Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Januari 2009

Cubaan memburukkan nama Ketua Polis Negara oleh pembangkang di Harakahdaily dan YahooGroups Perisik Rakyat !!




Saya tidak bercadang menyentuh lagi isu polis ini. Kerana saya tidak mahu ia menampakkan saya beria ia membela polis.

Saya juga tidak mahu mengkritik lagi sesiapa sahaja tetapi apakan daya saya kena membela yang benar dan melawan yang salah.

Pertama lihat gambar ini :



Anda dapat lihat berita untuk burukkan nama polis termasuk Ketua Polis Negara kerana melanggar anak saudara Presiden PAS di Yahoo Groups Perisik Rakyat... Medium yang disalah guna bukan menyedarkan umat nasib mereka di bumi Malaysia yang semakin terhakis tetapi disalah guna untuk memburukkan penguatkuasa undang undang di negara kita.


Seterusnya lihat gambar kedua ini dari HarakahDaily :




Memang dasar pembangkang sama sahaja samada PAS atau Hindraf atau PKR atau DAP....Mereka semacam fobia dengan polis walhal polis tidak pernah menjadikan mana mana individu yang patuh undang undang sebagai sasaran atau tahanan mereka.

Kepentingan negara melebihi dari kepentingan peribadi mereka. 

Polis tetap tidak akan berkompromi dan semestinya Polis akan terus membela kedaulatan undang undang dan menangkap pengkhianat negara yang cuba melanggar undang undang atau menghasut rakyat ke arah yang sama dengannya.

Cuma satu saja yang saya boleh puji mereka, iaitu TranungKite yang telah memberi sedikit promosi percuma untuk blogger pembela negara.

Bab baik ni saya kena puji juga. Sebab kita jadi terkenal dengan sokongan dari depa juga.

Siapa mahu tengok boleh klik di sini !!!!


13 ulasan:

Ezad berkata...

depa ni semua penipu.
ingat lagi akhbar keadilan, kata KPN dah lumpuh?

tak tau la pulak kalau rakyat masih nak percaya berita dari depa tu semua

pembunuhiblis berkata...

Salam panglima,

Apabila membaca berita kemalangan tu, saya anggap sebagai berita biasa di musim cuti perayaan ni. Ada Melayu langgar Melayu, ada Cina langgar Cina, ada Melayu langgar Cina, ada Cina langgar India dll. Biasalah musim perayaan, musim kemalangan.

Sebab itu bila baca semua berita kemalangan-kemalangan yang ada setiap hari tu saya tak rasa apa-apa, tak rasa marah. Berita anak prsiden PAS terlibat kemalangan pun tak sepatutnya mengundang rasa marah. Apa nak buat, ajal maut di tangan Allah, kenapa marah? Bila kita marah, seolah-olah kita marah kepada ketentuan Allah.

Jadi saya pun naik hairan mengapa panglima tiba-tiba marah melihat berita anak saudara TG Haji Hadi maut dalam kemalangan? Saya pun tak dengar lagi TG marah kerana kemalangan itu. Mungkin dia pun seperti saya menganggap itu semua takdir Illahi, tak patut marah kepada sesiapa.

Tapi panglima ternyata marah, macam marahnya panglima Melaka bila kalah dgn Portugis pada 1511 dahulu. Mengapa perlu marah? Walaupun mungkin Allayarham mungkin saudara mara panglima, tidakkah boleh terima kenyataan itu adalah ketentuan Allah?

Jika esok keluar pula berita dlm Berita Hairan anak saudara Presiden UMNO dilanggar oleh trak tentera yang dipandu oleh saudara-mara Presiden Pas, kepada siapa panglima nak marah? Marah kepada anak saudara presiden PAS pula ke? Hari ini panglima marah kerana anak saudara presiden PAS dilanggar, esok pula marah kerana saudara-mara presiden Pas melanggar.

Pening kepala saya jika pikir kes marah-marah ni!

Mengenai siapa salah, siapa tak salah dalam kes langgar-langgar itu biarlah polis yang siasat. Panglima duduk-duduk di rumah sajalah. Janganlah marah, nanti lekas tua!!

Cheguman berkata...

cerita dusta diulang-ulang, orang akan percaya. Itulah taktik PKR dari dulu. PAS ikut saja, tumpang rezeki.

Moshe berkata...

Rakyat melayu ni ramai yg bodoh, mudah percaya kepada sesuatu berita tanpa usul periksa, sebab itu Pas dan PKR berjaya menipu melayu dgn islam dan kesamarataan ditambah pula dgn UMNO yg korup lagilah mudah ianya melata.

Unknown berkata...

Pembangkang yang ketandusan isu. Cuba jadikan isu apa saja asalkan boleh memburukkan kerajaan BN. Pegawai kerajaan rasuah maka UMNO yang kena hentam, harga barang naik pemimpin UMNO yang kena maki, pesalah mati kerajaan BN yang dikatakan bersubahat. Inilah dasar pembangkang, sentiasa berfikir politik dalam apa jua keadaan. saya takut apa, anggota kerajaan yang pro pembangkang yang buat kerja macam itu. Mereka boleh merosakkan pentadbiran kerajaan BN jika pegawai kerajaan itu adalah penyokong parti pembangkang. Kerana mereka tahu yang akan kena adalah kerajaan BN. Cuba lu fikir boleh jadi!!!

Panglima Perang Cyber berkata...

Saya tak marah kepada kejadian langgar, saya marah kerana cubaan memburukkan polis sebagai penjaga ketenteraman awam Malaysia.

Dah namanya blogger BPN sebagai pembela negara maka tugas kami memastikan tidak ada usaha ke arah itu.

Jika tidak marah apa akan jadi ?

Negara akan hancur kerana rakyat tidak lagi menghormati pihak berkuasa negara Malaysia.

Terima kasih pembunuhiblis...

Saya memang berada di rumah..Tidak perlu lagi suruhan anda agar saya duduk di rumah.

Cuma boleh tak anda menyuruh harakahdaily jangan mencuba lagi memburukkan pihak keselamatan kita ?

Sudah boring saya melihat taktik tersebut dan tak sangka PAS pun terikut ikut gaya PKR yang memang anti dengan polis sama dengan DAP.

Persepsi negatif ini akan kami pastikan tidak akan wujud lagi di media alternatif internet demi kestabilan umat manusia yang bernaung di negara kita bernama Malaysia...

Waima Melayu Cina India dan semua suku bangsa perlu berterima kasih dan mengingati jasa polis yang bekerja keras mengawal keamanan kehidupan kita...

Jeepers Creepers berkata...

macam macam hal sekarang. ajal maut ditangan tuhan. apa masalahnya?

bukan aku nak hina polis tapi kadang kadang ada kes yang pegawai mereka terlepas pandang. ada polis yang makan suap. memang jumlah yang diterima tidak besar. kadang2 hanya rm5o.oo tapi perbuatan itu tetap salah.

kantoi lesen ley kowtim. bayar rm3o.oo ley lepas. Kes semacam ini memang ada tetapi bukanlah dikira serius.

namun kalau pihak polis tak bertindak tegas didalam hal ini, dikhuatiri kudis akan menjadi barah.

disebabkan kes seperti inilah, pembangkang mendapat modal untuk menjatuhkan maruah polis dan akhirnya rakyat tidak berasa hormat lagi kepada polis.

diharap pihak atasan dapat memantau masalah ini.

GAP KEMBALI berkata...

ha panas betul mereka sejak kebelakangan ini...BPN satu kumpulan melayu independent yang sedang di awasi..

pang5 perang cyber n BPN
jangan toleh belakang..kita serang mereka habis-habisan.

Tai berkata...

Encik Gap, mau kena sound kah? BPN ada jugak yang bukan melayu encik. Hahaha. ha, ada fahamkah? hahaha.

Alahai, pembangkang, cakap saja pandai. kalau depa yang perintah, silap haribulan, lagi teruk jadinya. Kutuk polis macam-macam.

Panglima Perang Cyber berkata...

Lama tak dengar komen GAP hehe..

sedingin salju, anda tetap penyokong setia bpn dari awal lagi.

walau tidak berbangsa melayu.bahkan cina buta pulak tu.

melayu harus malu dengan sedingin salju..

dia cina buta tetapi sokong hak istimewa melayu..

kenapa ?

kerana dia tak buta hati.

terima kasih komen sahabat semua..

Ali Abdullah berkata...

salam,

sebenarnya perlakuan buruk individu dalam institusi kepolisan negara disebabkan masalah sikap, masalah disiplin yang tiada kena mengena dengan prinsip-prinsip PDRM.

Malangnya, sesetengah golongan begitu benci kepada PDRM sehingga mereka dihina dan dicaci sedemikian rupa. Siapa lagi tanpa mereka ini kita hendak harapkan pengadilan, penguatkuasa undang-undang dan penjaga ketenteraman negara?

Mungkin golongan seperti Hindraf ini lebih suka jika rakyat boleh membuat undang-undang sendiri dan menghukum sesiapa sahaja mengikut pertimbangan sendiri. Itukah yang lebih adil?

PAPA GOMO berkata...

POLIS SEDIA BERKHIDMAT KERANA NEGERI DAN RAKYAT....

RAKYAT???

qwerty berkata...

gua cukup tak faham.. ada mamat tu kata kalau ada salah,, boleh sattle dgn polis..
lepas tu kata polis jahat.

lain kali kalau buat salah jangan sattle dengan polis,.. suruhlah polis tu saman ke.. tangkaplah aku kee.. apsal duit kau...kau bagi kat polis settle kan kes.. kau kata polis jahat... kau yang bagi duit tu,, kau yang bapakiblis..

Cari Blog Ini

Translate