Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Februari 2009

Edisi Petang : Universiti John Hopkins, USA ramal PAS akan menang - Malaysiakini

AMARAN PANGLIMA:

ARTIKEL INI BERBAHAYA BAGI WANITA FANATIK ANWAR IBRAHIM, FANATIK PAS, FANATIK AMERIKA SYARIKAT DAN JUGA BAGI PEMUDA PEMUDI YANG TELAH TERPEDAYA KERANA KESIAN KEPADA ANWAR IBRAHIM HASIL 'LAKONAN HEBATNYA SELAMA INI...







Artikel ni saya nak tulis ringkas dan sepadat yang mungkin. Berkenaan ramalan dari USA tentang nasib PAS Pilihanraya kecil akan datang tidak lama lagi di Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Ia menarik kerana melibatkan Amerika Syarikat dan tentang parti Islam seMalaysia yang menjadi sekutu rapat Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat..

Lagi menarik kerana Siasah beriya iya menyiarkan komen bukan orang Malaysia tersebut yang pasti sedikit sebanyak ada 'agenda' yang tersembunyi.

Siasah ( klik sini ) siar berita bahawa Bridget Welsh membuat ramalan :

Profesor sains politik dari Fakulti Kajian Asia Tenggara, Universiti Johns Hopkins di Washington DC, Bridget Welsh meramalkan Pakatan Rakyat akan menang di dua pilihan raya kecil, Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah.

Yang ingin saya tekankan ialah Universiti John Hopkins yang mungkin belum diketahui latar belakangnya dan juga kaitannya dengan Anwar Ibrahim. Kerana kita kena selalu sedar dan ingat kenapa bersungguh benar seorang professor dari USA memberi komen tentang peluang PAS dalam dua PRK yang bagi ramai pihak berpandangan ia sangat penting bagi melihat 'saham' Pakatan Rakyat selepas diasak ke dinding isu gambar bogel Elizabeth Wong dan juga Khalid Ibrahim.

Sebelum itu saya ingin membawakan sedikit catatan dari Malaysiakini :



Memandangkan saya sudah katakan ingin membuat artikel pendek dan ringkas maka saya sudahi artikel ini dengan beberapa rujukan penting untuk anda baca dan kaji sendiri serta nyatakan analisa anda di dalam ruang komen tanpa 'pemeriksaan polis' di bawah ini.

Salam dan jangan lupa sebar sebarkan info yang anda ketahui ini untuk agama, bangsa dan negara kita...







Jika mahu lagi jangan malas malas taip di google atau yahoo search perkataan :

 anwar ibrahim + John Hopkins + AIDC 

untuk lebih terperinci tentang isu ini...



8 ulasan:

sumandak bayu berkata...

Salam Pang5,

Sesiapa pun boleh buat andaian.... kalo dia benar belakang ape hal pula minah omputih ni berkenaan dengan kerusi ADUN dan PARLIMEN kita....

Budaya OMPUTIH senang je kalo tak ada pulangan lumayan jan harap nak buat andaian.... ni mesti ada undang sebalik mee..

Cheguman berkata...

Panglima,
Seperkara lagi yang perlu kita risaukan ialah US sedang terhutang USD10 trilion dengan bank dunia. Awas, mereka akan buat apa sahaja untuk kepentingan negaranya. Bagi mereka nyawa manusia lain tidak ada nilai sama sekali.

Mereka tidak ada masa untuk mengambil tahu politik Malaysia jika tidak ada kepentingan tertentu!

Tanpa Nama berkata...

Sama jugak dengan UMNO dah selamatkan anak pengerusi SPRM..kerana kena tahan oleh polis Australia kerana bawa DVD lucah kanak-kanak bawah umur.....kesian

Ahmad Shauqi bin Ahmad Said (Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat MAS) telah ditahan kerana bawa(seludup) dvd lucah..nasib baik paklah campur tangan dan anak pegerusi sprm dibebaskan..takkanlah lepas gitu aje tentu ada apa-apa kut yang kerajaan Australia minta kat Paklah....emmm..

Satu lagi sdr panglima...kalu menulis biar cerita latest la sikit nie dah basi....dah lama...

PAPA GOMO berkata...

SALAM PANGLIMA...
HARAP DISIASAT AKAN KEWUJUDAN CHATROLL BPN NI... http://chatroll.com/sahabatgunung9506

Tanpa Nama berkata...

humm betul ke kes minah ni.ataupun siasah syok sendiri bubuh gambar dia pastu reka cerita.

bukan menyokong anwar tapi menyokong kebenaran.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum tuan panglima,

Blog saya dah beroperasi seperti biasa.Harap boleh beritau sahabat BPN yang lain.

wassalam

PUTRAKENCANA berkata...

Sedarlah wahai Umat Melayu sekalian, anda telah dipergunakan oleh bangsa pendatang ini untuk menguasai politik Melayu.
Menang sorak Negeri tergadai.

Panglima Perang Cyber berkata...

Terima kasih atas komen sahabat setia BPN Sumandak, Cheguman, Maharaja Zhou Gomo Raz dll

Nampaknya teori dan juga analisa di sebalik nama dan juga jawatan minah mat saleh di atas tidak juga cukup untuk mengaitkan 'sesuatu' dengan pakatan rakyat.

Mereka tidak bersedia barangkali menerima hakikat sebenar yang berlaku di mana negara cuba dikuasai secara halus melibatkan dana yang besar dan orang orang tertentu.

Fikirlah dan jangan malas berfikir nanti anda akan menjadi manusia yang tidak berguna sama sekali..

Cari Blog Ini

Translate