah dibenarkan diguna oleh mereka yang beragama Kristian di Malaysia.
Tujuan kita mendedahkan artikel tulisan orang PAS di atas demi menunjukkan ia perkara yang boleh disepakati oleh kita semua antara penyokong sebelah Umno dan Pas.
Kita perlu mencari titik perpaduan bukan mencari titik pertikaian termasuk membesarkan soal soal yang boleh dikategorikan bukan dalam urusan yang di bawah kuasa kita.
Adakah kita sebagai orang biasa mampu laksanakan hukum Allah jika hukum hukum lain pun kita lalai dan tidak patuh ?
Seperti hukum berbaik sangka sesama manusia, hukum agar jangan mencari salah saudara seagama, hukum jangan mengumpat, hukum jangan menjadikan musuh agama sebagai teman rapat, hukum mendoakan orang agar berubah, hukum memupuk perpaduan antara sesama Islam ?
Setiap perbuatan kita atau amalan memang tidak terlepas dari hukum samada wajib, sunat,makruh,harus atau haram.
Jika perkara inipun kita masih gagal maka apakah ada jaminan di sana ada ketelusan dalam melaksanakan hukum Allah yang kita war warkan ?
Adakah perjuangan Nabi dalam berdakwah di Mekah bermula dengan pelaksanaan Hudud atau ia disudahi dengan hudud selepas akhlak dan iman sahabat mencapai piawaian yang dikehendaki oleh Allah ?
Jika mereka dapat buktikan hari ini bahawa Nabi membawa hukuman hudud sebagai cara mengubah masyarakat pada peringkat awalnya, maka sudah pasti negara kita sudah lama melaksanakan dasar tersebut.
Bukankah hudud pernah ditangguhkan di zaman sahabat yang memerintah kerana berlaku sesuatu yang menjejaskan pencarian rezeki mereka hingga menjadikan banyak kes kecurian berlaku kerana faktor tersebut ?
Islam bukan terbina atas hukuman tetapi menggunakannya sebagai benteng selepas siap dan selesai proses tauhid tasauf dan syariat dijana dan dipraktikkan dalam masyarakat Madinah yang menjadi model kepada pemerintahan ulung Islam di seluruh dunia.
Sebagai bukti, adakah hudud di Saudi sekarang mampu mencegah penduduknya dari melakukan maksiat ? Sedangkan mereka dengan bebasnya berpoya poya di tanah luar Saudi seperti di Thailand, Indonesia bahkan di Malaysia sendiri ?
Sedangkan ketika hudud dilaksanakan zaman Nabi, pesalah datang mengaku dosa mereka bukan mereka diburu atau dicari agar dihukum oleh Nabi !!!!
Keimanan yang tinggi mendorong mereka akur dengan hudud.
Jika dilaksanakan zaman sekarang dengan situasi terlalu teruk ini maka kita akan melihat masyarakat akan semakin rosak kerana pendekatan yang kita pakai tidak sama dengan yang pernah ditunjukkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w
Perlaksanaan yang silap dalam waktu yang salah akan memburukkan bukan membaiki situasi tersebut.Apabila kita memahami asas asas pembinaan masyarakat Islam dari Mekah ke Madinah baru kita akan sedar bahawa Islam mengajar kita dengan nasihat dan kesedaran, bukan atas kekejaman undang undang atau kekerasan.
Jika tidak ia tidak ubah seperti kita menghukum anak tidak solat sedangkan anak belum lagi diberi kesedaran ilmu solat dan juga cara menunaikan solat dengan betul seperti yang digariskan oleh agama Islam.
Moga kita memahami dan menyerahkan urusan Hudud ini kepada pemerintah / kerajaan dan mendoakan agar proses mengembalikan fitrah sebenar manusia akan tercapai dengan kembalinya ulama ke medan mendidik umat tanpa mencampuri urusan politik yang sepatutnya diurus oleh umara, sehingga kita akan dapat melihat kembali situasi Islam semakin subur dan mekar di akhir hayat dunia yang semakin tamat ini.
Salam Maulid Nabi dan bersempena peristiwa agung tersebut marilah kita sama sama banyakkan selawat tanda terima kasih kepada Nabi kita yang menjadi sebab sebagai pemberi nikmat Islam yang mana tanpa baginda tentu kita tidak akan mampu menyembah Allah seperti yang dikehendakiNYA.
Agar hati hati kita akan kembali bersih dan semakin mudah menilai manakah yang benar dan mana yang batil di dalam perjuangan kita pada hari ini.
Nota : Sila tinggalkan komen tambahan ulasan di atas tanpa bahasa lucah dan kesat di sini !!
14 ulasan:
Salam Panglima,
kalau mahu laksanakan Hudud, kenapa tukar slogan negara Islam kepada negara berkebajikan.
Jika mudaratnya lebih pada DAP, kenapa bersekongkol dengan mereka.
Sejarah membuktikan pemimpin awal PAS dahulu antara yang kecewa akibat tidak mendapat jawatan dalam UMNO.
Pemimpin PKR sebegitu sekarang..
Adakah perjuangan mereka-mereka ini untuk perjuangkan agama ,bangsa dan negara atau mahu balas dendam pada UMNO ?
Panglima Kumbang sedih, semangat berjemaah ahli PAS diperalatkan pimpinan mereka semalam.
Hanya mahu menjalankan politik mereka, rakyat dipaksa menjadi benteng.
Kembali sedar saudara-saudaraku..
salam, pas tidak sedar dengan bersekongkol dengan DAP sehingga untuk menyamaratakan hak semua kaum secara tak langsungnya ia juga menyamaratakan hak agama.
Apakah jenis perjuangan mereka jika mereka sanggup berkompromi tanpa mengambil kira hak-hak anak bangsa seagama sendiri? Perjuangan PAS adalah perjuangan berpura-pura hanya dibuat untuk menjatuhkan BN sahaja. Itulah matlamat mereka yang sebenar.
perkataan yg hak, tapi membela yg batil!...
Jadi dah 50tahun UMNO pegang pemerintahan, mana dia hudud UMNO? semua serana dah ada, TV, Radio, suratkhabar..mengapa UMNO tak gunakan untuk ajak org bukan Islam kpd Islam...yg ada ajak maksiat banyak..dan menyesatkan..dan melalaikan org melayu banyak..Akademi Fantasia lah, Sure Hebuh le...nak sebut pun malas...
Apasal pulak Ulama tak boleh berpolitik?...pemikiran yg kata Ulama tak boleh berpolitik tu pemikiran yahudi sakular...politik suku, ugama suku...Tujuanya nak jd kan org Islam sempit pemikiran, agama jadi ritual cuma kat masjid2 shj..dn utk majlis tertentu shj...Kalau dah politik tak di bimbing dgn agama nak jadi apa?..kita org Islam semua panduan ikut agama...tak kan masa sembahyang ikut Tuhan-baca ambil panduan ulama, masa time politik tak ikut Tuhan...tak masuk akal hujah tuan ni...Sepatutnya org mcm tuan, sma2 berkerja keras memastikan Allah & Rasul didaulatlatkan di atas muka bumi ni...bukan politk sempit beteraskan bangsa...yg tak da hujah pun dari Al-Quraan...
Kenapa Hudud PAS Kelantan dan Hudud PAS Terengganu berbeza? Bukankah Hudud itu dari Allah dan sepatutnya sama tidak kira dimana saja? Konpused?
Salam Pang5...
AGAMA Islam Pas menjadi semakin popular dalam masyarakat Melayu. Hukum Hududnya diyakini sebagai hukum agama yang suci. Ulamanya pula ditaati seperti Allah dan rasul-Nya.
Kekalutan ini lahir daripada input yang mengelirukan mengenai tugas rasul Allah yang sebenar. Para ulama tidak menjelaskan seperti yang dijelaskan Allah iaitu tugas rasul hanyalah untuk menyampaikan al-Quran kepada umat. Firman Allah 5:92 yang berbunyi “Ketahuilah bahawa atas rasul Kami hanyalah untuk menyampaikan yang jelas (al-Quran)" tidak disampaikan kepada orang Melayu.
Mereka terus membisu dengannya walaupun Allah menyebut mesej itu sekali lagi dalam ayat al-Quran 24:54. Lantas, Islam ajaran ulama bukanlah Islam yang disampaikan oleh rasul.
Rasul mengikuti satu syariat yang termaktub dalam Perintah daripada Allah -
“Kemudian Kami membuat kamu di atas satu syariat daripada Perintah; maka ikutlah ia” (45:18) - dan dalam Perintah itu juga dinyatakan bahawa hanya Allah sahaja yang berhak mensyariatkan atau menetapkan hukum untuk agama-Nya. Tiada yang lain, selain daripada Dia, diizinkan berbuat demikian. Mereka yang ingkar dan yang memandai-mandai menggubal sendiri hukum agama dikategorikan-Nya pula sebagai sekutu Allah (42:21), dan dosa ini tidak diampun.
Namun manusia, kerana kefasiqan mereka, terus menggubal peraturan atau hukum agama. Lalu lahirlah pelbagai peraturan dan hukum yang berlainan daripada apa yang diwahyukan. Hukum Hudud adalah satu daripadanya.
Perkataan hudud bermakna had atau batas, dan juga ordinan. Ia sering disebut dengan kata hudud Allah di dalam al-Quran dan kata ini bersangkutan dengan peraturan atau hukum. Maka hudud Allah boleh dimaksudkan sebagai had bagi sesuatu hukuman, atau hukuman yang maksima, bagi sesuatu kesalahan yang ditetapkan Allah.
Perkataan ini disebut sebanyak 14 kali di dalam 9 buah ayat al-Quran. Satu daripada ayatnya berbunyi,
“Itulah hudud (had-had) Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had
Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim” (2:229).
Oleh yang demikian hukuman daripada Allah, atau hukuman dalam Islam yang sebenar, adalah bersifat tidak zalim. Walaupun terdapat hukuman bunuh (qisas) dalam agama Allah, namun Dia memperingatkan agar dipertimbangkan nyawa pesalah supaya dapat diselamatkan. Firman-Nya,
“Dalam qisas ada kehidupan untuk kamu, wahai orang-orang yang mempunyai minda,
supaya kamu bertakwa” (2:179).
Tidak pula dengan Hukum Hudud Pas. Padanya bau zalim begitu ketara. Beberapa contoh akan dikemukakan di sini, dipetik daripada “Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 – Kerajaan Negeri Kelantan”, hasil karya ulama Pas yang disucikan oleh ramai orang Melayu.
Contoh pertama ialah hukuman untuk mencuri:
“Sesiapa yang melakukan sariqah (mencuri), melainkan dalam keadaan yang
dinyatakan dalam seksyen 7, hendaklah dihukum dengan hukuman hudud seperti
berikut:
(a) bagi kesalahan pertama dengan dipotongkan tangan kanannya;
(b) bagi kesalahan yang kedua dengan dipotongkan kaki kirinya; dan
(c) bagi kesalahan-kesalahan yang ketiga dan berikutnya dengan dipenjarakan
selama tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah untuk menjadikan pesalah
itu sedar dan sesal.” (Bahagian I, perenggan 6)
Hukuman ini mengatasi hudud Allah yang hanya menyuruh potong tangan. Itulah had hukuman yang ditetapkan Allah bagi pencuri. Firman-Nya,
“Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai
satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan, dan hukuman contoh daripada
Allah; Allah Perkasa, Bijaksana” (5:38).
Itulah juga hukuman maksima yang dijatuhkan oleh rasul ke atas pencuri kerana dia menuruti perintah Tuhan berbunyi,
“Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, yang mengesahkan Kitab
sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang
Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan
yang benar yang datang kepada kamu” (5:48).
Contoh kedua ialah hukuman bagi kesalahan merompak:
“Sesiapa melakukan hirabah (merompak) hendaklah dihukum dengan hukuman hudud
seperti berikut:
(a) dihukum bunuh dan selepas itu disalibkan, jika mangsa kesalahan itu dibunuh
dan hartanya atau harta orang lain diambil;
(b) dihukum bunuh sahaja, jika mangsa kesalahan itu dibunuh dengan tidak ada apa-
apa harta yang telah diambil;
(c) dihukum potong tangan kanan dan kaki kirinya, jika harta sahaja yang diambil
dengan tidak menyebabkan kematian mangsa atau mencederakannya; tetapi
sekiranya harta-harta diambil dan kecederaan dilakukan ke atas mangsanya,
maka diyat atau irsy hendaklah dibayar sebagai tambahan kepada hukuman
potong tangan dan kaki .....” (Bahagian I, perenggan 9).
Yang paling sumbang dalam hukum hudud Pas ini ialah perbuatan menyalib dan memotong tangan dan kaki pesalah. Dalam al-Quran tindakan menyalib dan memotong tangan dan kaki hanya diharuskan semasa dalam peperangan, iaitu ke atas musuh Islam yang memerangi. Firman-Nya,
“Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang memerangi Allah dan rasul-Nya, dan
yang berusaha di bumi untuk membuat kerosakan - mereka dibunuh, atau disalib,
atau tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong berselang-seli, atau
mereka dibuang daripada bumi. Itulah suatu kerendahan bagi mereka di dunia; dan
di akhirat, bagi mereka azab yang besar” (5:33).
Al-Quran ada juga menyebut mengenai hukuman memotong tangan serta kaki dan kemudian disalib di pohon palma yang dilakukan bukan dalam peperangan. Akan tetapi, hukuman ini adalah amalan Firaun, seorang musuh Islam yang zalim pada zaman Nabi Musa (7:124, 20:71 dan 26:49).
Sementara hukuman salib tanpa memotong mana-mana bahagian anggota disebut sebagai hukuman orang kafir zaman Nabi Isa (4:157) dan raja semasa zaman Nabi Yusuf (12:41).
Mengenai hukuman bunuh pula, yang diharuskan Allah, ia tidak sahaja terhad ketika dalam peperangan (2:191) tetapi juga dalam kes pembunuhan biasa. Namun kuasa diberi kepada saudara si mati untuk melaksanakan hukuman tersebut. Firman-Nya,
“Wahai orang-orang yang percaya, ditetapkan bagi kamu ialah pembalasan (qisas),
mengenai orang yang dibunuh ….. tetapi, jika sesuatu dimaafkan kepadanya oleh
saudaranya, maka hendaklah mengikutinya dengan baik, dan hendaklah bayarannya
dibuat dengan baik. Itu adalah satu keringanan bagi kamu daripada Tuhan kamu,
dan satu pengasihan; dan sesiapa mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih”
(2:178).
Contoh ketiga ialah hukuman bagi penzina:
“(1) Jika pesalah yang melakukan zina itu mohsan, maka pesalah itu hendaklah
dihukum dengan hukuman rejam, iaitu dilontar dengan batu yang sederhana
besarnya sehingga mati.
(2) Jika pesalah yang melakukan zina itu ghairu mohsan, maka pesalah itu
hendaklah dihukum dengan hukuman sebat sebanyak seratus kali sebatan dan
sebagai tambahan hendaklah dipenjara selama satu tahun.” (Bahagian I,
perenggan 11)
Hukuman ini jauh melebihi had yang ditetapkan Allah yang berbunyi “Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan,” (24:2). Itu sahaja.
Menurut al-Quran, hukuman merejam batu adalah amalan orang kafir zaman dahulu kala seperti zaman Nabi Nuh, Ibrahim, Shuib dan zaman beberapa orang pemuda yang mencari perlindungan di dalam gua atau al-kahfi. Nabi Musa juga takut direjam oleh Firaun.
Menurut catatan sejarah pula, hukuman merejam batu hingga mati kepada pesalah dalam hal agama telah dimulakan oleh seorang ulama Yahudi bernama Uzair (9.30) yang hidup kira-kira 2,000 tahun sebelum al-Quran diturunkan. Apapun, hukuman ini adalah hukuman jahiliah, dan Tuhan telah bertanya,
“Adakah putusan jahiliah yang mereka menginginkan? Dan siapakah yang lebih baik
putusannya daripada Allah bagi kaum yang yakin?” (5:50).
Contoh keempat ialah hukuman bagi kesalahan liwat:
“Sesiapa melakukan kesalahan liwat, hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama
seperti yang ditetapkan bagi zina.” (Bahagian I, perenggan 17)
Penggubal hukuman ini jelas tidak menyedari mengenai kewujudan hudud Allah bagi perempuan dan lelaki yang sedemikian rupa nafsu seksnya. Diturunkan di bawah ini dua ayat al-Quran yang berkaitan:
1. “Dan perempuan-perempuan kamu yang melakukan kesumbangan, panggillah empat
antara kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka menyaksikan,
tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian mematikan
mereka, atau Allah mengadakan bagi mereka satu jalan” (4:15).
2. “Dan apabila dua orang antara kamu (lelaki) melakukannya (kesumbangan), maka
hukumlah keduanya; tetapi jika mereka bertaubat, dan membetulkan, maka
berpalinglah daripada keduanya; Sesungguhnya Allah adalah Yang Menerima
Taubat, Pengasih” (4:16).
Contoh kelima ialah kesalahan meminum arak:
“(1) Syurb adalah kesalahan meminum arak atau sebarang minuman yang memabukkan;
dan sesiapa yang melakukan kesalahan ini, sama ada dia mabuk atau tidak, dan
tanpa mengira kuantiti yang diminumnya hendaklah dikenakan hukuman sebat yang
tidak lebih daripada lapan puluh kali sebatan dan tidak kurang daripada empat
puluh kali sebatan.” (Bahagian I, perenggan 22)
Firman-Nya: “Sesungguhnya Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar supaya kamu menghakimkan antara manusia dengan apa yang Allah memperlihatkan kepada kamu” (4:105).
Oleh kerana hukuman bagi peminum arak tidak dijelaskan di dalam al-Quran, maka rasul tidak menjatuhkan sebarang hukuman mengenainya. Sebaliknya pula dia menyampaikan ayat-ayat Tuhan yang menyatakan amalan itu adalah dosa besar (2:219), kotor, amalan syaitan dan minta dijauhkan (5:90), di samping menyebabkan permusuhan dan kebencian antara manusia, dan minta berhenti daripada meminumnya (5:91). Dengan nasihat ini orang yang takut kepada Tuhan tentu berhenti daripada minum arak.
Contoh keenam dan terakhir ialah hukuman bagi kesalahan murtad:
“(3) Sesiapa yang disabitkan melakukan kesalahan irtidad (murtad), hendaklah
sebelum dijatuhkan hukuman ke atasnya dikehendaki oleh Mahkamah supaya
bertaubat dalam tempoh yang tidak kurang daripada tiga hari setelah dia
didapati salah.
(4) Sekiranya dia enggan bertaubat dan masih lagi berterusan dengan pendiriannya
terhadap perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan itu, maka
Mahkamah hendaklah mengisytiharkan hukuman bunuh ke atasnya dan memerintahkan
supaya hartanya sama ada diperolehi sebelum atau selepas dia melakukan
kesalahan itu dirampas untuk dipegang bagi keperluan Baitul-Mal:”(Bahagian
I, perenggan 23)
Ini merupakan satu lagi hukuman yang dipelajari daripada ulama jahiliah bernama Uzair yang Allah gelar “anak Tuhan” (9:30) kerana memandai-mandai membuat hukum agama. Allah sendiri akan menghukum orang murtad seperti yang tersurat di dalam firman-Nya yang bermaksud,
“Wahai orang-orang yang percaya, sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad)
daripada agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia mencintai,
dan mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras
terhadap orang-orang yang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan
tidak takut akan celaan mana-mana pencela. Itulah pemberian Allah; Dia
memberinya kepada siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Merangkumi,
Mengetahui” ( 5:54 ).
Seperti itu juga akan terjadi kepada orang Melayu jikalau mereka tidak kembali kepada ajaran Islam sebenar yang terkandung di dalam al-Quran. “Apa, adakah aku akan mencari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang menurunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; ….. maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu” (6:114).
Yang hina lagi keji adalah dari kita yakni manusia...Dan yang terbaik dan termulia adalah datangnya dari ALLAH...
Wallahuallam..
Salam perjuangan
Panglima,
Kadangkala saya rasa lucu melihat politik hari ini. Dulu pemerhati macam kita selalu dok tegur orang UMNO tapi sekarang kita kena tegur orang PAS pulak. Dunia dah terbalik.
Tapi sekurang-kurangnya samada PAS atau UMNO masih boleh ditegur. Orang PKR? Hmm, malas saya nak bertengkar dengan diorang.
Salam Bro...
Aku nk bgtau kat hangpa semua ni...sebodo2 aku pun pasai agama tidaklah seberani hangpa nk buat alasan pasai ni...tp aku ingin jugak nk mengaji kitab kat masjid2...harapkan TV/Radio...hampes nk bincangkan isu ni...aku doakan hangpa semua pi la mengaji kitab kat masjid2 jgn asyik duk mesyuarat saja pasai projek...
Buat semua BPN...macam nie la...harap-harp nak perli pas...jangan la pula terperli hukum hudud Allah....terutama buat TamingSari.....jangan sekadar mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian baik PAS atau UMNO sebab itulah perkara ini perlu diperhalusi ,dikaji,bukannya sekadar komentar menghentam....berhati-hatilah.....jika mahu Melayu kembali kepada hukum Allah laksanakan KESEMUANYA...sebelum terlambat....kuasa sekarang berada ditangan kepimpinan UMNO....MELAYU dan Islam....apa PAs nak kata lagi kalu keseluruhan hukum Allah dilaksanakan oleh UMNO?
Nak tunggu masa sesuai...sudah terlalu lama 50 tahun menunggunya.
Kajian perancangan kearah itu? seminar,konvekesyen,perbincangan,ada ke?Tiada.....bila lagi masanya.....?
Kerana kita multiracial?
Sampai bila orang Cina dan India nak faham....kalau tidak difahamkan sekarang....
Satu lagi... posting ini sudah pun dibincangkan oleh Panglima sebelum ini....tapi saya malas nak campur cuma kali ini apa-yang saya minta berhati-hatilah...nak perli pas itu terpulang...tetapi takut terperli hukum Allah.....
Saya ada idea tentangnya...tetapi perlu kepada perbincangan yang sangat meluas...kalau sekadar di blog sahaja tidak menjadiapa-apa
Demang, orang PKR extrim.
salam...cenderung kepada Pas atau Umno, itu semua adalah hak masing2..kita manusia yang lemah dan lagi hina, tak ada yang sempurna, bukan semua yang kita lakukan betul.
Kita sebagai seorang Muslim menerima bahawa petunjuk kita AL Quran dan As Sunah.. walaupun negara kita tak mengamalkan undang2 Islam (dek kerana penjajahan kolonial) namun dalam hati kita kena tanamkan hukum Allah SWT adalah yang seadil-adilnya..
Bg sy, tak adil nak menilai sesiapa pun, sebab itu adalah datang daripada diri seseorang itu sendiri, mungkin pada pandangan nya perkara itu betul dan bagi kita pandangan nya itu slah..manusia tak terlepas dari melakukan kesilapan..
Perlembagaan kita agak kompleks dibandingkan dengan negara lain.. Untuk meminda undang2 memerlukan persetujuan 2/3 majoriti ahli dewan rakyat..
Lumrah sifat manusia untuk tidak menerima bulat2 sesuatu yang baru..sama halnya dengan perlaksanaan undang2 Islam..bagi sy, undang2 Islam harus diperkembangkan dari Undang2 keluarga.. dari situ kita boleh meluaskan kepada undang2 hudud, zina, dan juga lain2 yang menjadi topik hangat kebelakangan nie..
Perlaksanaan Hudud pn bukan senang,...bukan senang menuduh seseorang mencuri..banyak faktor yang diambil kira..sekiranya hasil curian terlalu kecil, tidaklah sampai memotong tangan...terdapat garis panduan melakukan undang2 Islam...seperti yang dibahaskan oleh Ulama2 Islam..
Sy tak menyebelahi mana2 pihak,UMNO mahupun PAS,sy bukanlah seorang politikus atau seorang yang pandai berkata2, sy bukanlah seorang yang berpengaruh, ini cuma pandangan sy sebagai seorang Muslim yang banyak kelemahan..:-)
salam,
kepada taminsari, kita org islam bukannya kena pegang pd alquran saja, tapi sunnah nabi pun kena ikut.belajar dalam2 dulu psl perkara ni,cth yg hang bagi psl undang2 islam kelantan tu, bukan depa pakat main buat ikut suka hati.bg faham dulu, baru tulis komen. kalau x, buat malu diri saja, pastu dapat dosa.
ok,wassalam.
taminsari,
hang boleh la try tengok2 kitab kifayatul ahyar.ada apa dalam tu
Catat Ulasan