Beliau orang yang dipopularkan Anwar Ibrahim isu Altantunya selepas Anwar habis modal menyerang DS Najib sebagai bakal PM tidak lama lagi.
Kali ini sebuah tabloid Perancis, Liberation membuat pendedahan 'terperinci' kononnya mengenai saat-saat Altantuya dibunuh. Akhbar itu juga mendakwa Najib bersama-sama orang kepercayaannya, Abdul Razak Baginda pernah bertemu Altantuya di sebuah kelab malam di Paris pada tahun 2005.
Najib sebelum ini pernah berkali-kali menafikan mengenali Altantuya.
Apa yang disiarkan oleh Liberation itu adalah berdasarkan laporan wartawannya, yang berpangkalan di Bangkok, Arnaud Dubus.
Dubus mendakwa ceritanya mengenai saat-saat terakhir kematian Altantuya itu berdasarkan dokumen yang diperolehi daripada polis Malaysia.
Antara tulisan yang menarik hati saya ialah seperti mana yang Blogger Depa Kata tulis :
Kali ini sebuah tabloid Perancis, Liberation membuat pendedahan 'terperinci' kononnya mengenai saat-saat Altantuya dibunuh. Akhbar itu juga mendakwa Najib bersama-sama orang kepercayaannya, Abdul Razak Baginda pernah bertemu Altantuya di sebuah kelab malam di Paris pada tahun 2005.
Najib sebelum ini pernah berkali-kali menafikan mengenali Altantuya.
Apa yang disiarkan oleh Liberation itu adalah berdasarkan laporan wartawannya, yang berpangkalan di Bangkok, Arnaud Dubus.
Dubus mendakwa ceritanya mengenai saat-saat terakhir kematian Altantuya itu berdasarkan dokumen yang diperolehi daripada polis Malaysia.
Lagi menarik sila lihat Facebook Dubus ada di sini http://www.facebook.com/people/Arnaud-Dubus/758186097
Peminat Anwar rupanya si Dubus ni. Imej di bawah hasil print screen yang saya sempat buat.
Sebenarnya artikel ini patut diterbitkan pagi tadi tetapi kerana ada sesuatu berlaku maka ia terpaksa dipost selepas jam 5 pagi kerana keletihan sehari suntuk bermusafir dari ibukota ke negeri asal saya Cik Siti Wan Kembang.
Selanjutnya Sahabat BPN Blogger Parpu Kari turut menambah :
Menurut sahabat itu lagi, berita tersebut memang dirancang dengan teliti. Penggerak di belakang tabir ialah John Soh Chee Wen dan beberapa rencana lain juga telah dirancangbertujuan untuk menggemparkan rakyat negara ini menjelang Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
Apa motifnya pendedahan palsu ini dibuat ?
Tidak lain demi menghalang peralihan kuasa berlaku secara aman.
Macam macam usaha Anwar mahu sekat DS Najib kali ni. Tetapi ia pasti akan gagal kerana orang terbaik pasti akan menjadi bakal PM Malaysia untuk kesejahteraan kita semua.
Lagi menarik tentang bab ini anda boleh baca artikel lengkap di blog yang saya sempat jumpa di bawah ini :
Moga kita tidak akan mudah terpedaya dengan trick licik mereka yang cuba memburukkan bakal PM kita tidak lama lagi.
Salam perjuangan
2 ulasan:
Yang jahat, pasti kecundang.
ye benar Salju... Dah terdedah rupa sebenar diorang..
Catat Ulasan