Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 Februari 2009

Ingatan untuk semua sahabat BPN - isu gambar aib anak pemimpin di blog masing masing

Komen ini saya letak di Blog Angin Perubahan.. Tentang gambar anak Anwar yang disiarkan oleh blogger tersebut. Gambar tersebut juga ada dimuat di blog lain seperti brokenthecode. Ia rentetan isu anak Najib, Nazri Aziz sebelum ini yang turut disiar oleh kebanyakan blog pembangkang seperti



Saya berkesempatan memberi sedikit pandangan dan semoga ia memberi kebaikan kepada diri saya dan juga sahabat sahabat BPN semua.

Ia bagi menyeru kepada semua agar tidak lagi memaparkan mana mana gambar berkenaan anak pemimpin dari BN baik atau PR. Supaya keluarga tidak dijadikan sasaran perang siber kita sedangkan mereka tidak berdosa dan tidak terlibat dengan sengketa politik kita ini..

Ini dia komen saya :


Saya tidak menyangka isu ini menarik perhatian termasuk faisal tehrani sendiri..

Saya tahu kita bebas membuat apa sahaja di blog kita demi menunjukkan kebencian terhadap seseorang.

Namun bagi saya tidak wajar kita menjadikan isu gambar anak mana mana pemimpin samada Najib, Muhyidin, Hishamudin termasuk Anwar sebagai bahan posting di blog kita.

Tetapi siapa yang bercakap nada begini ( menentang ) ketika gambar anak Najib Hisamudin Nazri Aziz disebarkan di internet ?

Siapa ada angkat tangan ???

Saya sungguh tidak sangka kita tidak adil rupanya. Jika anak pemimpin BN disebar dan diaibkan nampaknya orang orang PAS dan PKR biarkan saja berleluasa dan duduk diam diam..

Tetapi sekali kena kepala pemimpin Pakatan Rakyat kita lihat mereka yang duduk diam sebelum ini mula bising dan tidak membiarkan ia begitu sahaja.

Tidak kepada anak pemimpin BN atau PR, mereka semua perlu dipencil dari dilibatkan dalam perang politik siber ini. 

Perkara ini pernah saya timbulkan ketika isu gambar anak Nazri Aziz dan sekali lagi saya ulangi di sini bagi renungan penyokong BN atau PR.

Mari kita muhasabah dan jangan kita lupa ada juga dosa dengan manusia yang memerlukan kita memohon maaf dengan mereka di akhirat nanti..

Jika kita membuka aib diri mereka lebih lebih lagi di alam siber yang maha luas capaiannya ini..Maka tentu susah meminta maaf kembali.

Moga kita semua dapat sedar dan insaf serta bertaubat kepadaNya.

Tidak kira PAS PKR atau UMNO sendiri jika terlanjur..

Orang Beriman akan segera beristigfar jika ada kesalahan dilakukan.

Sesiapa pernah siarkan gambar aibkan anak mana mana pemimpin patut memohon maaf secara terbuka di blog mana mereka lakukannya..

Saya berharap perbuatan ini akan dihentikan dengan segera.

Binalah suasana berpolitik yang benar benar sihat tanpa dilibatkan sekali mana mana ahli keluarga pemimpin yang tidak berdosa dan tidak menjadi lawan politik kita.

Peringatan ini juga untuk saya. 

Salam perjuangan.

22 ulasan:

Mr Joker berkata...

Salam PPC...

cadangan dan nasihat yang baik...

biarkan orang politik sahaja menjadi bahan serangan, tapi jangan mengheret orang lain bersama...

saya bersetuju dengan saranan PPC.

Pemuda UMNO Permatang Pauh berkata...

Setuju. Berpolitik biarlah cara bijaksana dan berhikmah. Kedua-dua pihak peyokong BN dan PR tidak boleh terlalu emosional.

www.permatangpauh2u.com

kingpahat berkata...

Pandai makan padai simpan. KANTOI WAT JAHAT jawab sendiri laaaa.

Jeepers Creepers berkata...

syabas tuan panglima. sejak dahulu saya sokong syor ini. Hidup Panglima Siber! Hidup Panglima Siber! Hidup Panglima Siber!

Tanpa Nama berkata...

bagus bpn dapat membuat saranan baik begini.

tokwan setuju.

lagi satu jangan kita biarkan gambar pemimpin Malaysia dihina sewenag wenangnya.

siapa jadi pm kena dihormati semua rakyat malaysia dan jangan dihina sesuka hati.

Yang Bemar

tokwan

Tanpa Nama berkata...

bagus bpn dapat membuat saranan baik begini.

tokwan setuju.

lagi satu jangan kita biarkan gambar pemimpin Malaysia dihina sewenag wenangnya.

siapa jadi pm kena dihormati semua rakyat malaysia dan jangan dihina sesuka hati.

Yang Bemar

tokwan

taipingmali berkata...

Betul tu..kita kena berkecuali bab tu. budak2 tau apa...depa nak seronok saja..

Tai berkata...

Ha, betoilah tu encik. Kita nak serang ni, jangan babitkan anak-anak depalah. Ni leceh. Anak-anak ni, tak tau apa pun.

sumandak bayu berkata...

Salam Pang5

Man setuju benar dengan saranan Pang5 dalam perang pun kita akan kecualikan kaum Ibu, orang tua dan anak2 kecil...

'Perang Politik' pun tak terkecuali sanggup kah kita melihat keaiban orang untuk kita capai matlamat diri....

Tanpa Nama berkata...

Salam panglima..

Saya menyokong penuh..

ABANGTUAH... http://abangtuah.blogspot.com

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

mana ada manusia sempurna

gotahlantun berkata...

SALAM,

EDEN STUJU DENGAN SARANAN PANG5 DALAM HAL NI..
DAN EDEN NAK BAGI SEDIKIT INGATAN PADA YANG BERKENAAN LA..
TERUTAMA ORANG2 TERDEKAT DENGAN AHLI POLITIK TERNAMA TANAHAIR..

JAGALAH TINGKAH LAKU,PERANGAI DAN APA SAHAJA PERKARA YANG BOLIH MENJURUS PADA KEROSAKAN DIRI, KELUARGA DAN AGAMA.
KITA NI MENJADI PERHATIAN SEMUA.
DAN JANGAN NANTI KITA SALAHKAN ORANG LAIN ,SEDANGKAN KESALAHAN YANG SENDIRI LAKUKAN.

gotahlantun berkata...

P A P A R A Z Z I ....

ADA DISEKELILING ANDA !!

Generasi Pejuang Bangsa berkata...

saya sokong tak perlu libatkan anak2 dalam hal ini ..actually saya pernah sembang dan bergambar dgn Ihsan ini dulu masa saya pergi beraya di rumah anwar di cherok tok kun .dia ok ,baik dan ramah ..

saya pernah sembang dgn geng PR ,ihsan ini sbnarnya tidak minat politik spt bapanya dan dia tidak patut kita libatkan dlm hal ini.

biar la depa nak masuk gambar anak nazri ke yg terbukti pun mmg kaki clubbing dan ppuan .. memang anak menteri semua mcm tu ..

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dengan komen sahabat diatas.

moga penyebaran gambar tersebut akan berhenti segera dengan izin Allah.

kita x bleh libatkan org x bersalah dlm hal ini.

Ali Abdullah berkata...

salam panglima,

Kawan setuju. Tidak wajar kita meletakkan gambar aib orang lain serta keluarga mereka demi keuntungan politik dan kepuasan hati kita. Harus dihentikan tanpa memikirkan perbezaan ideologi politik.

Kawan juga bersetuju ahli BPN yang lain disarankan membuang sebarang gambar aib anggota keluarga ahli PR (jika ada)yang tiada kena mengena dengan arena politik dan meminta maaf secara terbuka kepda semua bloggers samada pihak pro-kerajaan ataupun pro-pr. Dengan ini, kita harap dapat meneruskan perjuangan dengan lebih baik dan bersaing secara sihat.

Tanpa Nama berkata...

THE DAY NAJIB KILLED ZAKARIA DEROS

1.On March 8th 2008, Malaysia’s opposition parties had won unexpected victories in the states of Kedah, Penang, Perak, Selangor and PAS maintained Kelantan

2.The BN was in serious trouble and could not believe that the economic powerhouses of Penang and especially Selangor had fallen.

3.Zakaria Deros, the assemblyman who was largely faulted for Selangor’s fall together with Khir Toyo was informed of an emergency UMNO meeting on the night of March 10th 2008 at Najib’s house.

4.However on arrival, Zakaria was surprised to see that there was no one there except for him, Najib and his bodyguards. “Where are the rest?” Zakaria asked. “This is a confidential meeting between the both of us only” Najib replied

5.Najib, then Defence Minister, came straight to the point. Remember 13th May 1969, the incident that my father was involved in? I want you to start a similar incident in Klang. I will call in the army and impose emergency rule afterwards. If you agree, you will be rewarded amply; otherwise you will pay heavily for your corrupt deeds and for the fall of Selangor.

6.Zakaria in his loud and gruff voice not only made it clear that he will not be a party to a riot in Klang but also barked at Najib that he knows well that Rosmah pulled the trigger to kill Altantunya and Najib Oked the C4 of the body.

7.Zakaria further screamed at Najib that he will expose this to the public.

8.The enraged Najib instructed his bodyguards who set upon Zakaria and beat him up till he became unconscious eventually suffocating him by strangling and killing him.

9.The well oiled team covered up the entire incident as Zakaria having a heart attack at just after midnight March 11th 2008.

10.His body was quickly brought back to his mansion in Klang, and sent off for burial in Malacca by late morning March 11th 2008.

11.Corrupted to the core though Zakaria was, he saved the people of Klang from falling for Najib’s evil calling although his sons did try to start an incident unsuccessfully in Telok Gong. Zakaria however paid a heavy price. His own death. If his body was excavated, apart from the strangulation, the injuries include multiple rib fractures, punctured lung and a possible a liver tear.

12.The depth of cruelty and evil that both Najib and Rosmah bear is unknown to many Malaysians. The country is really entering a very dangerous period of its history. UMNO’s culture since Razak, has been that the end justifies the means. Malaysians will now have to decide how bloody this end is going to be.

Look here : https://mt.m2day.org/2008/content/view/17456/84/

sahabat gunung berkata...

Saya sokong. Anak-anak tu tidak bersalah di atas apa yang bapa/emak mereka buat.

Mari kita berpolitik dan berjuang dengan cara yang matang.

Tuan Panglima, camna saya nak join BPN? www.sahabatgunung9506.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Nak setuju ke idak. Cuma ayat mereka tidak berdosa tu yang kompius. Sebab tak berdosa ke anak najib dengan nazri tu buat lagu tu. Aku tgk gambar anak anwar tu, ok je.

Atau strategi agar lain kali kalau kita dpt lagi gambar anak pemimpin umno yang teruk kelakuan agar tidak tersiar dalam blog. Maaflah, sebab kalau nak banding anak pemimpin ni, ramai anak pemimpin umno yang terover sosial berbanding anak pemimpin PR.

Cadangan yang lebih baik dilontarkan oleh BPN ialah :-

- semua blogger tak kira menyokong mana2 parti agar menulis dengan BERLANDASKAN FAKTA. (Anwar meliwat merupakan tuduhan yang belum dibuktikan-adalah tidak wajar mengaibkan dengan panggilan yang jelek). Najib yang digelar altantuya juga harus dihindari dan Najib dan Rosmah sepatutnya sebagai orang Islam mempertahankan Maruah mereka dengan membuat laporan Polis dan membawa kes ini ke Mahkamah (laporan bersumpah RPK), sebagaimana Anwar membawa kes tuduhan liwat ke Mahkamah Syariah.

- Menasihatkan penulis yang menyokong PR dan BN terutamanya BNM dan BPN agar menggunakan bahasa, ayat atau perkataan yang melambangkan anda seorang yang beragama Islam dan Berbangsa Melayu seperti yang dibangga2kan.

- Berani menegur pemimpin Idola/ Parti yang disokong demi untuk kebaikan mereka, Parti dan yang paling utama RAKYAT MALAYSIA.

- Mencontohi etika penulisan blogger politik yang professional seperti MSO, A.Kadir, Nobisha, Penarekbeca, MatSamanKati, topeng perak dan lain-lain. Mereka mempunyai ideologi serta cenderung ke arah parti-parti tertentu, tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak teragak2 untuk mendedahkan keburukan perangai atau kelemahan barisan pimpinan PR dan BN. Inilah yang dinamakan sokongan yang sebenar, bukan sokongan membawa rebah.

Panglima Perang Cyber berkata...

Azli : maksud saya dosa politik mereka dengan kita.

Bab tidak mengikut syarak tu memang tak dinafikan...yang salah tetap salah walau anak siapa pun mereka.

cuma samada ia terdedah atau tidak itu saja..

jadi harapan saya kita tidak lagi menyerang peribadi keluarga mereka.

Kerana rakyat SEBENARNYA ingin mengetahui apakah huraian berdasarkan fakta yang ditulis oleh kita semua..

bukan cerita tak berkaitan seperti gosip dan juga gambar.

sekian..

cadangan Azli 80 peratus saya sokong..

walau saya agak kecewa permulaan komen olah olah menganggap seruan saya tersebut tidak ikhlas dan bertujuan melindungi pemimpin tertentu.

salam dan moga Azli tidak serik lagi memberikan idea bernas beliau di sini.

Kita mahu kawan, tak mahu lawan !

Unknown berkata...

Saya setuju pendapat Pang5. Kita mesti ada etika penulisan, berfakta dan tidak emosional. Teruskan perjuangan dengan BPN!!!

Unknown berkata...

Begitulah lumrah manusia diakhir zaman.Pentingkan diri sendiri dari menolong saudaranya seagama.Ingatlah di PADANG MAHSYAR nanti bangsa,rupa,pangkat dan darjat tiada bezanya.

Cari Blog Ini

Translate