Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Januari 2009

Wajah Baru Blog Panglima Sempena sambutan Tahun Baru 1430 H/ 2009 M


Assalamualaikum...

Hari ini hari amat bermakna kepada saya selepas berhempas pulas selama dua hari akhirnyasaya dapat  menyiapkan paparan baru blog saya.

Blog yang telah dikenali ramai dan sangat dijaga dan dihargai kehadirannya dalam hidup saya...

Betullah  kata orang jika kita suka kita akan buat apa sahaja.

Ada orang suka memancing dan dia tidak penat menguruskan hobi dan minatnya..

Ada orang suka menunggang motor dan dia tidak kisah membeli motor semahal 95 k demi minatnya...

Saya jenis minat IT dan bidang IT saya terokai sendiri dengan membanyakkan soalan dan juga praktikal..

Satu ilmu yang dipelajari dimanfaatkan dengan mengaplikasikannya dan mengajar pula kepada sesiapa sahaja yang berminat.

Tidak ada istilah kedekut ilmu kerana ia bukan milik saya juga dan harusnya saya memberi hak ilmu untuk dinikmati oleh rakan rakan atau yang melontarkan soalan.

Tidak dinafikan saya hampir hampir putus asa dalam memikirkan kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan 'kerosakan' pada 'wajah' asal blog...

Jangan terkejut jika saya katakan hampir hampir saya ingin memberhentikan usaha menukar 'wajah' blog saya ini.

Namun benarlah bahawa pertolongan itu datang di saat saat kita sudah hampir 'hilang' semangat dan juga minat.

Akhirnya saya berjaya memuat turun template dan memasangnya di blog ini dengan terlebih dahulu memindahkan semua widget yang ada bagi mengelakkan ia hilang ketika proses menukar paparan dibuat.

Memang berbaloi dan memang meletihkan otak dan urat saraf !! dan saya ketawa apabila petang tadi ada sahabat kata blog saya dibuat oleh pakar grafik luar negara... 

Tq atas jenaka tersebut.

Namun apa yang lagi penting, laptop saya sudah dilindungi top virus Kaspersky 2009 yang diperolehi dari kedai komputer dua hari lalu. 

Juga saya turut diuji dengan kepayahan memasangnya ( hampir 2 hari juga ) kerana ada beberapa perkara yang memerlukan saya bertanya Ahlinya yang sebenar ( siapa lagi kalau tak customer center Kaspersky Malaysia )

Kerana ramai orang bukan ahli hanya memberi tips tetapi tidak menjadi petua yang diberi.

Akhirnya dengan semudah ABC saya diajar bagaimana cara yang betul dan ia memang tidak ada dalam manual penggunaan antivirus tersebut. Apatah lagi dalam jawapan kepada beberapa orang yang saya telah kemukakan soalan bagaimana mengatasi masalah installation antivirus tersebut.

Moralnya : jangan malu bertanya dan jangan bongkak dengan apa yang kita ada kerana semua adalah milik ALLAH dan boleh diambil bila bila masa.... !!! 


Salam perjuangan sahabat sahabat dalam BPN atau pembaca yang kawan atau lawan....

Anda sangat dialu alukan di blog ini dan mari kita semua BERKAWAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA kita...

Tiada beza antara kita kecuali IMAN DAN TAKWA sahaja...


MAKLUMAN :

1. Blog tanpa logo atau resolusi atau list ahli namun ada dalam list sebelum ini telah dipindahkan ke bahagian blog penyokong BPN.

2. Blogger BPN yang telah mencecah 67 orang ( selepas diasingkan 16 yang lain ke bahagian penyokong BPN ) dihadkan 25 sahaja dalam list. Jika anda ingin melihat keseluruhan senarai tersebut sila tekan 'SHOW ALL' yang ada di hujung senarai tersebut..

3. Sesiapa yang ingin menjadi ahli BPN masih lagi dibuka dan ia akan dihadkan setakat 100 orang sahaja ( keputusan terbaru akan dimaklumkan kemudian )...


Sekian, terima kasih.


7 ulasan:

Sangtawal Sakranta berkata...

salam p5,

Tahniah kerana dah ada blog berwajah baru!

hari tu saya komen tak boleh baca sebab background gelap sangat...terus dibuatnya yang baru...he he he..hebat!!! berani berubah demi kawan!

patutla 2 hari tak ada posting baru...dok perah otak buat blog baru rupanya...

Paparan blog yang padat,sensasi dan menarik!

salam perjuangan.

Tai berkata...

Wah siaran radio dah perlahan. Ok lah tu encik.

Lord Garam berkata...

Salam Pang5,
Dah cun blog nie..sedap skit mata memandang..kalau tidak serabut dgn lagu ada kuat sikit..huhuh..so far dah cun, easy dan xcited..macam mana den nak jadik ahli nie...?

GAP KEMBALI berkata...

pang5
hebat hebat.. macam blog CNN la. mari kita henyak PR !

GAP KEMBALI berkata...

pang5
hebat hebat.. macam blog CNN la. mari kita henyak PR !

Jamo berkata...

Salam Pang5,

Suatu perubahan wajah dan wadah yang baik. Teruskan perjuangan.


www.suarapolitik.com

Panglima Perang Cyber berkata...

sesungguhnya yang baik itu dari kecantikan Sifat dan Afaal Alla Taala dan keburukan saya itu dari kekotoran nafsu dalam diri yang menghijab dari menerima pancaran kecantikan Nya...

Cari Blog Ini

Translate