Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Januari 2009

Makluman & Kempen SMS Boikot PRO Israel / USA




hari ini selepas selesai solat Jumaat saya mengambil laptop dan meneliti sambil menjenguk blog dan berhubung dengan rakan rakan dalam Blogger Pembela Negara melalui Yahoo Messenger.

Antara yang 'hidup' YM dan sempat saya berborak borak dengan mereka ialah Blogger BrokenTheCode, RajahMas, JentayuAbaka, Empayar Malaya dan juga Waadat sambil meminta mereka meneliti contoh SMS senarai produk dan syarikat serta pro Israel USA  yang saya kutip dari dari blog AnalisisRingan.

Semua blog blog di atas ada link mereka di ruang blogger BPN di sebelah kiri anda dan berita baiknya ramai juga yang telah bermurah hati membuat list khusus untuk blogger BPN ini di blog mereka antaranya seperti Analisis Ringan, dan saya ucapkan tahniah dan syabas serta ribuan terima kasih di atas sokongan 'halus' tersebut. 

Selepas ini saya juga akan membuat list berbeza untuk blog blog yang tidak memenuhi 3 syarat keahlian BPN iaitu :

1. Siar Logo

2. Siar resolusi 

3. Siar blog ahli  
   

dengan menamakan mereka sebagai Kelab Penyokong  Blogger Pembela Negara ( KPBPN )


Selepas meneliti dan menerima maklum balas maka di bawah salinan SMS yang saya rasa relevan disebarkan di Malaysia. Mungkin panjang tetapi apalah sangat dengan 2-3 sms yang bernilai tidak sampai RM 1 pun demi perjuangan menentang dan melawan secara jarak jauh zionis Israel yang sudah lama biadap dan terbaru semakin biadap dan semakin JAHAT membedil dan membunuh saudara seagama kita yang tidak berdosa.

Kita tidak setuju peperangan dimulakan dan kita tidak setuju juga tindakan terrorist yang menyerang orang awam samada dari pihak Islam atau Yahudi sendiri.

Namun tindakan keterlaluan Yahudi atas nama 'membela diri' telah mencetuskan bantahan besar besaran di seluruh dunia ( malangnya ia tidak berjaya menundukkan mereka )

Di mana silapnya ? adakah doa kita tidak dikabul ? Atau ia tanda Israel menunggu masa untuk hancur ? atau Tuhan mahu memberi ganjaran syahid kepada rakyat Palestin yang dibom dan dibunuh ?

Sebagai muslim kita wajib membantu saudara kita setakat mana yang kita mampu. Bukan semua orang mampu dan tidak sama kemampuan antara kita dan Allah pasti memaafkan kelemahan kita dalam memberi apa yang ada kepada saudara saudara kita di sana.

Untuk itu kita bolehlah memulakannya dengan menyebarkan sms ini kepada sahabat sahabat dan kepada saudara saudara dan pastikan ia disebar luaskan demi membantu perjuangan melawan pendatang Israel yang mengacau Palestin dengan mengusir PENDUDUK ASAL sehingga PENDATANG menjadi TUAN di sana.

Tidak mustahil kita juga boleh menjadi situasi yang sama jika kita bergaduh dan berpecah belah serta mengutamakan kepentingan diri melebihi kepentingan negara bangsa apatah lagi agama di dalam semua aspek kehidupan. Ramai ingin mengambil apa yang kita ada jika kita tidak syukuri dan gunakannya untuk agama bangsa dan negara kita dengan sebaik yang mungkin.

Untuk itu saya dengan segala rendah hati memberikan contoh SMS ini untuk kita gunakan sebagai senjata kita sebagai pengguna dan saya tidak berniat sama sekali ingin merosakkan perniagaan mereka melainkan sebagai ingatan kepada syarikat tersebut agar memberi tekanan yang sama kepada Israel / USA agar segera berhenti menyokong tindakan ketentaran di Palestin yang semakin hari semakin meruncing.

Ayuh kita semua sebarkan dan moga moga ada jalan kemenangan atas apa yang kita lakukan hari ini Insya Allah.. 

Takbir !!! Allah Akbar

Jom boikot yang pro Israel/USA ini: Calvin Klein-CocaCola-Carrefour-Loreal-Disnep-Nescafe-Garnier-Maybelline-KitKat-AmbiPur-JohnsonJohnson-Huggies-Maggi-Kiwi-Kotex-Fanta-Sprite-Sunkist-Nokia-Majalah Time-Icq-Intel-Nestle-Kleenex-Ralph Lauren-Hugo Boss-Anwar Ibrahim.Sebarkan


Link senarai lengkap ada di sini : 

http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/01/apa-kata-kita-sebarkan-nama-syarikat2.html


( nama Anwar Ibrahim kerana sikap Pro Israel/USA beliau selama ini )

Bukti lihat sini : 






p/s : Jika tidak temui nama Anwar Ibrahim silalah lihat image di permulaan posting tajuk  ini..

 

8 ulasan:

Taminsari berkata...

Salam Pang5..

Ini lagi satu kurang ajar. kita sibuk-sibuk untuk membantu Palestin dan mengutuk Israel..malaysiakini pulak cari pasal????

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) hari ini membuat laporan polis terhadap laman web Malaysiakini kerana menyiarkan satu rencana yang menghina pemimpin Islam serta memperlekehkan usaha rakyat di negara ini memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang kini ditindas rejim Israel.

Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi PUM Cawangan Wilayah Persekutuan, Mohamad Hadi Ahmad Talhah di Balai Polis Brickfields di sini pada pukul 2 petang.

Turut disertakan dalam laporan tersebut, satu salinan rencana yang berjudul Abdullah's anti-Israel Posturing yang disiarkan dalam portal tersebut kelmarin.

Menurut Mohamad Hadi, rencana itu yang ternyata menyokong tindakan Israel telah mengguris hati serta membangkitkan kemarahan orang Islam.

''Berikutan itu, PUM meminta Malaysiakini supaya menarik semula rencana terbabit serta-merta dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

''Jika tidak, kami minta kerajaan bertindak tegas dengan menggantung atau menarik permit operasi portal berita berkenaan,'' katanya yang ditemui selepas membuat laporan polis di sini hari ini.

Kandungan rencana itu antara lain memperlekehkan usaha semua pihak yang ingin membantu rakyat Palestin daripada cengkaman tentera Zionis termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut disifatkan seorang yang hipokrit dalam memperjuangkan isu Palestin.

Orang ramai termasuk NGO yang menyertai demonstrasi membantah kekejaman Israel turut dituduh menerima upah untuk tujuan tersebut.

Selain itu, ia juga mempersoalkan tindakan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dalam menangani isu Palestin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika ditemui pejabatnya di sini, mengesahkan polis menerima laporan berkenaan.

Salam perjuangan

Panglima Perang Cyber berkata...

Siapa di belakang portal Malaysiakini yang memperlekeh usaha negara bantu palestin ?

sila lihat sini faktanya dan siarkan di blog2 sahabat semua demi agama bangsa dan negara...

Matlamat utama penajaan FNF adalah untuk mewujudkan konsep liberalisme di Malaysia. Aktivis PKR termasuk Jonson Chong, Dr Zaliha Mustafa, Cheah Kah Peng, Beh Lih Yi (Malaysiakini) turut ditaja oleh FNF untuk menjayakan konsep ini.

Kehadiran Beh Lih Yi mewakili Malaysiakini telah mengesahkan kaitan Anwar, PKR dan Malaysiakini berasaskan sumber penajaan yang sama.

Portal itu sendiri dalam artikelnya "Malaysiakini: Free or pay?" mengakui bahawa Malaysiakini ditaja oleh FNF, Asia Foundation dan Open Society Institute (OSI), milik George Soros.

baca lanjut di sini:

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/08/dari-permatang-pauh-ke-putrajaya-anwar.html


tq bro atas makluman di atas...

Tanpa Nama berkata...

patut la malaysiakini pro sangat kepada anwar..

baru teman tahu..

terima kasih info di atas.

Ali Abdullah berkata...

SAlam Panglima,

Wah, wajah baru... Kawan rasa paparan blog panglima kali ini lebih kemas. Nanti kawan nak minta tunjuk ajar panglima, boleh ye..

Ali Abdullah berkata...

SAlam Panglima,

Wah, wajah baru... Kawan rasa paparan blog panglima kali ini lebih kemas. Nanti kawan nak minta tunjuk ajar panglima, boleh ye..

Tanpa Nama berkata...

AKU BENCI PEKIDA
aku dari kg laloh kuala krai kelantan, budak pekida sini memang samseng, boss nya usop pahi memang kaki samseng, yusni lagi teruk, brahim boyo, awi tok awang kekcok, suha ini sebahagian yang aku boleh sebut, tapi ramai lagi lah, mereka ni semua kaki pukul, tarik kereta, peras ugut orang, curi kereta, kaki mabok, buat kacau kedai kopi dan macam macam lagi lah memang teruk pendek kata keselamatan kampong memang terancam, pk la boss pekida.

Cheguman berkata...

Assalamualaikum,
Saya guna Mozilla, ok. Lebih laju berbanding dulu. Tahniah. Boleh buatkan bground atau 'kepala' blog saya?

Panglima Perang Cyber berkata...

boleh chegu...no problem..nanti kita YM

Cari Blog Ini

Translate