gambar : Blog Angin Perubahan
Selepas itu hari ini dikhabarkan Lim Guan Eng akan menyaman beliau termasuk akhbar Utusan kerana sangat marah dengan pendedahan tersebut. Lim menyifatkan ia satu penipuan. Berita ada di sini
Hari ini juga ada laporan menyebut bahawa Shahabudin mengatakan dia ada bukti berkenaan kenyataannya yang dipaparkan di muka hadapan Utusan semalam.
Ini adalah satu lagi pendedahan 'berani' Shahabudin selepas sebelum ini berani mendedahkan tentang penjualan secara terbuka arak di Karnival Beliau peringkat negeri Pulau Pinang seperti mana dilaporkan oleh Utusan pada 25/6/2008 ( klik sini )
Soalannya : apakah tidak mendidih darah orang islam membaca laporan yang didedahkan orang besar MAIPP tersebut tentang usaha menyamakan Islam dengan agama lain di negara kita?
Lihat komen lagi panas dari Azli Shukri - Inilah Syaitan
11 ulasan:
terima kasih panglima..
Sokonglah lagi DAP tu, wahai Umat Melayu.
Masih lagi buta mata dan buta hati.
Insaflah sebelum terlambat.
UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya.
Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah. BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.
Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya.
Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa sahaja majlis samada majlis itu dihadiri ramai orang bukan Islam atau tidak, pasti muqaddimah ucapannya dimulakan dengan petikan ayat-ayat al Quran, diterjemah dan diberi kupasan untuk tujuan dakwah kepada mereka. Kadang-kadang diterjemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih memahaminya.
Nga, salah seorang EXCO DAP sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Hj Nizar dan bertanya saya dari ayat mana dan surah apa. Saya beritahu ayat dan surah yang dibaca. Katanya dia mahu study di rumah ayat yang dibaca oleh Hj Nizar. Di mini perpustakaan Nga ada terjemah al quran dalam bahasa Inggeris, dia cari ayat tersebut dan dikajinya. Akhirnya beliau kagum dengan Hj Nizar, menurut Nga ayat-ayat Quran yang dibaca Hj Nizar mesti ada kaitan dengan majlis yang diadakan.
Malahan, beliau turut mencari mana-mana ayat al Quran yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah, beliau bertanya saya dan meminta saya mengajarnya bagaimana cara menyebut dalam bahasa Arab, saya menulis dalam huruf rumi ayat-ayat tersebut dan ternyata dibacanya dalam ucapan dan ceramah walaupun pelat, diterjemah dan dihurai dengan begitu baik prinsip-prinsip tersebut mengikut ajaran al Quran.
.................................
MCA, MIC dan semua parti komponan BN yang lain, ada atau tidak pemimpin mereka membuka al Quran, membaca dan menterjemah serta mengulas mana-mana konsep mengikut ajaran Islam. Seingat saya, tidak ada pemimpin MCA dan MIC yang berbuat demikian, sebab itu mereka tidak faham Islam walaupun berkawan dengan UMNO sejak sekian lama, apatah lagi UMNO yang menjadi rakan mereka sendiri tidak faham Islam. Sebaliknya, DAP sejak berkawan dengan PAS, sama-sama memerintah Perak khususnya, cukup memahami konsep keadilan, amanah dan kebajikan mengikut ajaran Islam. Bahkan mereka juga tahu hukum Hudud yang selama ini mereka diberi gambaran yang salah oleh media dan pemimpin BN.
Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan. Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak. Malahan turut dicadangkan kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang dan jurulatihnya 5 ribu.
Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya. Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada Dato' Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu.
Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan. Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar. Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak. Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan. Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak.
DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam, apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut diberi bantuan perkapita. Permohonan-permohonan untuk tujuan baik pulih masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya tidak juga membantah atau dengki. Program-program Islam yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara tidak pernah dibantah oleh DAP.
Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka ditolak oleh pengundi Cina dan India. Orang Melayu juga yang payah berubah, tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya akan datang.
http://misabah.blogspot.com/
tuan panglima,komen dri anonymous tadi adalah dari misbahulmunir.blogspot (setiausaha politik MB Perak Nizar). Ntahlah,aku tak tau nak kata apa. tentang politik semua org bleh giler dibuatnya.Cina bc al-quran pun dah dianggap baik,awat xmasuk islam klu dah percaya sgt ke islam? xnmpak kah ini srtategi jngka masa pjg mereka(DAP)? tepuk dada tanye iman..
63. Al Munaafiquun
4. Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar[1477]. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya) maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)?
CUBA FAHAMI MAKSUD FIRMAN DIATAS
Askum...
Saya secara peribadi mengenali YB Ustaz Shabuddin Yahaya. Beliau bukanlah jenis ahli politik yang mencari publisiti murahan dengan mengada-adakan tuduhan. Dalam isu Majlis Permuafakatan Antara Agama ini saya percaya beliau terpanggil untuk menyatakan kebenaran. Saya percaya dengan apa yang beliau nyatakan dan saya harap saudara-saudara seagama dengan saya tidak pula bersekongkol dengan Pakatan Rapuh demi untuk menghalalkan penubuhan majlis tersebut. Kadang-kala ada di kalangan kita yang terlalu taksub menyokong PR sampai mengiakan segala-galanya. Apatah lagi yang menubuhkan majlis tersebut bukan orang Islam.
SetPol MB tu dah tak ada kerja sekarang. saya yakin tak semua yang ditulis tu benar.ada yang sengaja diada-adakan.biasalah adat orang berniaga.mula buka kedai mulut manis, boleh hutang.beli barang dapat rokok sebatang.bila hutang bertimbun di kedai, tanah terpaksa digadai.ini cerita 50 tahun dulu.sekarang ia kembali, tapi bukan dalam bentuk kedai, tapi dalam bentuk kerajaan.
Petang tadi Pas tanjung buat laporan polis terhadap ustaz Shabudin kononnya beliau buat fitnah.
Cuba hampa tengok, ada pulak orang islam bela depa Dap.
Bodoh punya PAS Tanjung. Kerana Majlis Permuafakatan Agama boleh bergaduh sesama Islam.
Terima kasih kunjungan bekas Setpol MB Perak. Ia satu kunjungan hormat yang begitu dihargai oleh saya selaku blogger daif dan biasa macam rakyat marhaen juga...
Saya tahu sukar hidup tanpa kerja di saat ekonomi meleset sekarang. Dan saya bersimpati dengan nasib kurang baik yang menimpa beliau selepat takdir ALLAH menetapkan Nizar berkuasa hanya 11 bulan.
Moga saudara Misbah dapat rezeki yang mencukupi untuk keluarga dengan cara yang halal dan hasil yang halal. Sehingga keberkatan melimpahi dan menjadikan ketenangan akan lahir dalam setiap tindakan dan juga perkataan.
Komen yang dipertikaikan kebenarannya oleh sahabat saya di atas, tidaklah dpt saya berikan hitam putih benar salahn faktanya.
Kerana Allah lebih mengetahui fakta tersebut dan jika benarlah kata2 saudara misbah tadi maka saya memuji perbuatan Nizar yang memberikan tanahnya kepada Pak Teh demi membina sekolah agama.
Cuma kenalah barang diingati selalu bahawa jika ada perkara yang tidak betul maka wajib juga kita mencelanya.
Mencela atas kesilapan yang dilakukan si Nizar dan rakan rakan PAS dalam bermuamalat dengan parti bernama DAP atau PKR.
Seperti mana is tanah dipajak 999 tahun yang diberi kepada bangsa lain hingga meminggirkan parajurit parajurit yang pernah berjasa di Perak.
Hingga menjadikan Sultan Perak sebak ketika bertitah berkenaan isu tanah tersebut.
Ditambah lagi dengan sembah derhaka Nizar dan berterusan pula dia bersama Pakatan Rakyat ingin menyaman MB yang diperkenan Sultan dan berterusan pula mereka membuat tindakan kurang ajar menggantung MB dan exco yang dilantik oleh Sultan.
Siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini ?
Siapa masih ingat lagi bagaimana taraf Mufti seperti Exco telah direndahkan selepas Nizar menjadi MB Pakatan ? Ia telah menjadi bualan para bloggers pro kerajaan.
Siapa yang baca ayat quran dari kalangan sahabat Misbah ada yang tak faham ke maksud menghormat dan mentaati Allah Rasul dan Ulil Amri? Bukankah Allah menyuruh taat kepada Rasul dan sama sahaja taat kepada Rasul dikira taat kepadaNYA juga ?
Bukankah taat kepada Raja / Ulil Amri adalah tanda taat kepada Rasul?
Bukankah derhaka 'utusan' Rasul dikira derhaka kepada Rasul juga?
Atau ia tidak ada dimasukkan dalam sukatan Usrah mingguan atau bulanan PAS tentang hal ini ?
Adakah sikap sebegini ada pada MIC MCA ?
Adakah mereka menghina Islam ? atau mengatakan langkah mayat mereka dahulu jika nak amal ajaran Islam seperti Hudud ?
Hanya DAP sahaja berterusan berusaha terus menerus mencabar Sultan kita. Dulu, kini dan selamanya.
Mereka semakin kuat dengan bantuan PKR dan malangnya PAS turut sama 'sekaki' dalam hal ini...
Berikan bukti MCA MIC derhaka kepada Sultan atau anda hari ini juga sajudara Misbah perlu 'MUFARAKAH' dengan jemaah yang anda dokong sekarang ini yang sudah jauh tersasar arah tujuan dan tidak lagi dapat mengenal mana satu musuh mana satu kawan.
Adakah Yahudi hafal quran dan hadis digelar orientalis dikira beriman dan patut dibuat guru atau kawan ?
Adakah musuh Islam itu patut dibuat kawan / teman rapat selepas mereka menunjukkan minat dengan Al Quran dan Hadis dibaca oleh PAS ?
Adakah PAS memahami muslihat mereka ?
Atau masih kurang matang dalam menilai mana satu permata mana satu kaca ?
Moga Allah membuka hati saya dan anda ke arah jalan yang benar amin.
terima kasih dan BPN pasti akan menghalang sesiapa yang ingin menjatuhkan agama dari dalam atau luar serta ingin menghina bangsa yang menjadi penganut Islam...
terima kasih semua dan mari kita terangkan lagi kepada saudara kita dari 'sebelah opposisi' dengan pendirian kita, agar mereka juga akan faham seperti mana yang kita faham, dengan penuh rahmat dan kasih sayang..
Salam perjuangan dan selamat malam.
Alo bekas setpol Perak, 7 Eleven nak pakai pekerja am...try laa apply insyallah tanpa birokrasi anda bley dapat..
Catat Ulasan