Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Januari 2009

Kickdefella sedarah dengan Kugan ? artikel hebat dari Ahli baru BPN blogger AyorLemuju !

Ini kata kickdefella dalam posting terbarunya "Kugan's blood is as red as ours" (tak payah bagi link percuma la orang cenggini):-

Kugan Ananthan is innocent until proven guilty and by the manner of the law in this country, Kugan has died as an innocent man.

O, gitu!

Saya meninggalkan komen sedikit:-

Kugan is innocent until proven guilty unless he was shot during shootout with the police while getting away from the scene of crime orelse he will escape and at large and rape your mother. Just because acriminal is not (yet) sentenced in court doesn’t mean that he is innocent. Recently a statutory rapist was set free due to flaw in prosecution. He is innocent, right? Yeah, until he meets your daughter. Police are doing their jobs and sometimes they make mistakes. But they caught the criminal, that’s a relief to a lot of people especially owners of luxury cars. You always criticise the police for not acting fast enough to catch kidnappers and pickpockets and you want to protect big time car thieves and robbers? Cheh!

Keinginan kickdefella ialah polis hendaklah melayan penjenayah dengan budi bahasa dan sopan santun.

"Apa khabar Encik Kugan. Kami terpaksa menahan encik kerana encik mencuri kereta secara mengugut tuan punya kereta dengan parang/pistol. Sila ikut kami ke balai polis sekarang."

Dan di balai polis, "Encik Kugan silalah beri kenyataan berhemah untuk kegunaan semasa pendakwaan di mahkamah nanti. Kerjasama encik amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih."

Car-thief-shot-dead-after-3-hour-pursuit_1233080595044Penjenayah tentu akan memberi kerjasama yang baik kepada polis yang berbudi bahasa. Kerana penjenayah adalah dianggap tidak bersalah selagi mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya. Kerana tidak bersalah, tidak perlulah tidur lokap dan digari. Walaupun perogol atau pembunuh, kerana belum dibuktikan bersalah, hendaklah dilepaskan bebas. Itulah impian kickdefella terhadap etika dan tatakerja polis.

Sebelum-sebelum ini kickdefella dan ramai lagi blogger anti-establishment yang dikepalai oleh RPK (benci menyebut namanya pun) mengkritik polis kerana pengecut dan lambat bertindak dalam kes-kes samseng, penculikan dan sebagainya. Kata mereka polis hanya rajin menghalang pembangkang ektremis berdemonstrasi menentang kerajaan.

Serba salah menjadi anggota polis. Ketua-ketua polis pula dianggap bodoh dan rasuah.

Pihak anti-establishment ini, termasuk kepala-kepala pembangkang dan komunis-komunis moden ini, serta penyokong-penyokong mereka yang tolol yang otak berisi kebencian terhadap kerajaan dan jentera-jentera kerajaan yang selama ini melindung mereka dan memberi mereka kebebasan dan pelbagai kemudahan dan kemewahan, tidak pernah akan berpuas hati. Apa saja yang dilakukan oleh polis, SPR, BPR (sekarang SPRM), badan kehakiman dan menteri-menteri semuanya tidak betul jika sekiranya mereka yang terkena. Tetapi apabila mereka yang mendapat manfaat dan keuntungan, semua dipuji. Anwar dihukum - hakim zalim, Anwar dibebaskan - hakim adil. Kalah pilihanraya - SPR tidak telus, menang piliharaya - SPR telus. Wakil Rakyat pembangkang kena tangkap - BPR perangkap, ahli politik pro kerajaan kena tangkap - BPR cekap. ADUN Bota dalam UMNO - jahat, rasuah, penting diri..., ADUN Bota masuk PKR - bijak, kurniaan yang amat besar dari Allah (Nik Aziz kata).

Anak Melayu yang mati dalam kem PLKN ditendang budak India... ibu bapanya reda pemergiannya, walaupun ternyata budak itu bukan penjenayah, dan sememangnya tidak bersalah. Banyak kes anak Melayu yang jahat, ditangkap polis, diintegorasi, kadang-kadang cedera (mungkin mati, wallahua'lam), tapi ibu bapa dan saudara mara tidak membuat kecoh kerana menerima takdir itulah balasan yang harus diterima oleh seorang yang jahat. Memanglah undang-undang ada, mahkamah ada, tetapi kalau seorang bapa menangkap anaknya mencuri, biasanya dibedal anaknya dulu setengah mati. Tak payah masuk lokap, tak payah pergi mahkamah dan tak payah masuk penjara. Kalau boleh insaf, berubahlah jadi baik. Tapi kalau tak insaf, jadi lagi jahat. Kalau orang jahat dibela dan dilindungi, jahatnya akan semakin besar.

Armed-robber-shot-dead_1233080148993Ibu bapa Kugan dan Samy Velu serta 2 timbalan menteri bangsa India itu tidak harus menyesali kematian Kugan, apa cara sekalipun, kalau memang benar dia seorang gengster yang jika dibiarkan hidup dan bebas boleh menyusahkan orang lain. Mungkin Kugan mati semasa tembak-menembak dengan polis atau semasa diserbu di banglo bersama ahli kumpulannya atau di dalam lokap dikerjakan oleh seorang tahanan lain yang sakit mental. Sekiranya Kugan seorang baik seperti Mutusamy dan Logan (kawan-kawan saya) yang tidak minum arak pun, apa lagi hendak mencuri kereta mewah dan merompak, pastinya dia tidak ditahan polis. Penjenayah yang ganas memang telah menempah hidup dan mati dalam keganasan. Dia tidak fikir akan dilayan polis dengan baik. Dia fikir satu hari nanti dia akan kantoi dan dipukul orang, ditembak polis, dipenjara atau dihukum gantung.

Kickdefella dan RPK dan sitolol-sitolol yang lain yang memperjuangkan prinsip innocent until proven guilty tentu tidak suka mendengar kes-kes penjenayah yang dilepaskan kerana tidak cukup bukti. Apakah hati anda berkata penjenayah-penjenayah ini benar-benar tidak bersalah? Walaupun polis telah melakukan kesilapan kerana keterlaluan dalam proses interogasi, jika benarlah dengan bukti penyiasatan yang cukup bahawa simati itu benar-benar penjenayah yang bahaya dan menyusahkan orang awam semasa hidupnya, redakan saja "hukuman" itu berjalan sebelum diadili di mahkamah. Malaysia tidak ada Batman untuk penjahat yang licik yang boleh terlepas tindakan undang-undang.


Komen Panglima :


Kredit kepada Blogger Baru BPN Ayor Lemuju ( klik sini )  dan siapa ingin ' belasah ' Kickdefella boleh lah ke sana dengan klik di sini juga..

4 ulasan:

Sang Algojo berkata...

Salam Panglima,

Setuju benor!

Saya ada juga mengulas sikit tentang kes Kugan, Hindraf dan radikalisme India di sini. http://cucusangalgojo.blogspot.com/

Silalah lawat.

PAPA GOMO berkata...

EMMM....KALAU POLIS YANG MATI???
TENTU MEREKA AKAN KATA BIASALAH TU...DAH MEMANG KERJA POLIS.

BILA PENJENAYAH MATI???

ISY...POLIS KEJAM...POLIS...PEMBUNUH...

MACAM-MACAM DILEMPARKAN PADA POLIS.
TAK SEDAR KE POLIS YANG MENJAGA KETENTERAMAN MALAYSIA SELAMA INI.

PADA AKU MEREKA YANG MENGHINA POLIS NI TAK UBAH SEPERTI BINATANG!!!

POLIS SEDIA BERKHIDMAT!!!

Harimau-Menaip berkata...

Kugan memang penjenayah. Noktah.

Polis membuat kerjanya. Noktah.

Anggota polis yang membunuh Kugan juga penjenayah. Noktah.

Siapa hero? Polis la.

Tanpa Nama berkata...

Membela penjenayah sebagai hero keje cerdik ke bodoh ?

Siapa yg kena tu memang setimpal dengan kerja jahat diorang.

Bayangkang kereta mewah hasil penat lelah kita dicuri, apa perasaan ?

Polis kena dibela....Polis terpaksa guna kekerasan cari maklumat pesalah.


Jangan putus asa wahai Polis diraja Malaysia..

Teruskan keja anda, kami sokong tindakan anda..

Kepada Pembangang jangan main dengan api takut terbakar diri !!

Cari Blog Ini

Translate