Malah menurut laporan undi masyarakat Tionghuamust bertambah jumlahnya ke arah BN berbanding pilihan raya umum lalu. Keputusan terperincinya menunjukkan: Kampung Cina 82.6% Cina BN 1,125 PAS 668 (majoriti 457) Pulau Kambing BN 1,223 PAS 958 Pejabat Bandaran BN 861 PAS 681 Paya Bunga BN 969 PAS 759
Ia seolah olah mengiyakan tanggapan bahawa PAS tidak dapat lagi menarik undi kaum Cina yang masih tegar menyokong BN.
Namun dikesalinya ialah kenyataan berikut :
Apa pun faktor kekurangan sokongan di kawasan-kawasan Tionghua ini banyak sebabnya. Antaranya sebagaimana yang disebutkan adalah asakkan BN. Malah asakkan itu sampai keperingkat ugutan.
Inilah kerja PAS dan nampaknya mereka mengambil langkah mudah mengatakan BN membuat ugutan demi mendapat undian kaum Tionghua.
Jadi, ini bermakna jika mengundi PAS kaum tersebut tidak diugut ? Dan hanya BN sahaja yang jahat dan patut di'jahat'kan hari ini esok dan sampai bila bila pun ?
Persepsi negatif seperti inilah yang ditanam dan diset di dalam minda dari sebesar besar pemimpin PAS sehinggalah sekecil kecil 'anak' PAS. Mereka telah ditanam : BN jahat !
Undi BN pula dianggap menyokong kezaliman. BN tidak adil. BN mengaut harta negara. BN menipu rakyat.
Sedangkan yang jelas ialah penggunaan gambar membunuh karektor calon BN telah digunakan dengan meluas tanpa sebarang belas kasihan lagi. Taktik kotor ini nampaknya berjaya menjarakkan antara beliau dengan pengundi pengundi.
Lihat gambar digunakan di bawah dan gambar sebenar yang sepatutnya dilihat oleh kita semua :
Sedangkan jauh benar beza gambar sebenar dan gambar yang dimainkan sepanjang kempen bermula..
Mungkin jika perangai macam ni diteruskan, calon sebaik malaikat pun tak akan dapat menarik perhatian pengundi !!!
BN akan tetap kalah dan kalah kerana terlalu lurus dan tidak pandai menfitnah nama baik orang.
Percayalah.....
14 ulasan:
PAS memang hebat soal perang saraf macam ni
sampaikan orang UMNO / BN sendiri pun terpengaruh
Salam PPC,
kadang-kadang kebenaran pahit hendak diterima.Orang sekarang lebih sukakan cerita sensasi.
Jangan patah semangat, teruskan berjuang. Semoga minda rakyat Malaysia akan berubah seperti 'jauhari mengenal manikam'.
wassalam
Salam,
PAS tidak mampu untuk menarik sokongan undi tanpa memburuk satu golongan yang lain. Ia adalah satu isu dan cerita yang diadun agar menjadi lebih sensasi dan realistik. Malangnya rakyat yang tidak mengetahui keadaan sebenar tertipu oleh dakwaan mereka yang mengaku tahu perkara tersebut. Maka terhasillah satu fitnah yang terbongkar akhirnya, akibat daripada perangkap yang dipasang oleh mereka sendiri.
Sekarang rakyat yang celik sudah mengetahui siapa kalangan PAS yang berselindung di sebalik topeng agama itu. Mudah2an Allah bukakan hati mereka mengikut jalan yang benar agar mereka berpaling daripada tunjuk arah dan tipudaya syaitan. Amin.
Bab gambar-gambar sensasi orang BN memang menjadi kelaziman puak pembangkang jahanam ini.
1995 semasa PRU mereka telah mengedar dan mencetak gambar Tun Mahathir sedang tos air dalam gelas koktil bersama PM Jepun.
Tertulis di bawah foto berbunyi "Inikah pemimpin yang dikehendaki?"
Mereka tidak menuduh Tun minum arak tetapi cara penulisan sudah cukup menghina Tun.
Sebenarnya gambar tersebut adalah dipetik dari majalah Times atau Newsweek semasa Tun menghadiri majlis APex di Indonesia dan mereka sedang minum air buah-buahan sahaja dan bukan nya wine.
Gambar itu berjaya membuatkan orang Umno terkejut beruk dan mengundi mereka.
Itulah budaya mereka...
Wah, artikal bagus! Argikal hebat!
Itulah Pas encik. mereka kan maksum, wali? Semua yang mereka buat, baik belaka. Bengis pulak tu.
perangai group PAS ni memang kena diserang di blog2 mereka.
apatah lagi sebab mereka guna nama islam.
saya mohon menyertai BPN Tuan Panglima.
bagi misi melawan anwar hj hadi dan lim kit siang / karpal singh.
jemput semua ziarah blog saya.
http://pedangberbisa.wordpress.com/
TRAGEDI KG MEMALI....ANGKARA SIAPA...
Berikut adalah catatan terperinci mengenai perkembangan di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling yang berkesudahan dengan terkorbannya 13 nyawa bersama asy-Syahid Ibrahim Mahmud. Catatan yang dipaparkan di sini merupakan rakaman komputer daripada Signals Division pasukan PDRM yang mengikuti perjalanan tragedi Baling itu untuk maklumat perdana menteri. Di sini dicatitkan juga fakta mereka yang tercedera dan mereka yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan pihak polis. TOP SECRET:
001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kumpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh beberapa pegawai daripada Bukit Aman, Kedah, Perlis, dan Penang.
002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.
003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku satu keributan di bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni ‘kem komunis’ itu sebenarnya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.
004:(18/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.
Nota Khas:
Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama “Operasi Hapus” oleh Musa Hitam.
005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.
006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej melalui wireless. Mesej yang diterima mengatakan betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan polis itu.
007: Jam 21.47 (18/11/85) semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.
008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai ‘Operasi Hapus’ itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling. Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud.
Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dengan berada di Ibu pejabat Polis Penang. Beliau sedang mengikuti perkembangan ‘Operasi Hapus’ itu. Tidak berapa lama kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yang seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.
Catatan di Kampung Memali: Seorang pemandu motorsikal dilihat berhenti di hadapan pintu-gerbang rumah yang dihuni oleh Ibrahim Mahmud. Seorang muda dilihat berlari ke arah pintu rumah itu meminta kebenaran untuk masuk. Dia telah memberitahu penghuni rumah itu betapa dia ternampak satu kumpulan polis yang ramai di Baling setibanya di pekan itu. Ibrahim Mahmud telah dikejutkan dari tidurnya. Begitu juga halnya dengan 39 orang lain yang telah berjaga malam di Madrasah itu sebelumnya. Mereka dikerah bersiap sedia untuk mempertahankan diri. Mereka mula mengumpulkan segala alat yang ada di rumah kampung seperti kapak, pisau, buluh runcing dan sebagainya. Yang lebih berani telah membuat bom molotov pula. Dengan lain perkataan, setiap insan di situ ada alat senjata yang boleh dipergunakannya.
Dalam kumpulan yang bertahan itu ada empat kanak-kanak dan lima kaum wanita. Ibrahim telah mengajak para pengikutnya untuk berwuduk daripada sebuah telaga yang berhampiran. Mereka telah melaksanakan solat sunat dan juga solat hajat. Mereka membaca Surah Yaasin dan berzikir. Ibrahim Mahmud kemudiannya memberi ucapan betapa beliau lebih rela bersyahadah daripada menyerahkan dirinya untuk dijadikan alat mereka yang mahu menaikkan semangat nasionalisme. Ibrahim telah meminta sesiapa yang curiga dengan hasratnya itu meninggalkan kumpulan mereka. Tidak ada sesiapa yagn mahu berganjak daripada tempat duduknya. Laungan Allahuakbar mula bergema, bertalu-talu dan memecah keheningan Kampung Memali. Yang hadir lebih memilih jalan ’syahid’ daripada terus hidup mengabdikan diri ke jalan yang hina. Di waktu yang sama di Stesen Polis Daerah Baling, segala persiapan untuk menyerang kampung Memali semakin dipercepatkan. Semua itu dilakukan oleh kebanyakan anggota polis
yang telah mabuk ataupun tidak keruan fikirannya.
009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya yang bertahan di Ibu pejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis yang tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan mereka akan menyerang sebuah kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.
010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak Khas: kaki-pukul) diarahkan ke bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang juga merupakan sekolah agamanya.
011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara. Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.
012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu kumpulan manusia yang berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando 69 dan membawa senjata tajam yang sering mereka gunakan ketika bertanam padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan. Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari itu. Tetapi, mereka tersalah sasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan. Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh satu pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan
sendiri.
Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star telah meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang. Permintaan mereka telah ditolak oleh pegawai pemerintah.
BABAK DUA
013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh berkumandang di rumah Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota polis daripada Alor Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu itu Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang. Beliau telah ditentang oleh pegawai yang beragama Islam.
014; Jam 0559 (19/11/85) Solat Subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan mereka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya untuk berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang semakin siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama sekali.
Nota Khas:
Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi semacam itu ?
015: Jam 08.15 (19/11/85) setelah mendapat kelulusan timbalan menteri hal ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah memberi arahan agar dua kereta perisai mula menyerang rumah Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang oleh balingan bom molotov.
Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke arah rumah yang dikepung itu. Di waktu yang sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan diri. Mereka telah dikepung dan ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.
016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan menyerang rumah Ibrahim.
017: Jam 1136 (19/11/85) pasukan Komando 69 telah menyerbu masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana Ibrahim dan orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya yang cedera teruk sahaja. Beberapa orang anggota komando telah menyerang Ibrahiml Beliau telah melawat merka dan mampu membunuh salah seorang yang menyerangnya. Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya dituju berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan Allahuakbar. Seorang pegawai polis berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya. Ibrahim kedengaran bersuara:
“Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid.”
018: Jam 1213. Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang telah ditangkap telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota Komando 69 telah dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk menentukan mereka sudah mati. Ada pula yang terus menembak mereka lagi sambil berkata; “Pergi jahanam dengan Islam”.
019: Jam 1305 (19/11/85) Pegawai pemerintah operasi telah membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur. Musa Hitam mengarahkan agar semua orang kampung ditangkap untuk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.
020: Jam 1500 (19/11/85) kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter polis. Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital di Sungai Petani dan Alor Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke Alor Star, termasuklah Ibrahim Mahmud.
021: Jam 1510 (19/11/85) Sektiar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengwasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yang tiba di situ. Anggota polis yang ramai itu diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di situ pihak tentera pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata: Hari ini hari kau…..Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara. “
BABAK KETIGA
Setiap insan yang waras di kalangan marhaen di negara ini tentu dapat membuat penilaian akan lapuran mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud. Beliau bukannya seorang penjenayah seperti yang digambarkan oleh Musa Hitam. Namun, akhbar New Straits Times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang bertulis: Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran. Di akhbar yang sama Musa Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13 rakannya sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat. Beliau telah menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis Agama Islam Kedah yang berkata: “Ustaz Ibrahim hanya memberikan ceramah agama. Lagipun dalam satu pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Mahmud itu. Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah, termasuk keputusan pemilu di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh membuat kesimpulan betapa ‘Operasi Hapus’ adalah satu tipu muslihat untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu menentukan terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang.
Dilemma UMNO
Di manakah prioriti UMNO selepas episod Memali? Kalau UMNO memperakukan ianya sebuah parti Islam, episod Memali membawa erti bahawa para pemimpinnya telah memperlekehkan Allah. Bukankah mereka yang telah merencana pembunuhan di Memali itu sehingga tergolongnya beberapa insan sebagai mati syahid? Kalau para pemimpin UMNO memperakui bahawa parti itu condong ke arah nasionalistik, ia bererti bahawa para pemimpin itu sudah menderhaka kepada banganya kerana terbunuhnya orang Melayu. Bukankah itu kaum yang mahu dilindungi oleh UMNO? Tindakan yang dilakukan oleh segelintir pemimpin UMNO ini akan mencetuskan peperangan saudara di kalangan orang Melayu. Cara nyawa diperlekehkan telah membuatkan ramai ahli UMNO yang kecewa dengan kepimpinan Timbalan Presiden Parti, Musa Hitam. Beliau memang semacam giankan kesamsengan dan kini menerima padahnya. Rakan sejawatnya dalam kerajaan Idonesia bernama General Benny Murdani pernah berkelakuan serupa dan dibenci oleh
rakyatnya. Kini Musa menerima jolokan sebagai ‘haiwan politik’ dan juga ‘penghapus orang Islam’. Murdani adalah seorang agen Zionis, kerana dia bukan beragama Islam. Tetai kenapakah Musa Hitam mengikuti gelagat Murdani?
Tindakan yang dilakukan oleh UMNO menunjukkan parti itu bukan lagi memberi kepentingan terhadap keluhuran Islam dan juga orang melayu. Ironisnya Islam dan Bangsa Melayu menjadi alat UMNO untuk terus mempertahankan kuasanya. Kumpulan ultra Cina dan India sedang bersepakat secara senyap di kalangan mereka. Mereka berjaya memperalatkan individu Melayu yang ternama sebagai juara tempelan mereka. Untuk menyelesaikan keadaan yang semakin menjadi satu masalah besar ini, Dr. Mahathir perlu menulis lagi mengenai dilemma UMNO. Kesan tragedi Memali telah membuatkan Kampung Memali bertukar rupa daripada sebuah kampung yang aktif menjadi sebuah kampung yang dihantui seribu kenangan pahit. Ramai penduduk asal kampung itu telah melarikan diri kerana takutkan ancaman polis.
Seramai 159 penduduk kampung pernah ditahan oleh polis Dosa mereka terletak kepada keyakinan diri mahukan ajaran Islam yang direstui Allah. Mereka ini termasuk beberapa anak-anak kecil dan warga tua sedang ditahan dalam tiga buah bilik kecil di sebuah kem tahanan. Kaum wanita dibiarkan berkumpul dengan kaum lelaki. Tidak ada kemudahan bersolat. Mereka kerap didera dan diaibkan. Anak-anak kecil dilihat menangis mencari ibu-ibu yang sengaja dipisahkan dari mereka. Setiap tahanan diberikan makanan berupa satu mangkuk kanji setiap hari. Sesiapa yang cedera parah dihantar ke hospital Sungai Petani ataupun Alor Star. Mereka hanya diberikan layanan pesakit luar, satu penghinaan yang berlanjutan. Kalau keadaan tidak diperbaiki ada di kalangan mereka yang akan mati syahid pula.
Tiga belas daripada yang mati syahid termasuk Ibrahim Mahmud telah disemadikan di satu kubur panjang di Parit Panjang, Baling. Mereka disemadikan dengan pakaian mereka yang berlumuran darah itu. Seorang mangsa lagi telah disemadikan di Alor Star di atas permintaan ibunya. Kes ini kini dianggap sudah tamat oleh Musa Hitam dan juga pengarah Operasi Hapus itu. Kumpulan ultra yang bukan beragama Islam memang menantikan berlakunya peperangan saudara hasil episod Memali ini. Kini, orang Melayu sudah sedar betapa berbahayanya semangat nasionalisme dan kuasa yang didorong oleh semangat semacam itu.
Kepada golongan yang mati syahid, episod yang berlaku adalah merupakan kemuncak kehidupan mereka. Mereka sudah pulang kepada pencipta-Nya dan di waktu yang sama mereka telah membawa satu arus kesedaran kepada orang melayu di negara ini.
Mereka telah menyedarkan betapa orang Melayu harus berganding bahu dengan saudara Islam di seluruh dunia. Dengan cara itu barulah kita faham apa ertinya menjadi seorang muslim.
Dengan arahan yang dibuat oleh Musa Hitam, ramai orang yang tidak berdosa telah ditangkap dan ditahan. Mereka dikumpulkan di satu tempat yang tidak selesa dan menjiikkan. Hingga hari ini jumlah merka yang ditahan dan nama yang telah ditahan secara tersilaf tidak pun diterbitkan. Mereka yang ditahan itu tidak pernah dibawa ke hadapan mahkamah untuk didakwa. Kenapakah kerajaan tidak melakukan tindakan yang serupa seperti kes BMF? Apakah Episod Penghapusan Memali itu dilaksanakan sebagai melencongkan perhatian rakyat terhadap rompakan di siang hari yang paling terbesar dalam sejarah negara ini? Berbilion dana kepunyaan rakyat telah lesap dan seorang insan yang jujur telah dibunuh.
Namun, pihak kerajaan masih mahu berahsia dalam hal BMF itu dan perkara itu masih belum mampu diselesaikan. Sebaliknya pula, apabila seorang ulama cuba memberikan khidmatnya kepada rakyat jelata, dan membantu mereka menaikan taraf hidupnya, beliau telah dikepung dan ditahan untuk dibunuh dengan kejam. Di manakah letaknya erti kehakiman, keadilan dan kebenaran itu? Mereka yang bertanggungjawab dalam Episod Memali harus ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Darah orang Melayu tidak sepatutnya dibiarkan mengalir di atas bumi orang Melayu dengan alasan songsang betapa Islam menyokong nasionalisme. PAS dan juga seluruh organisasi Islam telah mendesak agar ditubuhkan satu suruhanjaya diraja untuk membongkar kisah Tragedi Memali itu.
Satu Kertas Putih perlu dikeluarkan dan untuk sementara waktu sebarang usaha untuk mengadakan pemilu harus ditangguhkan.
PADA hari Jumaat, 16 Januari, akhbar arus perdana Berita Harian menyiarkan tajuk berita berbunyi “Harapan BN Cerah” dan meramalkan parti kerajaan pusat itu akan mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu.
Akhbar kembarnya, New Straits Times pula berkata : “Barisan Upbeat, Pas Edgy” (Barisan Yakin, Pas Gementar).
BH menokok tambah dengan menyiarkan temu ramah dengan Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak di mana Timbalan Presiden Umno itu menyangkal persamaan antara Kuala Terengganu dan Permatang Pauh.
Utusan Malaysia memilih tajuk berita yang lebih neutral berbunyi “Jangan Terpengaruh Serangan Peribadi” dan semalam (17 Januari) menyiarkan tajuk ringkas “Siapa Pilihan Pengundi?”
Ternyata sekali BH dan NST membuat ramalan yang songsang sama ada kerana maklumat dan perisikannya tidak tepat atau kerana mahu menjaga hati pihak-pihak tertentu.
Seperti umum sudah maklum BN gagal mempertahankan Kuala Terengganu malah telah kalah dengan teruk.
Calonnya, Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon Pas, Abdul Wahid Endut dengan 2,631 undi. Dia memperoleh 30,252 undi berbanding Abdul Wahid yang memperoleh 32,883 undi.
Pengundi Kuala Terengganu nampaknya tidak termakan janji melangit yang dibuat oleh Umno dan BN malahan ahli dan penyokong Umno sendiri nampaknya masih marah dan menyimpan dendam terhadap kepemimpinan parti mereka.
Kekalahan ini pastinyalah memberi kesan yang besar kepada BN dan Umno, khasnya kepada Mohd Najib yang menjadi kepala perang Umno dan BN walaupun beliau berkata kekalahan itu tidak bermakna pengundi menolak BN dan memberi undi tidak percaya kepadanya.
Kekalahan ini sedikit sebanyak membayangkan yang pengundi Kuala Terengganu belum bersedia untuk memberi “endorsement” kepada beliau atau kepada proses pemulihan Umno dan BN yang diuar-uarkan itu.
Bagi Umno dan BN, kegagalan mempertahankan Kuala Terengganu memberi gambaran bahawa penolakan terhadapnya semakin meluas sejak pilihan raya umum Mac lalu.
Ini tentunya akan menyukarkan lagi kedudukan Mohd Najib apabila beliau mengambil alih pemerintahan negara Mac ini.
Tetapi seandainya beliau faham sentimen pengundi dan bersedia membuat perubahan yang drastik ke atas Umno, BN dan kerajaan selepas mengambil alih pemerintahan beliau mungkin dapat meredakan kemarahan pengundi khasnya dan rakyat jelata amnya.
Kekalahan di Kuala Terengganu adalah sumpahan dan bala yang sangat besar kepada Umno dan BN kerana ia adalah kerusi BN dan terletak di dalam negeri yang memberi sokongan yang sangat kuat kepada BN pada pilihan raya umum Mac lalu.
Gagal menakluki semula Permatang Pauh Ogos lalu tidak teruk kerana ia kubu Anwar Ibrahim dan terletak di dalam negeri yang menolak BN pada pilihan raya umum lalu.
Sekiranya Umno dan BN gagal memahami sebab musabab kekalahannya di Kuala Terengganu dan mengambil tindakan mengatasi kesilapannya, tragedi yang sama akan menimpanya pada pilihan raya kecil yang lain dan, yang lebih mendesak, pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak tidak lama lagi.
Jelas daripada keputusan Kuala Terengganu bahawa pemilihan calon dan penanganan isu tempatan adalah kunci kejayaan dalam pilihan raya kecil.
Nyata andaian umum mengenai ketidaksuaian calon BN tetap apabila dia bukan sahaja gagal mempertahankan kerusi Kuala Terengganu sebaliknya kalah dengan teruk.
Janji pembangunan, penaburan wang dan kempen yang keterlaluan menyebabkan ramai pemilih berasa jijik. Begitu juga dengan peranan media massa arus perdana yang tidak berpijak kepada realiti apabila membuat laporan dan analisis menyokong Umno dan BN.
Boleh jadi juga pengundi masih belum puas hati dengan perubahan yang berlaku di Umno dan BN maka mereka terus menghukum Umno dan BN walaupun Abdullah sudah berjanji akan mengundurkan diri dan menyerahkan jawatan kepada Mohd Najib Mac ini.
Mungkin juga kaedah kempen “carpet bombing” oleh Umno dan BN, dan pergantungannya kepada jentera kerajaan, media massa arus perdana dan orang luar tidak lagi berkesan malah memualkan pemilih.
Kemenangan calon Pas membuktikan yang parti itu serta rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyatnya semakin kuat dan diyakini walaupun wujud perbezaan yang besar antara Pas dan DAP.
Apa pun, semua pihak wajib menerima pilihan yang dibuat oleh pengundi Kuala Terengganu itu.
To recap,
1. Umno and BN are not getting stronger, not yet;
2. The voters are yet to be fully convinced that they have changed;
3. Wan Ahmad Farid being the PM’s political secretary and is linked to Khairy Jamaluddin and 4th Floor was the wrong choice as a candidate;
4. Umno must be brave enough to acknowledge that Abdullah, Khairy, the 4th Floor Boys and some segments of the mainstream media are a liability during the by-election;
5. Mohd Najib is yet to sharpen his skills and be totally accepted as the anointed successor to Abdullah. He has own baggage that he needs to unload;
6. To make thing worse for Umno and the BN, Pas had successfully put up a much better candidate;
7. Umno and the BN have not changed their campaign tactics and styles. It's still the carpet bombing method;
8. The people are put off by the huge police presence and the presence of so many unfamiliar outside campaigners who are unfamiliar with KT;
9. The voters were put off by candidates of the Umno election this March using KT to “canvass” for votes or merely to show their faces to the party bosses;
10. Mixing local, national and international issues (Gaza) confused the voters;
11. Attempt to exploit the Hudud Law to pin down Pas and to stir up squabbles among PR parties backfired or had not affected the oppositions much;
12. The voters are getting more mature. They are not as easily spooked, intimidated and bribed;
13. They know now that the development money is their own money and are, therefore, entitled to it;
14. Mohd Najib, by not accepting defeat with humility, suggests the general arrogance of Umno and BN leaders and their inability to accept the fact that Umno and BN are no longer supreme;
15. Change or Umno and the BN will suffer further humiliation in the coming months and years, starting with the Sarawak state election;
16. For Umno, starts by firing those non-performing staff at its headquarters, remove those state liaison chiefs whose states fell to the opposition parties in the last general elections and not elect them to the Supreme Council in the March party election;
17. Come down from the high chairs. Stop from being treated like Kings, Lords and Masters. Sit on the plastic chairs with the rakyat and the voters. You are Wakil Rakyat. You are elected by them. You are not their Lords and Masters. They are, in fact, your Masters; and
18. They elected you. They never elected your spouses, your children, your sons- and daughters-in-law, your kins and clansmen.
Thank you and God bless.
Tan Sri Muhyiddin Yassin nampak panik la ni...dah tak de 'wow' factor dalam UMNO. Sapa kata? Teman buleh bariskan 10 'wow' factors yang masih ada dalam Umno...
1. "Wow! Kayanye orang Umno..!"
2. "Wow! Rasuahnya pemimpin Umno!"
3. "Wow! Bodoh giler pemimpin Umno bila bercakap!"
4. "Wow! Gedebenya orang Umno!"
5. "Wow! Besonye rumah pemimpin Umno ni...!"
6. "Wow! Terkeluar jambul wanita dan puteri Umno!"
7. "Wow! Dapat kontrak lagi orang Umno!"
8. "Wow! Satu lagi projek pemimpin Umno!"
9. "Wow! Siapa wanita Monggolia tu?"
10. "Wow! Siapa dalam kotak tu?"
Salam Panglima,
Nak mencelah sikit..dah menang pun buat fitnah.Kalau kalah lagi berjela2 fitnah mereka barangkali.
Perkataan UGUT itu sgt tidak sesuai.Masyarakat skrg bukan bodoh utk mengikut telunjuk org semata2.
Kita kehilangan satu kerusi di parlimen..Ada masa utk mengubah persepsi rakyat utk memilih BN dlm PRU14.
Lebih ramai pengundi muda akn membuang undi dlm nxt PRU.Perlu beri mereka lebih pendedahan berinformasi sbb gologan spt ini lebih percayakan penulisan blogger dr media perdana.
dah lari tajuk nampaknya pemberi komen di atas, orang sentuh bab ugut dia nak ubah tajuk dengan sentuh bab lain.
Nape tak ulas tulisan Roslan SMS tu?
Kata UMNO/BN ugut bagus ke tu?
soal menang atau kalah tak kisah.cuma mempertikaikan sokongan rakyat kepada BN dengan mengaitkan dengan ugutan sangat jahat dan berbaur fitnah.
Tunjukkan bukti dan janganlah nak gambarkan BN jahat dan zalim.
Nak layan memang tak habis, tak nak layan kata orang penakut.
Tetapi sudi datang bagi komen pun saya kira ok la.
boleh tengok reaksi dan minda pembangkang di negara kita.
cuma, apakah titik pertemuan kita boleh buat ?
Adakah perpaduan melayu islam sangat susah nak dipraktikkan?
atau kita bimbang takut kawan DAP lari dan PKR juga pergi?
Jika hati dah cinta dunia ( kuasa ) maka apa yang dapat diharapkan lagi.
Hati takut hilang kuasa dari takut siksa Allah kerana menggunakan agama serta menghina orang lain yang juga beragama Islam.
Pernah dengar tak hadis nabi :
Mencaci Muslim boleh jatuh Fasiq dan Membunuh Muslim boleh jadi Kufur ?
Pernah dengar tak firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
( سورة الحجرات , Al-Hujraat, Chapter #49, Verse #11)
kalau dah dengar, baik amalkan...
salam.
Oi Panglima, hang sapa nak bersyarah kat depa? hang sapa nak bagi hadks-hadis nabi kat depa? Oi cik panglima, depa, orang Pas, alim, wali dan maksum hang tau? Depa buat semua, takdak dosa. Semua bagoih. mencaci-maki, hina, kutuk pelekeh orang, semua bagoih, dapat pahala hang tau? Berkawan dengan musuh islam yang terang dan nyata pun dapat pahala hang tau? hampa ni, Umno, tak alim, dosa. Siap depa kata kapiak lagi. Porrah, hang toksahlah jadi ustat. membazir ayaq liok saja.
Panglima Perang Cyber has left a new comment on the post "PAS masih gagal tarik pengundi Cina - Ketua Penera...":
dah lari tajuk nampaknya pemberi komen di atas, orang sentuh bab ugut dia nak ubah tajuk dengan sentuh bab lain.
Nape tak ulas tulisan Roslan SMS tu?
Kata UMNO/BN ugut bagus ke tu?
soal menang atau kalah tak kisah.cuma mempertikaikan sokongan rakyat kepada BN dengan mengaitkan dengan ugutan sangat jahat dan berbaur fitnah.
Tunjukkan bukti dan janganlah nak gambarkan BN jahat dan zalim.
Nak layan memang tak habis, tak nak layan kata orang penakut.
Tetapi sudi datang bagi komen pun saya kira ok la.
boleh tengok reaksi dan minda pembangkang di negara kita.
cuma, apakah titik pertemuan kita boleh buat ?
Adakah perpaduan melayu islam sangat susah nak dipraktikkan?
atau kita bimbang takut kawan DAP lari dan PKR juga pergi?
Jika hati dah cinta dunia ( kuasa ) maka apa yang dapat diharapkan lagi.
Hati takut hilang kuasa dari takut siksa Allah kerana menggunakan agama serta menghina orang lain yang juga beragama Islam.
Pernah dengar tak hadis nabi :
Mencaci Muslim boleh jatuh Fasiq dan Membunuh Muslim boleh jadi Kufur ?
Pernah dengar tak firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
( سورة الحجرات , Al-Hujraat, Chapter #49, Verse #11)
kalau dah dengar, baik amalkan...
salam.
betul komen panglima tu...
ana setuju PAS adalah agen syiah dan wahabi di malaysia.
geng ni yg dok haram talkin tahlil tawasul dll.
siap kata tuhan bertempat ada tangan kaki macam manusia.
ada kawan ana kata , jika tuhan tak ada tempat, dia nak dok tang mana.
punya biol la otak geng wahabi ni macam tu lah.
tak apa panglima, jika diorang datang jgn khwatir ana akan jawab.
Allah pasti bersama org yg benar.
Strategi Pakatan Rakyat terus menerus memperlihatkan kepada rakyat bahawa UMNO dan BN itu jahat dan bersifat negatif semaikin membawa kesan positif dan impak yang besar sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat menggambarkan bahawa hanya mereka sahaja layak mempin negara ini dan mereka sahaja boleh memperbetul serta melaksanakan agama Allah di negara ini.
Lebih 50 tahun negara merdeka, semakin hari semakin ramai golongan cerdik pandai dan alim ulama dilahirkan melalui sistem pendidikan yang dibina oleh pemimpin UMNO. Rakyat terus menikmati kehidupan yang selesa dan pemimpin pembnagkang juga turut menjadi kaya raya terutama DAP.
Mana ada sebuah negara di dunia ini yang rakyatnya semua kaya dan tidak perlu bekerja keras untuk menikmati kehidupan yang selesa.
Mencari kelemahan dan kesalahan orang lain memang mudah.
Pemimpin UMNO harus bangkit dan bersaing semula. Gempur dan gegarkan Pakatan Rakyat. Kita terlalu baik dan banyak mengalah.
www.puteraumnokualapilah.blogspot.com
Catat Ulasan