Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 Februari 2009

Edisi Pagi : Tahniah semua !! Hakim 'PAS' sudah sah menarik diri -Malaysiakini

Hakim tarik diri dengar saman Nizar

KUALA LUMPUR: Pesuruhajaya Kehakiman, Mohamad Ariff Md. Yusof pagi ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap penggantinya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dua hari lalu Mohamad Ariff berkata, beliau akan memberi pertimbangan serius mengenai isu itu dan mengkaji hujahan peguam Sulaiman Abdullah selama sejam yang mewakili Nizar dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said bagi Pejabat Peguam Negara.

Minggu lalu, Mohamad Ariff melahirkan kebimbangan sama ada beliau mahu atau tidak untuk mendengar prosiding kerana pembabitan beliau dalam PAS sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, September tahun lepas.

Nizar diwakili oleh barisan lapan peguam manakala penasihat undang-undang negeri Perak Datuk Ahmad Jamal Md Shahid bertindak bagi Zambry.

sumber : Mstar




3 ulasan:

Cheguman berkata...

Panglima,
Saya terharu baca kenyataan Mufti Harussani baru-baru ni. Kata beliau, bila kenyataannya menguntungkan UMNO maka orang UMNO akan sokong sebaliknya jika tidak, mereka akan membantah. Begitu juga jika menguntungkan PAS maka PAS akan memuji manakala jika tidak menguntungkan PAS maka mereka akan mengeji. Namun kejian dan tohmahan kali ini (dalam isu sultan Perak) adalah paling teruk diterima beliau.

PUTRAKENCANA berkata...

Itulah politik sekarang ini.

Teman tak hairan.

Tai berkata...

Kita janganlah berasa gembira atas kejayaan ini. Sambutlah ia dengan doa dan kesyukuran. pasti kejayaan akan datang lagi.

Cari Blog Ini

Translate