gambar dari blog AbuAhsan ( klik sini )
Ulama' atau maknanya "orang yang berilmu" atau makna dalam konteks hari ini, "orang yang arif dalam ilmu agama" adalah satu golongan yang istimewa kerana mereka ini menjadi tempat rujukan setiap orang di dalam sesuatu masyarakat Islam.
Ulama' yang kita faham hari ini dirujukkan kepada mereka yang mendalami ilmu agama dan sebagai pakar rujuk ketidakfahaman sesuatu amalan dalam agama Islam. Setiap daripada kita akan bertanya kepada mereka tentang sesuatu permasalahan.
Gambar dari blog ini
Malangnya ketika menuju akhir zaman, golongan Ulama' ini sudah mula mencampuri urusan politik yang kita faham, banyak rintangan dan ujian daripada Allah SWT. Ulama' juga seorang manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan dosa. Ujian Allah SWT kepada ahli politik adalah seperti harta, kuasa dan wanita. Jika golongan Ulama' ini menjadi ahli politik, maka dia juga tidak terlepas daripada ujian tersebut.
Sewajarnya Ulama' tidak perlu mencampuri urusan politik. Cukup sekadar menasihati pemimpin dan cuba mempengaruhi pemimpin agar mematuhi perintah Allah SWT. Barulah masyarakat dapat hidup dengan aman dan harmoni tanpa penyalahgunaan ilmu agama untuk mencapai hasrat politik sesuatu individu.
Cerita Lanjut gambar di atas sila klik sini
Komen :
- Artikel di atas ini ditulis oleh blogger Al Marbawi klik sini
- Isi artikel ini amat menarik kerana ia adalah pandangan yang saya sangat setujui sejak dahulu lagi.
Kerana kerosakan akhir zaman ini apabila pelajar bidang agama ( bukan ulama kerana ulama sebenar tak masuk politik ) menceburi bidang politik lalu terlupa tugas sebenar menyebarkan agama.
Cuba tanya PAS berapa ramai diorang islamkan Manusia atau mengelakkan gejala Murtad di negara kita ?
- Untuk tambahan anda boleh terus membaca artikel Sang Tawal di sini
- Al Marbawi adalah blogger yang mereka logo Kumpulan Penyokong BPN dan pertama juga menyiarkannya... Terima Kasih Al Marbawi
- Sesiapa ingin menjadi penyokong BPN boleh menyiarkannya di blog masing2 dan memaklumkan kepada saya. Begitu juga jika anda ingin menjadi salah seorang blogger BPN. Senarai Kumpulan Penyokong juga akan dimasukkan dalam list BPN di blog saya.
- Sahabat Gunung sudah meminta maaf atas kekhilafannya berkenaan Chatrolls baru menyerupai Chatroll BPN asal seperti mana yang saya siarkan artikel semalam dan kita perlu menerima permohonan beliau. Terima kasih SG.
- Harap semua blogger BPN dapat aktif di YM atau add email saya dalam YM mereka utk memudahkan sebaran info atau makluman dan juga urusan berkenaan BPN dibuat. Juga dapat letakkan email Yahoo mereka di blog masing2 utk tujuan pengesahan bahawa owner blog adalah chatters yang chat dengan saya.
13 ulasan:
Hanyasanya yang benar2 takut akan Allah dari hambanya taraf Ulama
Ayat Al Quran
Soalnya Nik Aziz Hj Hadi tu benar2 takut ke tak ?
Info terbaru saya dapat gambar Nik Aziz menangis semasa PRU lepas adalah dibuat di studio Kelantan.
Masya Allah...
Adakah benar benar takut Allah ke takut hilang kuasa ?
Fikirlah..
Biar betul ustazmoden????Gambar pun retorik kaa?
Pglima Cyber, sy tak dapat nak letak yahoo email kat blog sebab AKTA RAHSIA RSAMI PERIBADI..maaf ye..tp panglima sudah YM dgn saya kan?
Salam tuan.
Untuk makluman, saya telah membuka thread di myKMU dengan artikel tuan diatas.
Adalah diharap ramai yang faham tentang peranan ulama' sebenar.
Perjuangan kita belum selesai...
SALAM PANG5...
SAYA TELAH MENZIARAHI BLOG GARAMMANIS DAN MENINGGALKAN KOMEN.
DIHARAP GARAM MANIS DAPAT BERKERJASAMA DENGAN KITA BAGI KEHARMONIAN PERHUBUNGAN ANTARA AHLI BPN..
BERIKUT ADALAH KOMEN DAN PANDANGAN SAYA DI BLOG GARAMMANIS:
-----------------------------
SALAM ZIARAH GARAMMANIS..
KAWAN MENDAPAT BEBERAPA RUNGUTAN DARI BEBERAPA AHLI BPN BERKAITAN ARTIKEL TERBARU GARAMMANIS INI.
SETELAH MEMBACA, KAWAN BERASA GUSAR DENGAN ARTIKEL YANG SAUDARA SIARKAN INI. WALAU PUN IANYA SEKADAR SPEKULASI MELALUI SURAT TERBUKA DARI ORANG TERTENTU TETAPI ISI KANDUNGANNYA MUNGKIN AKAN MENYINGGUNG DAN MEGURIS HATI DAN PERASAAN SEBAHAGIAN AHLI BPN DAN MEREKA-MEREKA YANG AMAT MENGHORMATI PAL LAH SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA.
SEPATUTNYA KITA USAHLAH MENAMBAH BURUKAN LAGI NAMA DAN IMEJ PAK LAH KERANA SEBAGAIMANA YANG KITA KETAHUI BELIAU TELAH BERJANJI AKAN MENGUNDURKAN DIRI SELEPAS MAC INI.
KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA SEPATUTNYA KITA PERLU MENGHORMATI BELIAU KERANA MASIH LAGI PERDANA MENTERI MALAYSIA.
KITA SEPATUTNYA BERTERIMA KASIH JUGA KEPADA BELIAU YANG MENGAMALKAN DASAR KEBEBASAN BERSUARA. SEKIRANYA BELIAU ADALAH SEORANG YANG TIDAK BERTIMBANG RASA TENTUNYA BLOG-BLOG YANG MENGHENTAM DAN MENGAIBKAN BELIAU AKAN DIARAHKAN TUTUP DAN DIAMBIL TINDAKAN.
OLEH ITU DEMI MENJAGA NAMA BAIK BPN DAN SETERUSNYA MENJAGA PERHUBUNGAN BAIK ANTARA AHLI DIHARAP GARAMMANIS TIDAK KEBERATAN UNTUK MENDELETE ARTIKEL INI.
SEKIAN TERIMA KASIH
ABANGTUAH.
Dalam hal umarak dan ulamak ini, sebenarnya semua khalifah itu adalah umarak dan ulamak juga...Para khalifah semua bertaraf ulamak tetapi mereka ulamak sejati yang naik sebg umarak bkn melalui pilihanraya parti.
my 2 cents.
saya momohon kepada tuan panglima utk bersama - sama dalam bpn.saya ada menghantar email pada tuan panglima tapi mungkin tuan panglima terlalu sibuk.///
Auuuum !
Ya bener Pak , ulama wajib jadi penasihak umarak, itu yang paling mantap Pak macam ishak baharum dulu tu Pak dan yang macam menyimpan rahsia kes umarak di PD dulu ya Pak !
SALAM PANGLIMA...
SETELAH SAYA MEMBACA ARTIKEL DIDALAM BLOG GARAMANIS, SAYA TERFIKIR APAKAH TUJUAN SEBENARNYA GARAMANIS MEMPERBESARKAN ISU TERSEBUT?
PADA PENDAPAT SAYA ARTIKEL YANG DISIARKAN OLEH GARAMAIS TERSEBUT ADALAH SATU PENGHINAAN KEPADA PAK LAH...
DAN IA JUGA BOLEH MENDATANGKAN KEMARAHAN DARI AHLI UMNO YANG LAIN.
SAYA SARANKAN DENGAN CARA TERHURMAT AGAR GARAMMANIS MENARIK BALIK ARTIKEL TERSEBUT... DEMI MENJAGA NAMA BAIK BPN.
JANGANLAH KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA...
SALAM PERJUANGAN
BJ
Jika boleh SUPAR atau Pegawai Khas DS Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang lain didakwa rasuah, tolonglah respon kepada tuduhan yang dibuat. Jika tidak pembaca akan menganggap tuduhan itu adalah benar. Kes DS Najib dengan Altantunya dan pembelian kapal selam/jet dll. Perlu respon oleh pihak-pihak yang berkenaan biar pun sepotong ayat. Dengan carai ini akan mempermudahkan lagi perjuangan BPN menentang fitnah jahat pembangkang selama ini.
Harapan saya UMNO akan kembali teguh di bawah pimpinan DS Najib dan Ketua Pemuda UMNO yang baru. Tak kiralah siapa pun jadi Ketua Pemuda UMNO, tanggungjawab berat iaitu untuk menarik kembali sokongan orang muda. Tun Mahathir pun kenalah kembali membantu UMNO.
sama-sama Panglima....
Artikal bagus panglima.
Ya, Najib mesti tegas, segala tuduhan, harus dijawab.
Catat Ulasan