Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Mac 2009

Edisi Petang : Masa Kini dan Masa Lampau, yang mana lebih derhaka kepada Raja ? -Malaysiakini



Edisi pagi menerima komen yang berulang ulang tentang kisah penderhakaan UMNO kepada Raja... Jawapan yang sama cuma bentuk berbeza. Mereka hanya menukar bahasa tetapi mengekalkan lagunya dengan matlamat yang sama agar Raja tidak terlalu mulia di mata mata kita. Kerana Raja sekarang sudah tidak memenuhi hasrat mereka.

Komen saya maksudkan tersebut bolehlah anda baca artikel edisi pagi tadi di sini ...Malas saya nak kutip satu persatu komen mereka untuk dipaparkan di sini. Kerana semua berbaur emosi yang melampau batas dan penuh kebencian tanpa ada keseimbangan antara emosi dan intelektual. Buang masa saja membacanya. Lama lama boleh buta mata hati.

Lalu saya ada respon sedikit komen mereka mengikut kadar akal yang mampu saya ulas jauh sekali begitu bernas ( baca : jenama beras ) seperti tulisan copy paste yang mereka garapkan.. Semuanya agar mereka dapat memikirkannya setakat mana mereka dapat menerima jawapan balas saya atas komen mereka lontarkan di sini.

Anyway, komen semakin panas semakin baik untuk saya. Lagi meriah dunia siber jika kita saling berhujah dengan baik dan sihat walau ada suhu yang meningkat membaca komen yang disiarkan kerena pedas bak cili padi. Atau terlalu mengutuk hingga menyentuh peribadi.. Tetapi ia asam garam dalam berjuang dan saya tidak kisah sikit pun dan telah memaafkan mereka demi Allah.


Mereka kata tulisan saya macam kebudak budakan. taraf tadika tetapi diorang jawab panjang lebar juga. Kalau tak ada apa apa maka tidak perlulah dijawab dengan bersungguh sungguh oleh pihak sebelah sana. Yang peliknya, hingga sekarang mereka tidak jemu2 mengulang cerita tentang kisah silam yang terjadi demi mengatakan UMNO yang terlebih dahulu menderhaka kepada Sultan.  



PAS ketika itu masih lagi baru meniti politik tanah air berbanding UMNO yang memegang tampuk kuasa sejak awal merdeka. Itu kisah lampau dan cuba diulang kembali untuk kepentingan politik mereka hari ini. Sedangkan kita masih belum lupa kisah terbaru penderhakaan Karpal Singh hingga kata Singh is King, Nizar yang masih enggan meletak jawatan, Sivakumar yang menggantung MB dilantik Sultan dan seluruh penyokong yang mengkutuk Sultan di blog blog atau berbaring di tengah jalan menghalang kenderaan Sultan !!!  


Antara dua masa iaitu masa kini dan masa silam, yang mana satu lebih relevan untuk dijadikan bukti atau hujjah ? Adakah kisah silam Saidina Umar itu diangkat dan dinilai Allah atau ketika dia sudah memeluk Islam hingga menjadi khalifah kedua terawal dan terhebat dalam sejarah agama kita ? Jika dulu memang pernah ada orang berselisih faham dengan Raja dari kalangan UMNO, soalnya adakah ia masih ada hingga sekarang ?  



Jika dulu Raja pernah diceritakan memukul rakyat, adakah ia berterusan hingga sekarang ? Berapa ramai sudah mati dizalimi Raja ? Bukankah kisah terpencil itu tidak wajar diperbesarkan hingga menghilangkan hormat kita kepada Sultan ?  



Selagi hati hati masih rasa diri macam malaikat maka selagi itulah tidak ada guna seribu hujjah kita hasilkan untuk menyanggah pendapat mereka. Kerana " Allah telah menutup hati hati mereka dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka " Wallahu A'lam.





Lihat gambar di atas. Golongan tidak berhak menjadi rakyat Raja kita kerana mereka bukan rakyat Raja yang tahu menghormati Raja kita.

Perjuangan menghapuskan Raja / Ulil Amri adalah perjuangan PR yang terang terangan
tidak menghormati Raja Penjaga Agama Islam Bangsa Melayu di negara kita. 

PAS pun turut sama dengan perjuangan mereka kerana 'terikut ikut' perangai kawan politik yang mereka bersahabat dan berpeluk cium sekarang. Sayang seribu kali sayang, nama je Islam.

13 ulasan:

pembunuhiblis berkata...

Saya tak ingin bercakap tentang politik. Kalau saya bercakap pasal politik, saya tentu akan berkata: apa yg BN buat dan PR buat hari ini tentang Raja sama aje, 2x5, 5x2.

Jom relax sekejap bicara tentang politik yg tak sudah-sudah tu.

Hari ini jom kita cakap mengenai patriotisme. Patriotisme perlu dikongsi bersama, tak kira mereka org BN (seperti bloggers BPN) atau org PR atau org PAP (Parti Atas Pagar) seperti saya.

Ada satu blog bernama "Pasukan Anti-Malingsia" yang seperti dimiliki oleh warga Indonesia di mana artikelnya hari-hari sarat dengan penghinaan terhadap negara kita. Hari-hari blog itu kutuk Malaysia!! Saya tidak kisah jika ada warga Malaysia mengkritik BN dan PR, tapi jika ada orang luar negara yg mengkritik negara ini; saya sangat tersinggung!

Blog itu menghina Malaysia dgn memanggil negara ini "Malingsia", maksudnya negara pencuri. Semua identiti kita ditertawakannya sebagai barangan plagiat: jalur gemilang dikatakan plagiat bendera Amerika, bendera Umno dikatakan plagiat bendera Indonesia, menara Petronas dikatakan plagiat candi Prambanan di Indonesia, dll. Bukan itu saja banyak lagi artikel mengenai makanan Malaysia, kebudayan Malaysia dll habis diperlekehkannya. Semua artikel yg tersiar di dalamnya tiada cerita lain selain dari memburukkan Malaysia.

Jika panglima dan ahli BPN lain ingin menziarahi blog anti-Malaysia itu, sila lawati:

http://id-top.blogspot.com/

Saya panjangkan perkara ini kpd BPN kerana nama blog ini pun 'Pembela Negara'. Bagi saya sebagai blog yang membela negara, inilah peluang terbaik untuk panglima dan blogger BPN untuk membuktikan patriotisme anda. Sekurang-kurangnya ia lebih baik dari membela sesuatu parti dalam negara ini yang diragui kesempurnaannya.

Terpulanglah bagaimana panglima dan blogger BPN hendak menghadapi blog anti-Malaysia itu. Hendak serang, hendak mengamuk, hendak apa-apa, terserah kepada kebijaksanaan masing-masing.

Selamat berziarah dan selamat mempertahankan negara!!

Panglima Perang Cyber berkata...

Terima kasih banyak2 dan kami akan sebarkan dan buat sesuatu untuk membela nasib negara kita.

Tq bro !!!!

Tanpa Nama berkata...

tq bro pembunuhiblis

menyirap darah aku tgk blog "Malingsia" tu.

Celaka!

Unsur ancaman seperti ini perlu kita bersatu untuk menentang tak kira kita menyokong parti mana sekalipun.

MOHD FUAD YAHAYA berkata...

panas badan gue baca itu blog.
memang kurang ajer..
diaorg tak tahu ka rakyat indonesia di sini lah yang paling ramai bermasalah..sudah lah jadi penjenayah..berlagak pulak guna ilmu syirik dengan memakai tangkal kononnya boleh kebal..
Allah SWT Maha Kuasa..Pasti Kemenangan Milik Pihak yang BENAR!

Ikhlas,

parimbunis.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Macam nielah panglima.....saya perbetulkan....memang perlu dikomen dengan panjang...kerana kebebalan serta semangat assabiah kepartian panglima yang sangat menebal.....jadi macam mana pun memang penulisan panglima akan mengundang komentar yang panjang lebar....sepatutnya sejarah penderhakaan itu diikutu dengan rasa insaf serta meminta maaf secara rasmi,terbuka serta berlapang dada...ini tidak kenapa nak bandingkan dengan pihak pakatan rakyat jika mereka sudah menderhaka...kenapa pihak BPN seperti panglima nak melatah....sepatutnya sejarah dijadikan teladan....bukan dijadikan provokasi untuk mempertahankan kuasa semata-mata( ingat semat-mata.

siapa kata pas masih mentah ketika itu...begitu banyak fakta sejarah melupakan atau kurang lengkap tentang perjuangan seperti parti hisbul muslimin..langsung tiada...cuba cari di dalam buku sejarah....nampaknya sekali lagi panglimalah sebenarnya teperangkap dengan emosi serta semangat assibiah kepartian yang melampau....kalau tidak merujuk kepada sejarah bagaimana kita ingin mengetahui kebenarannya...kata lah apa saja memang nyata UMNOlah yang menghapuskan kuasa raja teutama melalui pindaan perlembagaan 1993...kenapa tidak menerima hakikat serta dengan lapang hati serta terbuka jika sebagai seorang blogger berkaliber...sebab itulah terdapat komentor yang menyatakan panglima ini ideanya seperti budak-budak yang tidak stabil emosinya.

Melibat gambar pemimpin DAP...sudah habis fikirkah?....kenapa mereka biadap dengan sultan dan raja Melayu?...sekali lagi sejarah menjadi saksi...tahun 1993..Utusan Melayu dan TV3 setiap hari menghina raja dan sultan melayu...(setiap hari!)siapa? Pemimpin UMNO...siapa? pengikut UMNO...dimana panglima waktu itu?...baiklah kita lihat terhampir...penyokong Idris Jusoh di Trengganu membawa sepanduk menghina sultan dengan perkataan binatang...kenapa tiada bantahan dari umno..bantahan dari BPN...masa itu baru belajar nak buat blog...jadi siapa yang buat report polis tentang itu..UMNO? tiada langsung!Pas membuat report polis...tapi sampai sekarang geng umno yang membuat demontrasi serta membawa sepanduk itu belum didakwa atau ditemui...apakah jika bangsa cina dan India melihat bangsa Melayu menghina raja sendiri....mereka akan bersimpati?...UMNO sesama sendiri pun main tikam menikam....takkan tak biasa jadi perwakilan kut.....tak payah banyak cerita..panglima sendiri pun tahu tentangnya....Baiklah jika dap tidak layak menjadi rakyat...kenapa prinsip jus soli dipersetujui oleh umno? kenapa?Kenapa DEB gagal? Salah PAS? DAP? PKR?...siapa perintah negara waktu itu?...siapa ubah persempadanan semula kawasan parlimen majoriti melayu? siapa pecahkan kawasan majoriti melayu? siap dibahagikan dengan majoriti Cina dan India?? akhirnya calon India dan Cina sebagai calon ahli parlimen dinaikkan?Kenapa tidak sensitif dengan raja dan sultan Melayu sebagai lambang ketua negeri dan DYMM Yang Dipertuan Agong yang juga berbangsa Melayu? Maklumlah kuasa eksekutif berada pada Perdana Menteri dan barisan Kabinet Melayu..tetapi kawasan undi Melayu dipecahkan...tidak itu menghina sultan serta orang Melayu...demi kuasa umno sanggup lakukan apa-apa sahaja....

Tak usah cerita tentang DAP..lihat sahaja sahabat UMNO ..MCA dan Gerakan...kenapa menteri mereka begitu biadap menghantar memorandum kepada Paklah supaya kuasa Mahkamah Syariah serta perundangan Islam dihadkan...(sewaktu kecoh tentang bangsa Cina dan India convert kepada agama Islam)..takkah itu menghina DYMM Yang di Pertuan Agong serta raja ..sultan Melayu sebagai ketua agama Islam negeri??? Di mana geng UMNO atau pun Pekida waktu itu??? Mana????Bagaimana mereka ingin hormat kepada sultan ,raja melayu serta agama Islam jika UMNO sebagai parti utama yang mendakwa mewakili bangsa Melayu sendiri menghina...mengeji sultan atau raja yang satu bangsa dengan mereka sendiri..tak malukah umno dengan hal ini????DAP MCA GERAKAN MIC kurang menghayati peranan dan ketuanan raja serta Melayu..kenapa? UMNO sendiri tidak menghayatinya..bila ingin berkuasa sultan dan raja dilanyak....bila tidak sehaluan seperti di Perlis dan Trengganu ( isu lantikan MB) sultan pun dilanyak oleh penyokong dan pemimpin UMNO...kata Paklah sultan Trengganu tidak ada hak menetukan kedudakan MB Trengganu...cuba ingat balik panglima...akhirnya Paklah malu...UMNO pun malu jugak....

Sudahlah panglima sekali lagi hujah dangkal panglima begitu lemah serta kurang membina..setakat syok sendiri saja..

Ali Abdullah berkata...

Salam Panglima,

Saya sangat bersetuju dengan saranan pembunuhiblis bahawa kita patut sedarkan rakan kita yang lain akan kewujudan pelampau ini. Dalam keadaan kita bertempur sesama sendiri, ada satu pihak yang tidak sedar akan diri mereka merompak dan mengemis di negara kita serta menghina negara kita.

Inilah manusia yang sepatutnya kita halau dengan penghinaan dan sebatan ketika masuk ke negara kita secara haram dan menghuru-harakan kita dengan perbuatan jenayah 'made in indonesia'. Marilah kita bersama bergabung, dalam kita mempertahankan ideologi politik masing2, kita juga kena bertindak balas terhadap mana-mana anasir luar ataupun 'pendatang haram' yang cuba untuk menggugat dan menghina negara kita.

Tanpa Nama berkata...

Tak payah dah beri ulasan. UMNO NET punya komen cukup menyegat, kalau tak rasa bisa, tak tau la, apa punya panglima robot hang ni.
keh keh keh kehhhhhhhhhhhh.

Tanpa Nama berkata...

Blog panglima nie penuh sarat dengan kata-kata lucah dan fitnah. Kenapa yer, ooooooph! blog UMNO la katakan.

Panglima Perang Cyber berkata...

UMNO NET - tq atas komen. Hujah membina dan dangkal sesuai digelar kepada hujah saya.

Apa nak malu, saya bukan belajar tinggi sampai UK atau London.

Saya anak orang biasa dan belajar pun tahap2 biasa je.sekolah atap katakan.

Cuma walaupun rendah dan biasa taraf saya tetapi saya masih sedar Raja tetap Penjaga Agama saya dan tidak patut dihina di mana saja.

Kenapa UMNO NET tak ulas pasal trend terkini PAS yang membiarkan saja komen menghina Raja Melayu Islam kita ?

Apakah PAS tidak malu dengan MCA yang mengeluarkan kenyataan membela Raja sebagai tonggak rakyat jelata ?

Mengapa Ketua Pemuda Perak dengan jelas mengajak berdemo di masjid kuala kangsar tidak diulas oleh UMNO NET ?

Kalau tak marah dengan Raja buat apa nak berdemo macam tu sampai memalukan negara kerana penyokong PAS berbaring tengah jalan menghalang kereta sultan ?

Orang PAS yang asal tak macam tu. Tetapi mereka sudah berubah sakan kerana diapit oleh PKR dan DAP. Perangai warak macam malaikat pun bila dah bergaul dengan 'budak liar atau nakal' akan berubah jugak akhirnya. Buktinya apa yang berlaku sejak akhir akhir inilah...

UMNO lagi derhaka ? ok saya terima ia pernah berlaku dengan maksud yang masih lagi derhaka kini dan jelas derhakanya ialah PAS yang tetap enggan meletak jawatan sebagai MB Perak walau dititahkan oleh Sultan.

Persengketaan antara Umno dan Raja sudah selesai dan menjadi sejarah, tetapi yang terjadi kini adakah ia sudah selesai dan sudah diampunkan Raja ?

fikir fikirlah hujah dangkal dan taraf budak tadika saya ni..

sekian dan salam perjuangan...


note : tak ada blog ke ? buatlah blog satu senang kami nak baca hujah mantap dan hebat saudara umnonet.

Tanpa Nama berkata...

kita laku kan sesuatu..panglima!bederau darah aku bila baca artikel dia orang kat blog tu...huh..!!aku baru hantar kat mazidul punya blogspot untuk suruh dia buat tindakan yang lebih lanjut...sama2 lah kita membela negara kita yang tercinta ni...pada mereka yang tak sedar diri tu lagi fikir2kanlah apa yang sedang orang luar lakukan pada nagara.....berjuang lah mempertahankan raja,agama,bangsa dan negara kita MALAYSIA bukan MALINGSIA

Tai berkata...

Ha Panglima, jangan dilayan depa ni. Depa bukan tak faham sejarah, tapi buat-buat tak faham sejarah. Demi jawatan dan pangkat, sanggup depa menderhaka.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah..."UMNO lagi derhaka ? ok saya terima ia pernah berlaku dengan maksud yang masih lagi derhaka kini "....
Siapa kata sudah diampunkan? MRR( Majlis Raja-Raja Melayu ada keluarkan kenyataan ke??? Sila siarkan....Raja dan sultan Melayu beralah dengan UMNO demi rakyat..tetapi UMNO mempergunakan raja dan sultan Melayu demi kuasa....

Buat sdr sedingin salju...jangan jadi tukang sibuk macam geng Pakatan Rakyat dan geng BPN lain yang kurang berhujah serta kurang idea....apa salahnya bertukar pandangan....tak begitu panglima?....biarlah mata hati kita sentiasa terang....

pisau berkata...

UMNONET,
ini adalah pandangan ikhlas dari saya.

hujah dan fakta saudara kemukakan
ada benarnya,
apakah dengan kesilapan tindakan pemimpin
lama umno menjadi LESEN BESAR pada PAS & PR menderhaka,jika
PR terlalu memperjuangkan raja,bangsa & agama ada
kah itu satu contoh yang baik untuk diikuti oleh org
lain?adakah dengan membaling batu adalah jawapan yang terbaik utk menunjukkan
tidah puas hati rakyat,barangkali tidak,
Ya wajah2 DAP dan pemimpin bukan
melayu berani kerana siapa? siapa yang memberi jalan?
kalau tidak kerana pemimpin lama umno dan termasuk lah
anwar & pemimpin PR,tindakan berani MCA,GERAKAN & MIC dan
termasuk PR berbangsa bukan melayu kerana terhakisnya kekuatan bangsa melayu sendiri
yang berpecah belah akibat perbezaan politik dengan lemah nya UMNO,PAS & PKR pulak memberi hak sama rata semata mata utk meraih sokongan.

*anwar(yang mengelar gambar Agung tuapek kong,dia
yg menyuruh agar gambar agung diturunkan,agung tidak harus disembah katanya)
adakah PKR harus mewarisi betapa kurang ajarnya anwar terhadap sultan ?


akan fakta pemimpin UMNO yang bertindak sebelum ini,
sejarah tetap sejarah,harus diakui ia ada salah satu
kesilapan pemimpin lama UMNO,ia harus dijadikan teladan dan tidak harus diikuti pemimpin generasi baru


kesimpulannya kita harus insaf ,bermuhasabah diri dan bermuqabalah sesama kita

"UMNO boleh buat, PR pun boleh jugak",sampai bila2 perkara yang sama akan berulang, 2 x 5, 5 x 2,sama jer
harap akan ada titik noktah akan hal ini.
saya berharap saudara UMNONET memberi komen trend PAS & PR yg menderhaka.
kalau anda betul2 tidak bias sila berikan komen yang adil

Cari Blog Ini

Translate