Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

Memaparkan catatan dengan label nizar pkr perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nizar pkr perak. Papar semua catatan

04 Oktober 2010

Azizah pilih Khalid lawan Azmin bantu Zaid ?






Apa alasan kepada andaian Panglima bahawa Khalid disuruh lawan Azmin bantu Zaid ?

1. Tindakan Khalid menerima pencalonan Timbalan Presiden. Walaupun beliau sudah menjadi MB Selangor tetapi masih bercita cita untuk menjadi calon Timbalan Presiden  untuk saingi Azmin. Kebetulan pula Azmin memang mengidam jawatan MB dan banyak gosip disebar bahawa perancang utama menjatuhkan Khalid adalah Azmin. Tindakan ini jelas untuk menggugat potensi Azmin Ali sebagai calon Timbalan Presiden PKR. Tindakan ini adalah untuk membalas balik serangan Azmin terhadap beliau sebelum  ini.

2. Selepas Zaid dimalukan dan disekat termasuk dihentam calon pro Azmin maka calon sesuai untuk menghadapi Azmin ialah Khalid. Beliau lagi lama berada dalam PKR berbanding Zaid... Lihat bagaimana sokongan terbuka 20 Ahli Parlimen PKR kepada Azmin yang jelas tentunya atas arahan Anwar Ibrahim. Namun hingga kini Cabang PKR masih lagi mencalonkan nama lain untuk kerusi Timbalan Presiden meskipun 20 Ahli Parlimen telah meluahkan sokongan terbuka mereka kepada Azmin.


3. Pemilihan Khalid tentu direstui Wan Azizah yang jelas melalui signal tertentu mahu menyingkirkan Azmin Ali. Gosip mengatakan Azizah 'berbulu' dengan Azmin sudah tidak dapat disangkal lagi. Apatah lagi ia melibatkan suami kesayangannya yang sanggup buat apa sahaja untuk adik kesayangannya itu. Lihat taktik kotoryang dibuat untuk memenangkan Azmin didedahkan oleh Jenapala di sini http://www.anwaraidc.com/ 


4. Agak menarik apabila kita membaca kenyataan Khalid yang meminta cabang agar jawatan Presiden dicalonkan kepada Wan Azizah tetapi bertukar kepada Anwar Ibrahim. Ia seperti satu sindiran halus kepada Anwar yang sedang 'nazak' dengan kes liwatnya agar menerima pencalonan tersebut melawan isterinya. Ini satu penderaan psikologi kepada Anwar yang tentu tidak akan menerima pencalonan jawatan tersebut yang telah ditolak olehnya.

Gmbar bukti sayangnya Anwar kepada Azmin hingga dibawa ke White House...


5. Pertembungan kali ini pasti akan menyaksikan pihak yang dianiayai Azmin Ali ( seperti pendedahan REFORMIS bahawa Azmin Ali yang rancang jatuhkan Khalid sebagai MB ) akan bangkit melawan beliau habis-habisan...Meskipun dikhabarkan team yang menguruskan pemilihan adalah pro kepada Anwar dan Azmin sehingga membangkitkan kemarahan ahli ahli parti di cabang...

Apakah rancangan untuk menyekat Azmin Ali oleh musuhnya akan berjaya ? Wallahu A'lam




Sila baca berita Malaysiakini kenyataan Khalid Ibrahim di bawah ...


 Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau menolak pencalonan untuk jawatan timbalan presiden daripada cabangnya kerana mendapati Datuk Seri Wan Azizah Ismail turut dinamakan untuk jawatan itu.

Khalid yang juga bekas pengerusi PKR Selangor berkata, beliau telah meminta supaya cabangnya Kuala Selangor mencadangkan Wan Azizah sebagai presiden tetapi sebaliknya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dipilih.

NONE"Bila terdapat pertandingan antara Wan Azizah dan saya, saya rasa Azizah lebih lama lebih pengalaman," katanya Khalid (kanan).

Tambahnya, keputusan itu tidak bermakna beliau menolak sepenuhnya pencalonan sebagai timbalan presiden.

"Saya nak tunjukkan, baguslah parti namakan Wan Azizah, tapi ini tak akan menyekat saya kalau saya nak bertanding timbalan presiden. Saya dah dapat lebih dua pencalonan (minimum)," katanya lagi.

Bercakap dalam sidang media di Kuala Selangor hari ini, Khalid berkata, beliau akan memutuskan pada 5 Oktober ini sama ada akan bertanding untuk jawatan tersebut atau tidak.

Setakat berita ini ditulis, Khalid kini telah mendapat empat pencalonan untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu, di belakang Azmin Ali (98), Datuk Zaid Ibrahim (37), Mustaffa Kamil Ayub (17) dan Tian Chua (5).

Dalam perkembangan berkaitan, ketika peti undi ditutup pada jam 4 petang tadi, sekurang-kurangnya 1,400 kertas undi dikeluarkan. Cabang itu mempunyai 6,218 pengundi.

Untuk pertandingan di peringkat cabang, Khalid ditentang bekas ketua penerangan AMK Selangor Mazli Saring.

Seorang lagi pencabarnya ialah M Thamilvaanan @ Muhammad Kamilvaanan Abdullah.







tambahan : ahli DAP pun mengundi dalam pemilihan PKR, apa kes ? klik sini 

07 September 2010

EDARAN SEGERA : PERLEMBAGAAN BARU CIPTAAN PAKATAN KOMUNIS SUDAH DIBONGKAR !!!

5 September, Kelab Belia Graduan 1Malaysia telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Serdang berhubung penyebaran risalah "Perlembagaanku" yang diedarkan di sekitar Lembah Klang dan beberapa institusi pendidikan di Kedah. 15 Ogos 2010, Tan Sri Harussani Zakaria (Mufti Perak) mendedahkan wujud perlembagaan baru untuk menyisihkan hak orang Melayu dan agama Islam yang dijamin dalam perlembagaan sedia ada. Apakah ini perlembagaan baru yang dimaksudkan oleh Tan Sri Harussani Zakaria?.

Kenyataan Harussani mungkin ada kaitan dengan program di atas. Pada 18 Julai 2010, bertempat di Dewan Sultan Abdul Halim, Kolej Universiti Islam Insaniah (KUIN), Kedah, telah dianjurkan program Perasmian Pelancaran Kempen Perlembagaanku Peringkat Negeri Kedah. Hadir sama adalah Zaid Ibrahim sebagai panelis forum (baca sini). Nampaknya kerajaan negeri Kedah dan pemimpin PKR terlibat sama dalam usaha untuk membuat perlembagaan baru ini.

Paul Linus Andrews (Head of Department of Law, Sunway College University), bersama Samuel Leong, Yap Yin May dan Nadia Abu Bakar adalah antara mereka awal terlibat dalam kempen kesedaran "Perlembagaanku", yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Negara. Kempen ini telah dilancarkan sejak 13 November 2009 lagi. Rentetan daripada itu timbul pula buku "The March to Putrajaya - Malaysia New Era Is At Hand" oleh Kim Quek yang mengandungi 361 muka surat. Buku ini didakwa memutar belit banyak perkara dan menghasut rakyat untuk membenci Perlembagaan yang sedia ada.


Kempen Perlembagaanku juga ini telah dibuat dalam Facebook yang mengumpul 7,508 orang dan dalam Youtube, ditonton oleh 17, 102 orang. Perlembagaanku bertindak sebagai Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan yang ditubuhkan di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia. Dianggotai oleh para peguam, pelajar, ahli media, ahli akademik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Antara yang terlibat memberikan sokongan kepada Perlembagaanku adalah DAP (cawangan Pahang), Malik Imtiaz dan Zaid Ibrahim.

Sesudah tuntutan Interfaith Commission (IFC) dan Forum Memeluk Islam pada 9 Ogos 2008 , Bar Council berterusan untuk mempertikai perlembagaan dengan kempen "Perlembagaanku". Dalang-dalang yang terlibat dalam usaha untuk membuat perlembagaan baru dan meminta agar semua persetujuan sosial yang sudah termaktub dalam perlembagaan dibatal perlu disiasat dan dikenakan tindakan. Kempen mereka ini boleh meracun pemikiran rakyat untuk meruntuhkan segala-gala yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan.



lihat video di bawah ini adakah ini Perlembagaan Komunis Pakatan Haprak ?








video asal :

22 Februari 2009

Edisi Petang : Universiti John Hopkins, USA ramal PAS akan menang - Malaysiakini

AMARAN PANGLIMA:

ARTIKEL INI BERBAHAYA BAGI WANITA FANATIK ANWAR IBRAHIM, FANATIK PAS, FANATIK AMERIKA SYARIKAT DAN JUGA BAGI PEMUDA PEMUDI YANG TELAH TERPEDAYA KERANA KESIAN KEPADA ANWAR IBRAHIM HASIL 'LAKONAN HEBATNYA SELAMA INI...







Artikel ni saya nak tulis ringkas dan sepadat yang mungkin. Berkenaan ramalan dari USA tentang nasib PAS Pilihanraya kecil akan datang tidak lama lagi di Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Ia menarik kerana melibatkan Amerika Syarikat dan tentang parti Islam seMalaysia yang menjadi sekutu rapat Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat..

Lagi menarik kerana Siasah beriya iya menyiarkan komen bukan orang Malaysia tersebut yang pasti sedikit sebanyak ada 'agenda' yang tersembunyi.

Siasah ( klik sini ) siar berita bahawa Bridget Welsh membuat ramalan :

Profesor sains politik dari Fakulti Kajian Asia Tenggara, Universiti Johns Hopkins di Washington DC, Bridget Welsh meramalkan Pakatan Rakyat akan menang di dua pilihan raya kecil, Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah.

Yang ingin saya tekankan ialah Universiti John Hopkins yang mungkin belum diketahui latar belakangnya dan juga kaitannya dengan Anwar Ibrahim. Kerana kita kena selalu sedar dan ingat kenapa bersungguh benar seorang professor dari USA memberi komen tentang peluang PAS dalam dua PRK yang bagi ramai pihak berpandangan ia sangat penting bagi melihat 'saham' Pakatan Rakyat selepas diasak ke dinding isu gambar bogel Elizabeth Wong dan juga Khalid Ibrahim.

Sebelum itu saya ingin membawakan sedikit catatan dari Malaysiakini :



Memandangkan saya sudah katakan ingin membuat artikel pendek dan ringkas maka saya sudahi artikel ini dengan beberapa rujukan penting untuk anda baca dan kaji sendiri serta nyatakan analisa anda di dalam ruang komen tanpa 'pemeriksaan polis' di bawah ini.

Salam dan jangan lupa sebar sebarkan info yang anda ketahui ini untuk agama, bangsa dan negara kita...







Jika mahu lagi jangan malas malas taip di google atau yahoo search perkataan :

 anwar ibrahim + John Hopkins + AIDC 

untuk lebih terperinci tentang isu ini...



04 Februari 2009

Tahniah semua Blogger BPN kerana Kerajaan PR Perak sudah tumpas, hadiah bermakna untuk DYMM Sultan Perak, Daulat Tuanku !!!

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama Nasarudin, Jamaluddin, Mohd Osman dan Yit Foong dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA: Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang berusia 11 bulan tumbang dengan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka menyertai Barisan Nasional (BN).

BN kini mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan di Perak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, BN Perak mempunyai bilangan majoriti ADUN untuk memerintah negeri itu.

"Tiga ADUN berkenaan memaklumkan kepada saya bahawa mereka telah menghantar surat kepada Sultan Perak bagi memaklumkan merekatelah keluar dari parti masing-masing.

"Hari ini juga ADUN Bota juga memaklumkan bahawa beliau mahu kembali bersama Umno," katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di sini hari ini.

Tiga ADUN Pakatan Rakyat bekenaan ialah Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).

Manakala ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua minggu lalu turut mengambil keputusan untuk kembali menyertai Umno dan BN.

"Mereka semua memberi mandat kepada saya untuk mencalonkan Menteri Besar baru, dan memberi akujanji akan bersama-sama dengan memberi sokongan mengenai calon Menteri Besar yang akan dicalonkan oleh BN nanti," katanya.

Najib berkata beliau akan mengadap Sultan Perak dalam tempoh terdekat.




Komen Panglima :


Ini hadiah paling bermakna selepas 11 bulan DYMM Sultan Perak menderita jiwa melihat kesengsaraan rakyat..

Ia hadiah paling bermakna selepas Perak dikuasai 'komunis moden ' yang cuba menjadikan Perak tempat mereka berkuasa menindas rakyat jelata....


Akhirnya Pakatan Rakyat telah menerima balasannya... 

Akhirnya Nizar tidak lagi menjadi MB Perak  bahkan akan diingati sebagai MB paling bongkak..

Akhirnya Boneka DAP tidak lagi membuat onar di Perak.

Akhirnya Anwar tentu sudah sedar siapa lebih bijak, dia atau Najib Tun Razak !!!!


Syabas Datuk Seri dan tahniah kepada semua 
khasnya team Blogger Pembela Negara !!!!!!!!

27 Januari 2009

MB Nizar yang pandai sudah komen isu lompat parti

MB Perak dakwa lagi ADUN BN mahu keluar parti
26/01/2009 6:13pm

IPOH 26 Jan. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mendakwa tiga lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional BN) dijangka menyertai Pakatan Rakyat.

Beliau berkata perbincangan dengan ketiga-tiga Adun terbabit sedang berlangsung dengan Pakatan Rakyat.

“Kita sedang berurusan. Perbincangan mengenainya sedang berjalan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP Perak di sini hari ini. - Bernama.

Pertama sekali saya minta maaf agak lambat mengulas isu katak ini. Ekoran bercuti dan sibuk urusan kekampungan.inipun saya curi masa sebelum bertolak pagi esok pulang ke ibukota agar isu ini dapat disentuh sebelum ia akan jadi macam nasi basi. walau sudah jam 1.30 am sekarang ini

kedua saya tersenyum membaca komen Nizar di atas. Alahai tak sampai setahun dah pandai jual beli ke?tak ubah macam berurus niaga saja diorang ni.

Perak dulu memang tempat komunis dan perjanjian damai juga di sana.Adakah saki baki penganut komunis di sana sekarang ini,wallahu a'lam.

Adakah ini strategi baru cina Dap di sana ingin mendominasi kuasa di Perak selepas selepas tidak cukup puas hati dengan MB taraf boneka dari Pas ini ?

ATAU IA SEBAGAI ANG POW RAYA KEPADA CINA DALAM ATAU LUAR PKR?

Peliknya, KENAPA IA BERLAKU SELEPAS ANWAR AZIZAH KEMBALI DARI LUAR NEGARA?

ADAKAH KERANA DANA BERADA DI SANA?

ADAKAH NILAI DEAL INI CUKUP UNTUK DINIKMATI TUJUH GENERASI SI KATAK YANG MELOMPAT?

Ura ura Adun Bota yang baru menjadi 'katak' sertai PKR bakal menjadi MB Perak tidak mustahil dan taktik memujuk personaliti yang kecewa dalam parti umno adalah taktik terkini PKR.

Ada blogger kita bagitahu punca dia keluar ekoran merasa sangat kecewa selepas kalah pemilihan jawatan parti dan kecewa tidak lagi dipilih bertanding jawatan wakil rakyat di Parlimen?

yang ralatnya ke mana mahu diletakkan muka tatkala mengambil keputusan melompat? Walhal undi majoriti yang diterima adalah dari penyokong BN pada Pru 12 sebelum ini ?

Baik kalau diletakkan jawatan dulu sebelum melompat dan. tanding semula atas nama PKR dan tunggu ketika itu sejauh mana sokongan rakyat.

baru betul tidak mengkhianati undi rakyat yang tahu BN sajalah parti benar benar berkebajikan kepada rakyat !!!

yang pandai cakap dan pandai buat..

salam perjuangan dan doakan saya selamat pulang esok.serta lancar perjalanan hingga sampai ke rumah saya di sana.

Happy Chinesse New Year to all chinesse man and women.

Cari Blog Ini

Translate