Saya masih belum melihat dengan teliti perkembangan terkini RTM yang dikata sudah semakin baik persembahan dan juga semakin jelas perubahan yang dilakukan di bawah Menteri Penerangan yang begitu efisyen, Datuk Shabree Chik.
Beliau yang pernah menjadi jaguh kerajaan kerana berani berbahas dengan pemimpin de facto Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lepas, sehingga mendapat pujian ramai, sekali lagi berjaya mengubah tanggapan bahawa stesen RTM di bahawa seliaan Kementerian Penerangannya, tidak berdaya maju dan sering menjadi bahan ketawa orang.
Kesungguhan mengubah tanggapan tersebut telah disaksikan sendiri oleh saya yang sedang menaip artikel ini sambil melihat warta jam 9 edisi terkini yang disifatkan oleh sesetengah pengkritik sebagai tidak patriotik kerana waktu siarannya selepas warta Mandarin..
Ramai juga mengkritik perubahan tersebut dan saya memilih berdiam diri ketika meneliti komen mereka kerana tidak lagi melihat dengan tepat apa sebenarnya yang telah diubah dan ditukar oleh RTM sehinggalah saat saat ini.
Akhirnya…..
Wow !!!
Itulah perkataan yang dapat saya tulis di sini bagi menggambarkan bagaimana reaksi spontan saya melihat paparan berita yang semakin sofistikated dan canggih dengan kemudahan bahasa isyarat yang menjadi ‘trade mark’ ulung RTM sejak sekian lama.
Ia begitu unik dan tidak dapat ditandingi walau oleh stesen swasta seperti TV3.
Mereka yang mengkritik sebenarnya tidak merasa perasaan tok tok lebai atau jemaah masjid atau pekerja swasta yang biasanya lewat sampai di rumah. Mereka juga dahagakan informasi terkini dan siaran jam 9 ini sangat tepat pada waktunya.
Golongan ini akan dapat mengikuti segala maklumat dan hebahan kerajaan menerusi siaran berita dan ia sangat bertepatan dengan tugas RTM sebagai media perantara antara rakyat dan kerajaan. Tidak mustahil jurang perbezaan pendapat antara kerajaan dan rakyat dapat didekatkan dengan usaha mengubah waktu siaran berita RTM 1 ini…
Apa guna berita disajikan sedangkan rakyat tidak sepenuhnya melihat kandungan berita tersebut ekoran saingan hebat di stesen tv yang lain ? Mungkin ia antara punca ramai rakyat negara kita kurang memahami isu isu semasa atau isu lapuk yang menggangu sokongan mereka kepada kerajaan kita.
Saya sendiri sekarang ini mendapat peluang seimbang samada untuk menonton berita di TV3 atau menonton kandungan berita di RTM1 selepas penetapan waktu baru siaran berita tersebut. Sebelum ini saya lebih memilih untuk melihat TV3 memandangkan mereka lebih ke hadapan dan menarik dari aspek penyampaian berita. Apatah lagi kedua stesen tersebut bersiaran serentak pada waktu yang sama.
Kini saya sudah tidak lagi tersepit di antara kehendak menonton berita
Syabas kepada Datuk Shabery Chik yang sentiasa 'berani berubah' dan bagi saya, beliau patut diteruskan menjadi Menteri Penerangan pada kabinet baru PM ke 6 walaupun ‘nakhoda’ kapal akan bertukar dan hala pelayaran mungkin tidak sama dengan arah tuju kapal sekarang Mac hadapan.
Salam dan jumpa lagi.
Blog Menteri Penerangan boleh dilayari di sini :
http://notashabery.com/shabery/?p=160
Tambahan : Evolusi logo logo RTM dari dulu hingga sekarang..
10 ulasan:
Salam Pang5..
Satu perubahan yang baik dilakukan oleh Kementerian Penerangan. Sekurang-kurangnya jika terlepas satu ( TV3 ) pada pukul 8pm, maka ada lagi satu siaran berita oleh RTM...kalau tidak nak kena tunggu niteline pukul 12 tghmalam pulak..
Tahniah pada RTM..
Salam perjuangan
Ya, artikal bagus.
ha ya. Sekarang, boleh dengaq berita dari jam 8:00 malam sampai jam 9:30 malam. Tak payah kalut.
Terima Kasih Zahid Hamidi Kerana Berusaha Keras Mempercepat Kejatuhan BN
Masa saya bersekolah dahulu, saya diajar bahawa di dunia ini ada tujuh benda ajaib. Saya tidak tahu sama ada senarai tujuh ini masih kekal atau telah bertambah. Kalau boleh ditambah, saya ingin syorkan supaya Malaysia dijadikan sebagai benda ajaib kelapan. Ini kerana di sini banyak benda ajaib yang dicipta oleh tokoh-tokoh politik kita yang tahap kecerdikannya amat diragui.
Apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin berkata imej negatif UMNO dan sikap sesetengah pemimpinnya yang kurang mesra di mata rakyat merupakan antara punca kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu 4 hari lepas dan parti itu perlu mengubah budaya dan imejnya agar disenangi oleh rakyat, saya menjangkakan semua pemimpin UMNO memahami mesej yang disampaikan beliau.
Namun jangkaan saya meleset. Tiba-tiba sahaja pada hari yang sama kelmarin Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan yang sama sekali bertentangan dengan moral ucapan Datuk Seri Najib. Ketika Najib meminta UMNO mengubah imej negatif yang tidak mesra rakyat, Zahid mengeluarkan kenyataan bahawa semua pengarah jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dilarang daripada menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat negeri berkuat kuasa serta-merta. Kenyataan itu jelas menampakkan sikap tidak mesra rakyat pemimpin itu dengan imej balas dendam yang tidak pernah padam.
Zahid juga berkata, berkuat kuasa serta-merta juga, agensi-agensi persekutuan hanya akan menerima syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan. Kata beliau lagi Jabatan-jabatan dan agensi-agensi persekutuan telah diarahkan supaya hanya menerima borang-borang yang ditandatangani JKKKP sahaja. Syor-syor yang dibuat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di bawah kerajaan-kerajaan negeri PR pula tidak diiktiraf.
Begitu juga dengan permohonan biasiswa, Zahid berkata, kemasukan ke institusi pengajian tinggi juga memerlukan syor JKKKP.
Mengapa pegawai persekutuan dilarang daripada menghadiri mesyuaratdi peringkat negeri tidak dijelaskan oleh Zahid. Zahid juga tidak menjelaskan sama ada "negeri" yang dimaksudkannya itu ialah semua negeri atau negeri-negeri yang diperintah oleh PR sahaja. Namun apabila melihat berita ini turut memuatkan kenyataan bahawa kerajaan hanya mengiktiraf JKKP dan tidak JKKK, maka fahamlah kita bahawa ia hanya merujuk kepada negeri-negeri di bawah PR sahaja.
Sepatutnya sebagai menteri menjaga agama beliau menjadi rujukan dan ikutan kepada orang lain dengan mempamerkan akhlak yang baik. Namun apa yang berlaku sekarang memperlihatkan dendam politik.
Sepatutnya sebagai menteri menjaga agama beliau menjadi rujukan dan ikutan kepada orang lain dengan mempamerkan akhlak yang baik. Namun apa yang berlaku sekarang memperlihatkan dendam politik. Ini memperlihatkan betapa egonya seorang menteri kabinet kerajaan BN. Sepatutnya petunjuk yang dizahirkan rakyat pada Mac lalu dan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari lalu sudah menjadi iktibar.
Nampaknya beberapa pemimpin BN tidak jemu-jemu berikhtiar untuk meminggirkan kerajaan-kerajaan negeri PR yang dipilih oleh rakyat menerusi proses demokrasi. Sudahlah peruntukan persekutuan ke negeri-negeri tersebut cuba disekat, JKKK pula tidak diiktiraf, kini jentera pengurusan di peringkat negeri-negeri berkenaan juga cuba dilumpuhkan menerusi arahan Zahid yang tidak membenarkan pegawai persekutuan 'turun padang' itu. Tindakan tidak mengiktiraf jentera pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri PR seolah-olah satu signal bahawa kerajaan-kerajaan negeri tersebut bukan sebahagian dari Malaysia. Ia mengingatkan kita kepada nasib Hamas yang dipinggirkan oleh Mahmud Abbas selepas gerakan Islam itu memenangi piliharaya di Palestin. Nampaknya apa yang dikatakan oleh beberapa pemimpin PR semasa kempen pilihanraya kecil Terengganu dahulu memang betul: nasib kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR adalah sama seperti Hamas - dipinggirkan dan cuba dilumpuhkan!
Apapun kenyataan Zahid itu hanya akan menambahkan rasa meluat rakyat terhadap dasar-dasar kepimpinan BN. Zahid nampaknya tidak pernah memahami isyarat rakyat yang dibuat menerusi keputusan PRU ke-12, PRK Permatang Pauh dan terbaru PRK Kuala Terengganu. Harap lebih ramai menteri-menteri kita yang akan mengeluarkan kenyataan senada dengan Zahid selepas ini. Semakin ramai menteri-menteri bertaraf cap ayam seperti Zahid bercakap, semakin meningkatlah kemarahan rakyat. Semakin rakyat marah, semakin cepatlah BN mengucapkan sayonara terhadap pentas teraju politik negara yang telah disandangnya sejak 51 tahun yang lalu itu.
Penulisan ini saya panjangkan kedalam blog saya. Terima kasih.
Semoga RTM terus maju.
SALAM PANG5.
MEMANG EDEN DAH LAMA TAK MENONTON RTM INI, RASANYA DAH 3 MENTERINYA BERTUKAR TANGAN. MANATAH LAGI DAH ADA ASTRO..HUHU...MACAM2 ADA.
TAPI BILA BACA POST PANG5, EDEN PUN CUBALAH BERALIH SIARAN.
TAK DAPAT NAK BEZAKAN BAB DAH LAMA TAK NONTON.
TETAPI SEMEMANG ADA PERUBAHAN DARI SEGI PROGRAM DAN RANCANGAN DENGAN BERITA SATU YANG TERATUR DAN PADAT DENGAN ISINYA.
TAHNIAH BUAT RTM.
sama dengan teman GOTAHLANTUN.
bukan tak nak menonton.tetapi kita memilih yang lebih baik dari yang juga baik.apatah lagi masa serentak sukar buat pilihan tepat.
percayalah, rating RTM pasti akan meningkat dengan perubahan ini dan kita perlu bagi kepercayaan dan sokongan kepada mereka.
Jika kita pun tidak menyokong tidak ada gunalah RTM menjadi saluran berita kerajaan kita..
orang suka mengkritik tetapi terlupa memuji yang bagus.
ada suka memuji sangat sampai tercicir perkara yang perlu dikeji dalam penulisan mereka.
lauk jika terlebih gula pun tak buka selera.
terima kasih komen sahabat semua..
Bagi saya, itu adalah Hak Persekutuan untuk membuat larangan.
Namun yang bijaknya di situ ialah Zahid menjelaskan bahawa kerajaan mengecualikan larangan tersebut kepada agensi agensi tertentu.
Sebab memang sudah dijangka pembangkang akan mengutuk larangan tersebut kerana ia menyusahkan mereka mentadbir negeri yang dimenangi..
agensi yang tidak dilarang memang wajar dibenarkan berhubung dengan negeri pakatan rakyat kerana mereka memang perlu bekerja sama dengan kerajaan negeri sepenuhnya bagi menyelesaikan masalah yang timbul..
jika Federal benar benar nak menzalimi rakyat sana, rasanya banyak lagi benda boleh dibuat....
Cuma terpulang kepada kitalah nak besyukur atau tidak, tolak ansur kerajaan ini..
Tetapi kenapa pembangkang nak fokus titik hitam di tengah tengah kertas putih ?
Oh ye...saya tahu sebab mereka sudah hitam hati..
Hati bersih akan positive thinking dan husnu zonnn..
Diorang dah mula 'menggila' sekarang nak gambarkan kerajaan zalim dan zalim dan sangat zalim...
baguslah..
cuma saya sangat berharap agar rakyat akan pakai otak dan bersihkan hati sebelum fikir atau terima dakyah pembangkang ini.
salam perjuangan.
salam saudara PEDANG BERBISA, saya menyokong kenyataan UMNO LAMA.
kinayahnya kenyataan beliau,
macam Amerika TIDAK MAHU hubungan diplomatik dgn HAMAS.sedangkan HAMAS dipilih oleh rakyatnya utk mewakili mereka.
Saya tidak pandai menghurai dan tidak bermaksud menyamakan KERAJAAN USAT dgn AMERIKA, ttp saya menyamakan tindakan " tidak ahu berurusan " itu.
Tv3 dah mula meracau dengan iklan-iklan berbahasa Cina. TV3 perlu jelas hala tuju negara. Takkan iklan pun tidak boleh disyaratkan berbahasa kebangsaan. Sentimen kaum sebegini dah tak relevan. Hantu mana dok rasuk TV3 ni. Sampai dah masuk hantu Cina sebegini. Orang Malaysia mesti utamakan bahasa Malaysia. Yasalam
Catat Ulasan