Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Januari 2009

Resolusi 1/2009 : BOIKOT BARANGAN ISRAEL USA untuk disebarkan kepada semua blogger pembela negara !!!


Cheguman Timbalan Ydp BPN a.k.a Blogger Waadat mencadangkan kepada saya agar dibuat resolusi boikot Israel. Makna : boikot semua barang barang Israel.

Ini bagi memberi isyarat kepada mereka bahawa kita akan menggunakan kuasa beli kita dan mengelakkan dari bersubahat membeli barangan yang boleh mengKAYAkan lagi jutawan mereka untuk membunuh saudara kita.



Ramai juga ahli BPN yang lain turut menyuarakan hasrat yang sama memandangkan setakat ini korban di Palestin sudah mencecah bilangan kematian yang tinggi di mana Sekurang-kurangnya 460 orang, termasuk 66 kanak-kanak maut setakat ini berdasarkan berita di bawah.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dunia/20090104085958/Article/indexworld_html

Justeru persidangan blogger BPN telah membuat resolusi mengutuk serangan tersebut hari ini selepas tertangguh ekoran kesulitan yang tidak dapat dielakkan dan membuat kempen boikot barangan Israel dan USA bagi misi membantu setakat kita mampu saudara saudara kita di sana.

Kesan boikot barangan Denmark tempoh hari isu hina Nabi telah berjaya membuahkan hasil dan kita harap ia juga berkesan terhadap Israel kali ini dengan gerakan dan kempen yang lebih tersusun dan teratur..

Kehadiran sidang BPN ini juga mengejutkan kerana ia disertai ramai blogger kita dan ia tanda kesatuan hati untuk kita teruskan usaha menolong saudara saudara kita di dunia....Walaupun esok hari persekolah pertama anak anak kita dan esok juga hari kerja bagi kita semua...




Link untuk barang barang Israel dan USA ada disiarkan di sini untuk disiarkan juga di blog blog sahabat BPN semua atau bukan...

http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.html


http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html


Semoga usaha kita ini dinilai dengan sebaik baik ganjaran oleh Allah Maha Esa.




Resolusi bertajuk : ISU PALESTIN DAN GESAAN BOIKOT BARANGAN ISRAEL / USA



1. Kami ahli BPN sebulat suara mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman tentera Israel keatas umat islam di bumi palestin' Kami juga mengesa agar semua blogger diMalaysia tanpa mengira idelogi agar bersama-sama mengutuk perbuatan yang tidak berperikemaknusiaan tersebut.

2.Pengguna Islam Digesa Boikot Barangan Yahudi/ US . Marilah kita bersama-sama melaksakan kewajipan agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan sewajarnya.

3. Kami juga menggesa agar pihak PBB lebih bertegas dalam menagani isu pencerobohan ini dan mendesak pihak Amerika agar berhenti dari terus menyokong tindakan dan polisi ketenteraan zionis tersebut.

4. Kami juga mengesa agar pihak kerajaan menghantar memorandum bantahan kepada Negara Israel dan Amerika terhadap pencerobohan ini. Sekiranya pihak Negara Amerika masih terus juga meneruskan dasar polisi luar mereka menyokong dan membantu pihak Yahudi Zionist maka kami mengesa pihak kerajaan Malaysia memutuskan perhubungan diplomatik dengan mereka.

5. SEMUA BLOGGER DIGESA MENYEBAR LUASKAN RESOLUSI INI DAN MENGHANTARNYA KEPADA MEDIA MASSA DAN ELETRONIK SERTA MENAMPAL DI MANA MANA FORUM ATAU MYSPACE ATAU YOUTUBE ATAU KOMEN BAGI MEMASTIKAN KESAN OPTIMUM GERAKAN INI

6. BPN mengesa agar pertubuhan OIC memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan lagi serta bersatu dalam menangani situasi yang melibatkan negara Islam serantau.Semua negara OIC diminta untuk mendesak PBB agar bertegas dalam isu Palestin.

7. BPN menggesa semua ahli BPN dan juga para blogger menyiarkan logo BOIKOT ISRAEL USA dan Link senarai barangannya di blog blog masing masing demi agama bangsa dan negara kita.


Disediakan oleh :


Panglima Perang Cyber

Ydp Blogger Pembela Negara ( BPN )

http://penembak-tepat.blogspot.com

3 ulasan:

Kembara Politik berkata...

Alhamdulillah. Teruskan usaha murni ini. Bukan setakat boikot sahaja, malah terus dihentikan penggunaan produk itu selama-lamanya. Banyak lagi produk Muslim yang boleh dijadikan gantian.

Dan kalau ada duit lebih, sudi2lah hulurkan sedekah amal jariah kepada MERCY Malaysia. Transfer duit ke akaun CIMB Mercy. InsyaAllah, kita pakat sorang sikit hulurkan yang termampu demi saudara kita di Gaza.

http://www.mercy.org.my/main/latestupdates/latestupdates/palestinerelieffund2.html

Panglima Perang Cyber berkata...

info dan komen yang bagus...

Cadangan mengutamakan produk muslim adalah terbaik sekali dan elok diteruskan sampai bila bila.

Sikap orang kita tidak menggunakan 'undi' belian menjadikan kita tidak dapat menaikkan orang islam menjadi pemain utama dalam pasaran dunia..

Moga sekarang saat sesuai kita sedarkan seluruh umat Islam agar memboikot barangan Israel dan USA.

tq Kembara atas komen..

Senanglah nanti sahabat BPN kita sebarkan info Kembara di ruang blog mereka nanti berkenaan Mercy Malaysia..


Salam.

bungaraya berkata...

Belilah barangan tempatan dan barangan negara-negara Islam dan Keluaran Asia Tenggara.

2. Bukan sahaja memulaukan PBB, malah USA dan Israel juga. NGOs Islam harus bergabung dan menggunakan kekuatan yang ada untuk membantu Palestine.

Cari Blog Ini

Translate