Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Mac 2009

Edisi Pagi Jumaat : Sajak menjelang 12 Rabiul Awal - Marhaban Nabi Al Mustofa !




Marhaban Ya Mustofa !!!


Detik kelahiranmu akan berulang beberapa hari lagi
Berulang pada tarikh, tidak pada sejarah yang pernah Kau lakarkan
Biasa saja tanpa ada makna seperti makna yang kau tanamkan dalam diri sahabat
kerana hati manusia ditimpa Al Wahan ; cinta dunia,takut berpindah ke alam akhirat
hingga mereka teramat suka akan perpecahan dari perpaduan



Ya Rasulallah !

Sunnah dihina oleh pemakainya di akhir zaman
Memperdaya manusia dengan Sunnah yang Kau tinggalkan
Mendakwa pewaris yang berkat lagi bersih
Sedangkan lidah mereka sebenarnya penuh dusta dan fitnah



Ya Nabi Allah !

Menjelang detik kelahiranmu 12 Rabiul Awal akan datang
Kami memohon restu agar mereka tersebut diberi hidayah dan peluang
Mendapat jalan yang benar dan terang
Membela agama dan memupuk perpaduan.



http://www.oceaneering.com/uploadedImages/Locations/Malaysia_KualaLumpur%20copy.jpg


Biarlah Madinah kedua akan berulang
di bumi Malaysia yang tercinta lagi tersayang
menjadi paksi keamanan kali kedua untuk menguasai 2/3 dunia
untuk kesejahteraan semua manusia berbilang bangsa.


Tambahkan hati kami Ya Allah di hari menjelang kelahiran Baginda
Untuk lebih kasih dan cinta pada diri Nabi Rahmat dan Berkat
Saidina Wa Maulana Muhammad s.a.w
Agar kami diredhai dan disyafaatkan di hari akhirat


Amin Amin Amin....Ya Rabbal Alamin




Nukilan :

Panglima Perang Cyber
9 Rabiul Awal 1430 / 6 Mac 2009


3 ulasan:

Tai berkata...

Ibu nabi bernama Aminah kalau tak salah. Bapanya Abdullah. Seasa nabi dilahirkan, ada cahaya yang menyambutnya. Nabi sejak kecik tak dapat melihat ayahnya kerana ayahnya telah meninggal. Dah tak ingat ibunya meninggal ketika umur nabi berapa. nabi dijaga oleh bapa saudara Abdul Mutalib. Abu Jahal dan Abu Lahab adalah bapa saudaranya juga tapi, mereka penentang kuat kepada Nabi yang ketika itu sedang mengembangkan syiar islam. Ujian terhebat yang nabi alami ialah di mana, tuhan telah mengambil kembali nyawa bapa saudaranya Abdul Mutalib. Dan, apabila Abdul mutalib telah tiada, maka bermulalah penentangan terang-terangan oleh musuh-musuh islam. Sifat nabi amat terpuji.

Panglima Perang Cyber berkata...

Pandai juga ye ko ni...hehe

Tai berkata...

Encik, kalau tak pandai, kena belajar. Nak tau tentang sesuatu agama, belajar. Sebab itu, Allah itu bukan hak bukan islam macam aku. Allah, hak eksklusif orang islam.

Cari Blog Ini

Translate